ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SANTEN AKAN MENJALANKAN AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN PENYAKIT SEMASA MINGGU GLAUKOMA SEDUNIA, 10 HINGGA 16 MAC

Tuesday 12/03/2019

AsiaNet 77747

OSAKA, Jepun, 12 Mac, 2019 /Kyodo JBN - AsiaNet/--
 
Santen Pharmaceutical Co., Ltd. (selepas ini "Santen") mengumumkan pada 8 Mac bahawa sebagai sebahagian daripada inisiatif mereka untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai glaukoma, ia akan menaja aktiviti-aktiviti untuk dijalankan di seluruh dunia semasa Minggu Glaukoma Sedunia (selepas ini "WGW") dari 10 Mac hingga 16 Mac, 2019.

(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/img/201902283729-O1-R3TSUEqy)
 
Untuk menggalakkan pengesanan awal dan rawatan glaukoma yang berterusan, Persatuan Glaukoma Sedunia telah menetapkan satu minggu pada Mac setiap tahun sebagai WGW, dan mengadakan pelbagai acara dan aktiviti yang meningkatkan kesedaran di seluruh dunia semasa minggu berkenaan.

Semasa WGW pada Mac ini, Santen merancang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang meningkatkan kesedaran yang memberi tumpuan kepada penyakit itu. Di Asia, sebagai contoh, Santen akan membantu masyarakat akademik dan institusi perubatan tempatan yang berkaitan dengan glaukoma yang menyokong kegiatan masyarakat itu dalam menjalankan aktiviti perhubungan awam, mengadakan ceramah umum, dan melakukan pemeriksaan percuma untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap glaukoma. Di Eropah, Santen akan bekerjasama dengan Persatuan Glaucoma Sedunia dalam menjalankan satu kempen peningkatan kesedaran glaukoma yang berasaskan kuiz dan mengeluarkan kenyataan media. Di Jepun, Santen akan menggunakan papan tanda digital untuk menyampaikan maklumat mengenai acara-acara "Light-up in Green!" yang diadakan oleh Persatuan Glaukoma Jepun untuk memupuk kesedaran orang ramai terhadap penyakit itu, dengan tujuan untuk membantu aktiviti ini semakin tersebar. Sebagai satu inisiatif global untuk menggalakkan kesedaran glaukoma di kalangan lebih ramai orang, Santen menawarkan satu aplikasi mudah alih yang menumpukan kepada glaukoma yang mensimulasikan penyempitan ruang penglihatan yang mudah digunakan untuk semua orang, dari pesakit kepada profesional perubatan. Di samping itu, Santen juga menjalankan aktiviti yang mensasarkan pekerja mereka; syarikat itu mengadakan mesyuarat belajar glaukoma untuk pekerja di Jepun pada Februari, dan semasa WGW akan menjalankan kegiatan di mana semua pekerja berkongsi maklumat tentang glaukoma dengan orang yang dekat dengan mereka, termasuk anggota keluarga dan rakan-rakan.

Santen juga telah membuat usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap glaukoma. Pada November 2018, ia telah menganjurkan satu acara yang mensasarkan pesakit glaukoma untuk menekankan tentang pentingnya rawatan glaukoma yang berterusan.

Pengesanan awal dan rawatan di peringkat awal dapat mencegah pesakit glaukoma daripada kehilangan deria penglihatan mereka sepanjang hayat mereka. Adalah penting untuk berkongsi dengan seberapa ramai orang maklumat mengenai glaukoma, termasuk hakikat bahawa pengesanan awal dan rawatan adalah penting untuk mengurangkan bilangan pesakit glaukoma yang kehilangan deria penglihatan mereka.

Santen juga terus menganggap WGW sebagai satu tempoh bagi pekerja untuk mempelajari mengenai glaukoma di atas inisiatif mereka dan menyampaikan pengetahuan mereka kepada orang yang tersayang, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Syarikat itu akan menumpukan usaha lebih lanjut bagi menggalakkan semua pekerja, termasuk mereka yang bekerja di seluruh dunia, untuk mendalami pemahaman mereka tentang glaukoma.

Maklumat mengenai Santen
 
Sebagai sebuah syarikat khusus yang berdedikasi kepada bidang oftalmologi, Santen menjalankan penyelidikan, pembangunan, pemasaran dan penjualan farmaseutikal, produk belian kaunter dan peralatan perubatan. Santen adalah pemimpin pasaran untuk preskripsi farmaseutikal oftalmik di Jepun dan produk mereka kini menjangkau pesakit di lebih 60 buah negara. Dengan pengetahuan saintifik dan keupayaan organisasi yang dipupuk sepanjang sejarahnya selama hampir 130 tahun, Santen menyediakan produk dan perkhidmatan untuk menyumbang kepada kesejahteraan pesakit, orang yang mereka sayangi dan seterusnya kepada masyarakat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Santen (www.santen.com).
 
SUMBER: Santen Pharmaceutical Co., Ltd. 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.