PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

April 20, 2019 -Sabtu

 
  CABARAN ANIMASI CFM UNTUK MENDIDIK PENGGUNA MALAYSIA

Tuesday 12/02/2019



CYBERJAYA, 12 Feb (Bernama) -- Animasi bukan sahaja menampilkan watak dan gerakan yang menghiburkan malah menjadi antara elemen penting pada dunia hari ini untuk menarik penonton dan memudahkan penyampaian mesej. Menyedari hal itu, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menyediakan ruang untuk mencabar penggiat dunia animasi yang ingin menyerlahkan bakat untuk menyertai pertandingan “CFM ANIMATCH 2019” yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM8,500 kepada bakal juara.
 
Bakal naib juara dan tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan RM3,000. Manakala bagi 7 finalis yang lain bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500.
 
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, sama ada amatur atau profesional dalam bidang animasi. Penyertaan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang peserta dalam kumpulan). Peserta boleh menghantar penyertaan secara dalam talian di portal CFM. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, peserta boleh ke pautan berikut: http://www.consumerinfo.my/cfm-animatch-2019-calling-all-malaysias-animators/
 
Peserta akan diberikan topik-topik mengenai isu-isu yang sering dihadapi oleh pengguna dengan penyedia perkhidmatan iaitu tentang perkhidmatan selular, jalur lebar, dan kandungan haram.
 
Terdapat tiga (3) peringkat yang perlu dilalui peserta sebelum layak mara ke peringkat akhir.

CFM akan memilih 10 penyertaan sebagai finalis yang akan berentap di peringkat akhir. 10 finalis diberi peluang untuk menyertai ‘boot camp animasi’ di Cyberjaya selama dua (2) hari yang dijadualkan pada 30 dan 31 Mac 2019. Peserta finalis berpeluang untuk mendapat tunjuk ajar daripada ahli pakar animasi seperti Hassan Abd Muthalib iaitu Bapa Animasi Negara, Mike Ismail – Pengarah Animasi 2D dan Ayie Ibrahim, Pengarah Animasi Creatvtoon Studio.
 
Pemenang bagi CFM ANIMATCH 2019 akan diumumkan pada 31 Mac 2019, selepas semua finalis membentangkan video animasi rekaan mereka pada hari terakhir boot camp animasi. 
 
Pertandingan ini diadakan bukan sahaja untuk mencari bakat-bakat kreatif dalam bidang animasi malah menjadikan animasi sebagai alat penyampai bagi mesej-mesej CFM dalam isu-isu yang dihadapi pengguna berkaitan masalah telekomunikasi dan multimedia agar pengguna lebih memahami keadaan sebenar melalui rekaan animasi serta dapat menggalakkan amalan kawal selia kendiri dalam kalangan pengguna.
 
Hasil rekaan video animasi para pemenang akan ditayangkan kepada umum dan akan menjadi video pesanan khidmat masyarakat CFM yang dapat memberi manfaat dan mendidik pengguna di Malaysia.
 
Untuk maklumat terkini mengenai pertandingan ini, sila ikuti laman Facebook CFM di https://www.facebook.com/consumer.forum.malaysia/
 
#HakAndaKeutamaanKami
#JadilahPenggunaYangBijak


Mengenai CFM

 
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui saluran berikut:
 
PORTAL ADUAN https://aduan.skmm.gov.my
(sistem bersepadu bersama SKMM)
APLIKASI MUDAH ALIHMuat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di
Google Play Store dan App Store
PEJABATCFM
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor
 
Untuk dapatkan lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal CFM:
 
 

SUMBER : Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Noor Shahdiella Abd Manan     
Tel : 019 – 324 6036             
E-mel :  shahdiella@cfm.my                               

Nama : Roharrashidah Abdul Halil            
Tel : 017 – 896 1588    
E-mel : roharrashidah@cfm.my                         

Nama : Nur Shazwani Zainudin           
Tel :  017 – 401 2010
E-mel : shazwani@cfm.my                               


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.