ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  TUMPUAN KEPADA MEDIA DUNIA TERKENAL: PEMBANGUNAN YANG TIDAK DAPAT DIBAYANGKAN DI HAINAN

Wednesday 17/04/2019



AsiaNet 78346

HAIKOU, China, 17 April, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Dari 9 hingga 11 April, lawatan media asing "Hainan Yang Mengagumkan 2019" telah diadakan oleh Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Wilayah Hainan CPC di wilayah Hainan. Ia telah dihadiri oleh wartawan dari lapan media utama di dunia, termasuk European Pressphoto Agency, Agencia Lusa and Tokyo Shimbun. Mereka telah melawat Haikou, Chengmai, Qionghai, Lingshui, Sanya dan Baoting, dan mengiktiraf bahawa "Hainan menawarkan sumber pelancongan yang melimpah-ruah, dan industri Internet yang pesat berkembang. Pencapaian bagi FTZ adalah di luar imaginasi."

Bangunan Inovasi Luar Pesisir Antarabangsa Bandar raya Fuxing di Haikou telah menarik banyak perusahaan terkenal seperti Alibaba, Ant Financial Services Group dan PwC, serta banyak "pengeluar" asing. Taman Perisian Ekologi Hainan berada di Chengmai, yang menempatkan lebih dari 3,600 syarikat Internet, termasuk beberapa projek bernilai RMB 10 bilion, seperti Tencent Internet Village, Projek China Game Cyberport dan Projek Pangkalan Perindustrian China Mind Sports. Teknologi serba canggih dan prospek itu begitu mengagumkan kumpulan itu.

Joao Pimenta dari Agencia Lusa berkata bahawa Hainan sebelum ini amat dikenali kerana pelancongan. Sekarang, apabila perdagangan bebas telah diwujudkan, banyak pasukan R&D dari industri berteknologi tinggi telah mula menetap di Hainan. Hainan telah menggalakkan pengurangan cukai, dan beliau percaya bahawa dasar yang menggalakkan itu akan menarik lebih banyak pelaburan asing.

Alexander Balitskiy dari VGTRK mengambil minat yang mendalam di dalam perubatan tradisional China. Di hospital Boao TCM, beliau berkongsi pengalaman beliau di dalam akupunktur semasa terapi. "Ia sangat luar biasa! Kita perlu mempunyai lebih ramai orang untuk belajar mengenai TCM!" Di Binglanggu -- Taman Warisan Budaya Hainan Li & Miao, ramai wartawan tertarik dengan teknik tekstil tradisional Li, yang termasuk pemintalan, pencelupan, menganyam dan menyulam dan berada di dalam Senarai bagi Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera dari UNESCO.

Selain daripada pelancongan perubatan, pelancongan sukan, pelancongan kebudayaan rakyat, dan pelancongan bebas cukai, Hainan sedang berusaha untuk menjadi lebih berinovatif di dalam pelancongan. Wartawan juga kagum dengan Atlantis Sanya dan Taman Negara Sawah Padi, suite dalam air dan banyak lagi produk pelancongan kelas atasan, dan program bersepadu bagi pertanian dan pelancongan "sawah padi yang mengembang + taman dinosaur buatan berskala besar". Mereka percaya bahawa program pelancongan yang kaya dan menarik akan membawa potensi yang tidak berkesudahan kepada pembangunan pelancongan masa depan di Hainan FTZ.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Wilayah Hainan CPC
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=334194

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.