ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  FUSIONEX DISENARAI PENDEK OLEH GARTNER KERANA PLATFORM DATA MEREKA YANG PROGRESIF DAN KHUSUS

Thursday 21/02/2019



SINGAPURA, 21 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah Fusionex telah disenarai pendek dalam laporan 2018 firma penyelidikan dan penasihat global Gartner mengenai “Vendor-vendor Lain untuk Dipertimbangkan bagi Analisis Moden dan BI”.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190220005415/en/
 
Diiktiraf di dalam laporan itu sebagai sebuah syarikat Analisis dan Kecerdasan Perniagaan antarabangsa (A&BI) yang menjadi contoh, platform analisis dan penemuan data Fusionex GIANT dikenali kerana menawarkan keupayaan moden yang progresif dan khusus di dalam analisis penstriman. Laporan itu juga menyenaraikan syarikat utama yang lain seperti Google, Splunk, dan Amazon merentasi kategori yang berbeza.

Dalam laporan mereka, Gartner menyatakan GIANT sebagai sebuah platform masa pantas-ke-wawasan dan sebuah penyelesaian akhir-ke-akhir dengan fungsi yang mencakupi dari penyediaan data dan pengvisualan kepada analisis ramalan dan preskriptif. Laporan tersebut turut mengatakan bahawa platform A&BI seperti GIANT dikenali kerana set peranti mereka yang mudah untuk digunakan, yang menyokong satu rangkaian lengkap aliran kerja analisis dan keupayaan layan diri yang meningkatkan keberkesanan bagi sebuah bahagian IT perniagaan. Fungsi Pertanyaan Pintar GIANT juga dipuji kerana membolehkan “pengguna untuk bertanya soalan dalam bahasa semula jadi dan mendapatkan maklumat secara serta merta.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Ivan Teh berkata, “Kami amat bangga kerana Fusionex telah disebut di dalam laporan Gartner. Pasukan kami komited untuk terus mempertingkatkan penawaran kami bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pangkalan pelanggan kami yang begitu pesat berkembang.”

Fusionex sedang berusaha ke arah meningkatkan keupayaan GIANT dengan memberi tumpuan kepada analisis termaju, mesin pembelajaran dan kecerdasan buatan.

Fusionex telah dijemput ke Sidang Kemuncak Data & Analisis Gartner 2019 di Sydney, Australia untuk mempamerkan penyelesaian GIANT, Kecerdasan Buatan (AI), Mesin Pembelajaran, dan Internet Benda (IoT) mereka, yang termasuk analisis penstriman. Pengarah Urusan Fusionex bagi Teknologi Baharu Jacob Isaac adalah di antara penceramah pada majlis itu dan berkongsi bagaimana Kecerdasan Buatan merupakan satu faktor utama bagi organisasi di dalam mengetuai perlumbaan teknologi global.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Internet Benda, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka tertumpu kepada membantu pelanggan memperolehi, menyimpan, memproses, menganalisis dan memahami sejumlah besar data yang berstruktur dan tidak berstruktur. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com 

Maklumat mengenai Fusionex GIANT

Produk analisis dan penemuan data Fusionex, GIANT, adalah sebuah penyelesaian hujung-ke-hujung yang terdiri daripada penyediaan data untuk pengvisualan dan analisis ramalan dan preskriptif. Platform itu memungut data daripada pelbagai sumber, termasuk penstriman data untuk menyampaikan pengvisualan termaju, dan memperlihatkan corak trend dan tingkah laku. Templat industri prabina dan papan pemuka yang dipacu oleh bestari mempunyai ciri-ciri yang menyokong layan diri. Fungsi Pertanyaan Pintar GIANT membolehkan pengguna untuk mengajukan soalan dalam bahasa semula jadi dan mendapatkan pandangan serta merta. Pangkalan pelanggan mereka termasuk pelanggan dari pelancongan dan hospitaliti, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, pembuatan, permudahan perdagangan dan peruncitan.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190220005415/en/

Hubungi

Media:
Edelman
Fariz Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com

Sumber : Fusionex


Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.