ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  PUNCA BAYARAN BALIK LEBIHAN CUKAI GAGAL DIPROSES

Monday 18/03/2019



KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar merupakan keutamaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Namun demikian, kegagalan segelintir pembayar cukai mengemaskini maklumat peribadi dan akaun bank mereka telah mengakibatkan proses bayaran balik tersebut tidak dapat  disempurnakan.
 
Berdasarkan rekod, bagi tahun 2018 sebanyak 6.22% atau sekitar RM486.29 juta amaun lebihan cukai gagal dibayar balik atas beberapa sebab seperti berikut:

i. Cek atau baucar bayaran balik cukai tidak diterima oleh pembayar cukai dan dikembalikan semula kepada LHDNM akibat perbezaan alamat tempat pembayar cukai dengan alamat yang didaftarkan dengan LHDNM;
 
ii. Maklumat bank, nombor akaun dan nombor pengenalan diri/pendaftaran syarikat atau pertubuhan yang terdapat dalam pangkalan data LHDNM tidak sepadan dengan rekod dan maklumat pembayar cukai yang terdapat pada pihak bank; dan
 
iii. Akaun bank pembayar cukai telah ditutup atau tidak lagi aktif.
 
Sehubungan itu, bagi membantu LHDNM mengurangkan kadar peratusan kegagalan pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar, adalah dinasihatkan agar semua pembayar cukai mengisi maklumat yang terkini dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahunan mereka. Selain itu, pembayar cukai juga boleh menggunakan kemudahan sistem e-Kemaskini atau Borang Maklum Balas yang boleh diakses di www.hasil.gov.my pada bila-bila masa untuk mengemaskini maklumat peribadi dan perbankan mereka secara dalam talian.
 
Antara maklumat terkini dan penting yang diperlukan untuk mempercepatkan proses bayaran balik cukai terlebih bayar ialah nombor pengenalan diri, nombor akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor pendaftaran syarikat atau pertubuhan (bagi pembayar cukai kategori syarikat / pertubuhan).
 
Mulai 1 Januari 2020, bayaran balik cukai pendapatan akan dilaksanakan sepenuhnya menggunakan kaedah bayaran elektronik e-payment selaras dengan seruan kerajaan bagi memelihara kelestarian alam sekitar dalam mempromosikan kempen Go Green iaitu memastikan pengurangan kertas cetakan. LHDNM juga akan meningkatkan pelaksanaan transaksi bayaran balik cukai pendapatan secara dalam talian melalui kaedah Pemindahan Dana Elektronik (Electronic Fund Transfer). 
 
Untuk sebarang maklumat lanjut:

i. Sila layari www.hasil.gov.my; atau
ii. Hubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau 603-77136666 (Luar Negara).
 
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.