ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  DOUBLEVERIFY MEMPEROLEH SYARIKAT TEKNOLOGI VIDEO DIGITAL, ZENTRICK

Thursday 21/02/2019



Menyelesaikan 30% pecahan dalam penghantaran iklan video
 

NEW YORK dan GHENT, Belgium, 21 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify, peneraju penyedia bebas perisian dan analisis ukuran pasaran, hari ini mengumumkan yang ia telah memperoleh Zentrick, syarikat teknologi video digital yang menyediakan penyelesaian perisian tengah untuk memacu perlaksanaan dan prestasi lancar pengiklanan video dalam talian untuk jenama, platform dan penerbitan terbesar di dunia. Pasukan kejuruteraan Zentrick akan terus beroperasi dari pejabat di Ghent, Belgium. Transaksi tersebut telah diselesaikan sebagai tawaran semua tunai, semua saham pada Jumaat, 15 Februari 2019.
 
Perbelanjaan pengiklanan video melonjak naik ke $28 Bilion pada 2018. Walau bagaimanapun, ekosistem yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dalam penghantaran iklan video telah menjadi terlalu berpecah. Hari ini, lebih daripada 30% iklan video yang telah dijual tidak dapat dihantar oleh penerbit disebabkan oleh pelbagai bentuk ‘pecahan’ teknikal dalam rantaian penghantaran iklan – isu yang sangat genting dalam kawasan utama aplikasi mudah alih dan TV bersambung. Pecahan terhasil daripada ketidakserasian berbilang standard main balik dan tundaan kependaman dalam muatan iklan video.
 
Zentrick Perkemaskan Penghantaran Iklan Video dan Meningkatkan Prestasi
Perisian tengah Zentrick mengurangkan pecahan video sehingga lebih daripada 50%, dengan memendekkan masa muatan dan menyingkirkan berbilang bentuk kependaman yang boleh menghalang iklan video daripada dihantar. Penghantaran iklan yang lebih banyak memaksimumkan prestasi untuk pengiklan dan menjana keuntungan untuk penerbit. Perisian Zentrick membolehkan lagi penerbit untuk mengesan dan menyelesaikan isu di sebalik pecahan semasa ia berlaku.
 
Perisian Tengah Zentrick Memberi Manfaat kepada Keseluruhan Ekosistem Pengiklanan Video 
Untuk platform dan penerbit media, perisian tengah Zentrick menyingkirkan overhed teknikal dan kependaman berkaitan dengan menyokong berbilang integrasi pihak ketiga (sebagai contoh, penyedia ukuran, pembahagian dan penonton). Penyedia perkhidmatan pihak ketiga akan menerima manfaat daripada pengaktifan platform lancar dan akses saksama ke data main balik video yang diperlukan untuk mendayakan perkhidmatan mereka.
 
“Misi DV ialah untuk mendayakan standard baharu prestasi pemasaran, memberikan pengiklan penjelasan dan keyakinan dalam pelaburan digital mereka,” kata Wayne Gattinella, CEO DoubleVerify. “Menyingkirkan pecahan iklan mempunyai kesan terus pada prestasi pengiklanan dalam talian yang akan bergema merentasi ekosistem.”
 
“Seluruh pasukan Zentrick teruja untuk bergabung tenaga dengan DoubleVerify – organisasi global yang berkembang pesat dengan penawaran pengesahan terbaik dalam kelasnya,” kata Pieter Mees, Pengasas Bersama Zentrick. “Mengintegrasikan teknologi video digital dan kepakaran Zentrick dengan platform industri meluas DV akan memacu usaha kami untuk meringkaskan dan memperkemaskan prestasi pengiklanan.”
 
“Pada 2018, Zentrick memacu penghantaran lebih daripada 150 bilion iklan video,” kata Frederik Neus, Pengasas Bersama Zentrick. “Melalui integrasi dengan DoubleVerify, kami akan menskalakan penyelesaian kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengiklan dan penerbit, dalam masa yang sama memacu impak yang lebih positif ke seluruh ekosistem.”
 
Perihal DoubleVerify
 
DoubleVerify ialah peneraju penyedia bebas untuk perisian, data dan analisis ukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan keberkesanan media digital untuk jenama dan platform media terbesar dunia. DV menyediakan ketelusan dan kebertanggungjawapan media untuk memberikan kualiti impresi tahap tertinggi demi prestasi pengiklanan maksimum. Sejak 2008, DV telah membantu ratusan syarikat Fortune 500 memperoleh yang terbanyak daripada perbelanjaan media mereka dengan memberikan penyelesaian terbaik merentasi ekosistem digital, yang membantu membina industri lebih baik. Ketahui lebih lanjut di www.doubleverify.com
 
Hubungan Media
Chris Harihar daripada Crenshaw Communications, bagi pihak DoubleVerify
chris@crenshawcomm.com
212.367.9748
 
Sumber: DoubleVerify
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.