ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  WASPADA SINDIKET PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LHDNM

Tuesday 16/04/2019



KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Satu sindiket yang menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah dikesan untuk menipu orang ramai kononnya mereka mempunyai isu pematuhan cukai yang perlu diselesaikan.
 
Sindiket yang menggunakan media sosial sebagai platform komunikasi ini bukan sahaja memaklumkan ‘masalah pematuhan cukai’ yang dihadapi oleh mangsa, malah turut menawarkan khidmat membantu menyelesaikan ‘masalah pematuhan cukai’ tersebut dengan caj tertentu yang perlu dibayar.
 
Terdapat juga golongan yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM untuk mengugut pembayar cukai dan memaksa mereka untuk menjelaskan ‘amaun cukai yang tertunggak’ kepada LHDNM melalui akaun milik mereka.

Harap maklum bahawa maklumat percukaian setiap pembayar cukai adalah sulit dan dijamin kerahsiaannya menurut Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967. Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif dan setiap pegawai LHDNM tidak dibenarkan untuk membincangkan maklumat percukaian setiap pembayar cukai dengan pihak-pihak yang tidak berkenaan.
 
Di samping itu setiap penyelesaian isu pematuhan cukai dengan LHDNM tidak menggunakan orang tengah selain daripada Ejen Cukai Bertauliah yang dilantik. Manakala pembayaran baki cukai tertunggak pula hendaklah dibuat terus ke akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN).
 
Sehubungan itu LHDNM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penipuan ini.

Sekiranya orang ramai mempunyai keraguan terhadap sebarang surat, e-mel, mesej atau pun panggilan telefon yang kononnya dari atau mewakili LHDNM, sila dapatkan pengesahan terlebih dahulu dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436 atau Customer Care Officer (CCO) di setiap cawangan LHDNM. Senarai CCO LHDNM boleh diakses melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Hubungi Kami > Pegawai Perhubungan Awam. 

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks: 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA 


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.