ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PERSIDANGAN BAHASA PRIBUMI ANTARABANGSA DITETAPKAN PADA JUN DI BRITISH COLUMBIA

Friday 22/02/2019



Perhimpunan dianjurkan oleh dan bagi penduduk pribumi untuk menyokong amalan terbaik pencergasan semula bahasa

BRENTWOOD BAY, British Columbia, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam meraikan Tahun Bahasa Pribumi Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2019, First Peoples’ Cultural Foundation (FPCF) dan First Peoples’ Cultural Council (FPCC), dengan kerjasama Suruhanjaya Kanada untuk UNESCO, akan menganjurkan satu persidangan antarabangsa yang utama mengenai pencergasan semula bahasa pribumi di British Columbia pada musim panas ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
http://www.businesswire.com/news/home/20190221005758/en

APA: HELISET TŦE SḰÁL – ‘Let the Languages Live’ – Persidangan Antarabangsa 2019 mengenai Bahasa Pribumi akan menyatukan pemimpin dan pakar bahasa pribumi, penceramah, pelajar dan penyokong dari seluruh pelusuk dunia untuk meraikan, menghormati dan berkongsi kepakaran di dalam reklamasi Bahasa Pribumi, pencergasan semula dan penyelenggaraan dan untuk belajar mengenai projek-projek bahasa yang berjaya di British Columbia. Matlamat persidangan itu adalah untuk menyediakan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan praktikal bagi menyokong kerja-kerja pencergasan semula  bahasa Pribumi yang mereka mulakan dalam komuniti dan organisasi mereka.
 
BILA: 24 hingga 26 Jun, 2019
 
DI MANA: Pusat Persidangan Victoria di Victoria, B.C., Kanada
 
KEMUNCAK: Persidangan itu akan menawarkan pelbagai aliran bengkel, termasuk latihan praktikal dalam rendaman bahasa Pribumi, teknik pengarkiban dan dokumentasi; dasar bahasa dan undang-undang; perancangan program pencergasan semula bahasa; model untuk pencergasan semula bahasa dan pendidikan; bahasa dan teknologi; dan bercerita.
 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengisytiharkan tahun 2019 sebagai Tahun Bahasa Pribumi sebagai satu mekanisme penting untuk meningkatkan perhatian antarabangsa berhubung kehilangan yang kritikal bagi bahasa pribumi dan keperluan terdesak untuk memelihara, mencergaskan semula, mempromosi dan menggerakkan tindakan segera dan diselaraskan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk melindungi mereka.

Bahasa-bahasa pribumi di seluruh dunia semakin hari semakin hilang pada kadar yang membimbangkan. Kira-kira 40 peratus daripada 6,700 bahasa yang dipertuturkan di seluruh dunia berada dalam ambang bahaya untuk terus hilang. Hakikat bahawa kebanyakan daripada ini adalah bahasa pribumi telah meletakkan budaya dan sistem pengetahuan yang dimiliki mereka berada dalam keadaan risiko.

Untuk maklumat lanjut mengenai:
Maklumat mengenai First Peoples’ Cultural Foundation:

The First Peoples’ Cultural Foundation adalah sebuah organisasi amal yang tidak mencari keuntungan yang diterajui oleh First Nations iaitu penduduk pribumi di Kanada yang menyokong usaha di peringkat akar umbi untuk mencergaskan semula kesenian, bahasa dan budaya penduduk Pribumi yang unik di British Columbia, Kanada. Untuk maklumat lanjut, sila layari : fpcf.ca

Maklumat mengenai First Peoples’ Cultural Council:

First Peoples’ Cultural Council adalah sebuah perbadanan yang dimiliki oleh wilayah yang diterajui oleh First Nations dengan satu mandat untuk menyokong pencergasan semula bahasa, seni, budaya dan warisan Pribumi di British Columbia, Kanada. Untuk maklumat lanjut, sila layari: fpcc.ca

Maklumat mengenai Suruhanjaya Kanada untuk UNESCO:

Suruhanjaya Kanada untuk UNESCO menghubungkan rakyat Kanada dengan usaha UNESCO, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu. Untuk maklumat lanjut, sila layari: ccunesco.ca
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
http://www.businesswire.com/news/home/20190221005758/en

Hubungi

Alex Russell
Penasihat Komunikasi
First Peoples’ Cultural Foundation
604-562-9262
alex@russellstrategy.com

Media yang ingin mendapatkan akreditasi media bagi acara ini, sila hubungi: media@fpcflanguageconference.com

Sumber: First Peoples’ Cultural Foundation dan First Peoples’ Cultural Council

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.