ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  MHPS ADALAH PEMIMPIN BAHAGIAN PASARAN GLOBAL PADA TAHUN 2018 UNTUK TURBIN GAS TUGAS BERAT MENURUT LAPORAN MCCOY

Friday 22/02/2019



Kebolehpercayaan dan kecekapan Siri J Menggerakkan ke Hadapan MHPS sebagai pemimpin global

YOKOHAMA, Jepun, 22 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS) telah mencapai satu peristiwa penting yang utama di dalam sektor Penjanaan Kuasa global, dengan memperolehi  kepimpinan bahagian pasaran 2018 di dalam pesanan global untuk turbin gas tugas berat (100 MW dan ke atas). Keputusan itu didasarkan kepada data yang dikumpulkan oleh Laporan McCoy, agensi pelaporan utama di pasaran turbin gas. Segmen ini adalah yang paling diawasi dengan teliti oleh pakar-pakar industri oleh kerana ia merupakan teknologi yang paling maju dan memacukan pengeluaran tenaga secara global.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/news/home/20190221006086/en

Kepimpinan pasaran MHPS telah dipacu oleh turbin gas Siri J dan kecekapan 64+% dan kebolehpercayaan 99.5% mereka yang terkemuka di dalam industri. Di peringkat global, turbin tugas berat MHPS menguasai 41% daripada bahagian pasaran global. Bagi turbin gas terbesar (pasca kelas F dan lebih besar) MHPS mempunyai 49% daripada penguasaan pasaran dunia.

“Sebagai pemimpin turbin gas tugas berat di pasaran yang kompetitif ini merupakan pengesahan bagi teknologi turbin kami yang terkemuka di dunia dan pekerja kami di seluruh dunia yang memberikan keutamaan kepada pelanggan kami,” kata Kenji Ando, ​​Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi MHPS. “Saya berbangga kerana lebih banyak pelanggan semakin memilih kami untuk menyediakan kuasa yang boleh dipercayai dan cekap, dan saya berharap MHPS akan terus memimpin satu Perubahan dalam Kuasa.”

Maklumat mengenai Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.

Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), yang beribu pejabat di Yokohama, Jepun, adalah merupakan satu usaha sama yang dibentuk pada Februari 2014 oleh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. dan Hitachi, Ltd. yang menggabungkan operasi mereka di dalam sistem penjanaan kuasa terma dan perniagaan lain yang berkaitan. MHPS hari ini berada di antara pembekal yang terkemuka di dunia bagi peralatan dan perkhidmatan ke pasaran penjanaan kuasa, dengan disokong oleh 100 bilion yen dalam bentuk modal dan kira-kira 20,000 orang pekerja di seluruh dunia. Produk-produk Syarikat itu termasuk GTCC (kitaran gabungan turbin gas) dan loji kuasa IGCC (kitaran gabungan penggasan arang batu bersepadu), loji kuasa yang dijanakan oleh gas/arang batu/minyak (wap), dandang, penjana, turbin gas dan wap, loji kuasa geoterma, AQCS (sistem kawalan kualiti udara), peralatan periferal loji kuasa dan sel bahan bakar oksida pepejal (SOFC). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat itu di https://www.mhps.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20190221006086/en

Hubungi

HUBUNGAN MEDIA:
Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.
Naoya Kanamura, +81-(0)50-3779-4716
naoya_kanamura@mhps.com
Faks: +81-(0)45-200-7989

Sumber : Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.