ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MESYUARAT KHAS PERINGKAT MENTERI INTERNATIONAL TRIPARTITE RUBBER COUNCIL (ITRC) 2019

Thursday 21/02/2019



KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Khas Peringkat Menteri ITRC 2019 yang akan diadakan pada 22 Februari 2019 di Bangkok, Thailand. Di samping itu, Mesyuarat Peringkat Pegawai Kanan ITRC turut diadakan pada 21 Februari 2019 yang mana YBhg Dato' Dr Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama akan mengetuai delegasi Malaysia.

Thailand, Indonesia dan Malaysia merupakan negara anggota ITRC yang telah ditubuhkan sejak 12 Disember 2001. ITRC diwujudkan bagi mempererat kerjasama dalam kalangan negara-negara pengeluar utama getah asli (Natural Rubber - NR) ke arah menstabilkan harga NR.

Tahun 2018 merupakan tempoh yang mencabar bagi industri getah kerana harga NR yang rendah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ketidakstabilan pasaran global, kejatuhan harga minyak dunia, Ringgit Malaysia yang lemah berbanding USD dan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Mesyuarat Khas Peringkat Menteri ITRC di Bangkok, Thailand kali ini penting bagi memberikan peluang kepada Menteri dari negara anggota ITRC membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan lestari industri NR dan memperkukuh harga NR untuk kesejahteraan pekebun kecil getah. Langkah-langkah bagi menangani harga getah yang rendah akan turut dibincangkan.

Sumber : Kementerian Industri Utama
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Mohd Hilmi Mohd Ali 
Tel : 03 8880 3325 
Faks : 03 8887 8205
Emel : hilmihajiali@mpic.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.