ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  VISTAJET BEKERJASAMA DENGAN SCUDERIA FERRARI MISSION WINNOW UNTUK KEJUARAAN DUNIA FORMULA SATU 2019

Thursday 21/02/2019



Menyokong pasukan dengan penyelesaian penerbangan global yang paling cekap
 
LONDON, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan tunggal, mengumumkan kerjasamanya dengan pasukan Scuderia Ferrari Mission Winnow sebagai Penyedia Rasmi pesawat penerbangan peribadi.
 
Dengan jadual yang ketat dalam kalendar perlumbaan dan kebiasaannya hanya selang beberapa hari daripada perlumbaan Grands Prix, VistaJet akan menyokong pasukan dengan mengoptimumkan masa perjalanan dan pemindahan mereka sepanjang musim Formula Satu 2019. Dalam industri yang berasaskan kelajuan dan kecekapan, pasukan Scuderia Ferrari Mission Winnow akan dapat memanfaatkan lebih lagi masa berehat dari trek untuk tiba dalam keadaan optimum.   
 
Telah berlumba secara kompetitif dengan Ferrari untuk tempoh lama dan sebagai pemandu rasmi dalam Kejuaraan Ketahanan Dunia FIA, WEC, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, Thomas Flohr tahu keperluan perlumbaan dan fokus intensif yang diperlukan untuk beraksi di bawah tekanan sedemikian. Dengan Ferrari 488 GTE, Thomas telah memenangi tempat ke-dua di 24h of Le Mans 2018, bersama-sama rakan pemandunya, Giancarlo Fisichella dan Francesco Castellacci.
 
Mengumumkan kerjasama ini, Thomas Flohr berkata: “Saya sangat berbangga untuk menyokong pasukan perlumbaan paling ikonik dan berjaya di dunia. Inovasi, teknologi dan fokus pada kecekapan adalah nilai yang kami kongsi. VistaJet akan menyediakan perjalanan yang lancar untuk Scuderia Ferrari Mission Winnow, untuk memastikan fokus mereka adalah pada perkara yang penting – persaingan atas trek.”
 
VistaJet memberi penekanan paling penting pada kecemerlangan perkhidmatan dan operasi. Dengan lebih daripada 70 pesawat yang dimiliki, VistaJet telah menyelesaikan lebih daripada 146,000 penerbangan secara global, menerbangkan 360,000 penumpang ke lebih daripada 1,900 lapangan terbang di seluruh dunia dengan selamat.
 
Thomas Flohr menambah: “Musim baharu telah bermula, satu pasukan baharu akan melakukan perlumbaan dan kita akan berada di sana untuk bersorak untuk Sebastian Vettel, Charles Leclerc dan semua yang ada dalam Scuderia Ferrari Mission Winnow.”
 
www.vistajet.com/ferrari
 
Maklumat 
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com
 
Perihal VistaJet 
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global yang pertama dan satu-satunya. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.
 
VistaJet merupakan sebahagian daripada Vista Global Holding – peneraju dunia dalam penyelesaian penerbangan perniagaan, yang mengintegrasikan portfolio unik syarikat-syarikat yang menawarkan penyelesaian aset rendah dalam meliputi semua aspek utama penerbangan perniagaan.
 
Lebih banyak maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com
 
Foto untuk pengumuman ini tersedia di 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ef37c35a-51ac-4025-8abb-ac08d1c86063

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/815f7f6c-aed4-439b-8f92-8e1437a12028
 
Sumber: VistaJet Ltd
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.