ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  JUMIO MENGUMUMKAN KENAIKAN PANGKAT KEPIMPINAN EKSEKUTIF

Wednesday 17/04/2019



PALO ALTO, Calif., 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jumio, identiti terkemuka yang dipercayai yang dikuasakan oleh AI sebagai sebuah pembekal perkhidmatan, hari ini mengumumkan kenaikan pangkat Robert Prigge ke jawatan presiden. Prigge telah menjadi ketua pegawai hasil sejak tahun 2016 dan mendorong pertumbuhan tiga angka semasa tempoh beliau berkhidmat. Sebagai presiden, beliau akan mengawasi kesemua aspek syarikat itu dan membimbing syarikat itu melalui fasa inovasi dan pertumbuhan mereka yang seterusnya.
 
Lembaga pengarah Jumio telah mengeluarkan kenyataan berikut: “Robert Prigge membawa pengalaman yang mendalam di dalam identiti digital dan ruang keselamatan siber, dan dilengkapi dengan kemahiran dan pengalaman kepimpinan yang sangat baik untuk membawa Jumio ke tahap pertumbuhan mereka yang seterusnya. Dengan rekod kejayaan beliau sebagai ketua pegawai hasil bagi syarikat itu, kami mempercayai Robert untuk membuat pelaburan tambahan di dalam bidang kreativiti, teknologi dan bakat bagi memacukan pertumbuhan yang berterusan dan meningkatkan proposisi Jumio kepada pelanggan dan pangkalan rakan mereka yang berkembang.”
 
Robert adalah seorang usahawan yang berpengalaman dengan lebih 20 tahun pengalaman di dalam kepakaran jualan, pembangunan perniagaan dan pengurusan pemasaran. Sebelum menyertai Jumio, Robert telah memegang pelbagai kedudukan peringkat C dan jawatan eksekutif kanan dengan beberapa syarikat berteknologi tinggi seperti IBM, Secure Computing, Sterling Commerce, Infrascale dan Spruce Finance. Robert telah mengemudi tiga buah syarikat kepada penyelesaian M&A yang berjaya, dan mempunyai pengalaman global yang meluas di dalam membina pasukan-pasukan oktana tinggi dan operasi lestari, termasuk hampir 15 tahun di Asia.
 
“Peluang yang berada di hadapan bagi Jumio adalah sangat luas, dan keupayaan untuk mengetuai perjalanan berikut ini membuat beliau bersikap merendah diri dan sangat mengujakan,” kata Prigge. “Saya memberi tumpuan kepada mempercepatkan inovasi -- terutamanya di dalam bidang AI dan biometrik -- dan pelaksanaan yang diperlukan oleh pelanggan kami dari kami. Kejayaan mereka akan terus mendorong kami.”
 
Sepanjang dua tahun yang lalu, Jumio telah menikmati pertumbuhan yang dramatik: Pada tahun 2018, kiraan pelanggan mereka meningkat 60 peratus dan jualan meningkat 70 peratus tahun ke tahun. Momentum syarikat ini yang berterusan menggambarkan peluang dan permintaan pasaran yang signifikan untuk pengesahan identiti berasaskan biometrik dan keupayaan Jumio untuk membantu pelanggan perusahaan dengan pasti dan dengan cepat mengesahkan bahawa pelawat baharu adalah betul seperti yang mereka dakwa. Pada  Februari, syarikat tersebut disenaraikan di dalam senarai tahunan Fast Company yang berprestij bagi Syarikat-Syarikat Paling Berinovatif di Dunia untuk tahun 2019. Jumio telah disenaraikan sebagai syarikat pada kedudukan ke-29 di peringkat global dan syarikat pada ranking kedua di dalam kategori Keselamatan.
 
Robert menggantikan Stephen Stuut, ketua pegawai eksekutif syarikat itu selama hampir empat tahun dan penggerak di sebalik pengembangan global syarikat itu, mengambil kepimpinan utama dan memberi tumpuan kepada inovasi produk. Stuut akan kini berkhidmat sebagai pengerusi bersama bagi lembaga pengarah Jumio.
 
“Saya telah mendapat penghormatan kerana memimpin Jumio melalui beberapa detik yang sukar dan membantu ia menjadi peneraju pasaran global di dalam pengesahan identiti yang berkuasa AI sebagai satu perkhidmatan,” kata Stuut. “Saya amat teruja dengan detik kehidupan saya yang seterusnya dengan Jumio, dan menjangkakan visi dan tumpuan Robert terhadap strategi, perkongsian dan pelaksanaan akan memastikan bahawa era Jumio yang seterusnya akan lebih berkesan berbanding sebelumnya.”
 
Maklumat mengenai Jumio
 
Apabila ia berkaitan identiti, percayalah kepada Jumio. Misi Jumio adalah untuk menjadikan internet sebuah tempat yang lebih selamat dengan melindungi ekosistem perniagaan melalui perkhidmatan pengesahan dan pengsahihan identiti dalam talian yang canggih yang dengan cepat dan tepat menghubungkan identiti dalam talian seseorang dan dunia sebenar. Penyelesaian pengesahan identiti hujung ke hujung Jumio memerangi penipuan, mengekalkan pematuhan dan menghubungkan pelanggan yang baik dengan lebih pantas.
 
Memanfaatkan teknologi canggih termasuk kecerdasan diperkuatkan, AI, biometrik, mesin pembelajaran, pengesanan lanjutan 3D yang diperakui dan semakan semula manusia, Jumio membantu organisasi memenuhi pematuhan kawal selia termasuk KYC, AML dan GDPR dan secara pasti mewujudkan identiti digital bagi pelanggan mereka. Jumio telah mengesahkan lebih daripada 170 juta identiti yang dikeluarkan oleh lebih 200 buah negara dan wilayah daripada urus niaga web dan mudah alih secara tepat masa. Penyelesaian Jumio digunakan oleh syarikat-syarikat terkemuka di dalam sektor perkhidmatan kewangan, perkongsian ekonomi, mata wang digital, peruncitan, pelancongan dan permainan dalam talian. Berpangkalan di Palo Alto, Jumio beroperasi secara global dan mempunyai pejabat di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik dan telah menerima banyak anugerah untuk inovasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jumio.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190416005363/en/
 
Hubungi
 
Hubungan Media Amerika Syarikat
Jake Kasowski
10Fold Communications
jumio@10fold.com
(360) 635-8646
 
Hubungan Media Eropah
Gemma Lingham
FleishmanHillard Fishburn
gemma.lingham@fhflondon.co.uk
+44-208-618-2812
 
Sumber : Jumio
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.