ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  FARMERS EDGE MENAMBAHKAN KECERDASAN RUANG PANDU KEPADA PLATFORM DIGITAL KETEPATAN

Thursday 18/04/2019



Peranti Berasaskan Aplikasi Menyampaikan Penyambungan Universal, Dalam Ruang Pandu dan secara Kawalan Jauh, untuk Menyediakan Sokongan Keputusan dan Penyimpanan Rekod yang Dipermudahkan untuk Analisis Keuntungan yang Tepat

WINNIPEG, Manitoba & AMES, Iowa, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Farmers Edge™ hari ini mengeluarkan sebuah peranti kecerdasan di lapangan yang berasaskan aplikasi yang menyediakan suatu pengalaman digital yang lancar dari pejabat ke ruang pandu. Dengan menghubungkan penanam, peniaga, peruncit, penasihat yang dipercayai dan pihak berkepentingan utama yang berkaitan secara digital, Peranti Ruang Pandu menyediakan penglihatan lengkap bagi setiap aktiviti lapangan dan pada masa yang sama memudahkan penyimpanan rekod, meningkatkan aliran kerja, dan mengurangkan risiko bagi kehilangan data kritikal. Bersepadu dengan ciri-ciri eksklusif yang sedia ada bagi platform FarmCommand™, termasuk: keadaan cuaca dan ramalan cuaca di ladang, imej satelit harian, pemodelan ramalan, dan pengesanan perubahan kesihatan tanaman secara automatik, Peranti Ruang Pandu itu menyediakan satu lapisan tambahan bagi sokongan keputusan asas yang membolehkan tahap kecekapan dan keuntungan baharu di ladang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190417005267/en/
 
Membina di atas kerjasama strategik baru-baru ini dengan syarikat-syarikat pertanian terkemuka, termasuk CNHi, Global Ag Risk Solutions, PartnerRe, HBS, Raven, Lindsay Corporation, Richardson Pioneer, dan NuFarm, Farmers Edge mereka bentuk Peranti Ruang Pandu itu untuk menyediakan tahap keserasian dan fleksibiliti paling tinggi yang boleh diperolehi. Peranti itu mempunyai ciri-ciri penyambungan tanpa wayar dan bercampur-campur dengan mana-mana mesin moden dan boleh digunakan untuk merancang pekerjaan, melihat penstriman data dan pemetaan secara langsung, menyesuaikan operasi lapangan, menguruskan jadual penyelenggaraan, memantau bekalan, dan berkongsi maklumat untuk menjadikannya platform mudah alih yang paling maju daripada jenis itu. Dikuasakan oleh peranti telematik jenama-agnostik yang baharu dipertingkatkan - Gen. 2 CanPlug™ - semua data dikumpul, dipindah, dan diproses secara automatik, untuk memastikan rekod yang kritikal dikekalkan untuk pelaporan yang tepat.

“Gabungan bagi interaktiviti secara langsung dan pelaporan automatik meningkatkan keupayaan bagi penanam, peruncit, dan pihak berkepentingan yang lain untuk mengenal pasti dan menangani faktor-faktor yang mungkin memberi kesan kepada pendapatan atau produktiviti sesebuah ladang,” kata Ron Osborne, Ketua Strategi dan Pegawai Produk bagi Farmers Edge. “Sama ada ia lebih bijak dalam menghantar penyembur, mengurangkan pemelahuan operator, mengawasi aplikasi tersuai untuk memastikan ketepatan, atau memahami mesin mana yang melakukan yang terbaik untuk setiap tugasan, Peranti Ruang Pandu FarmCommand menyampaikan ketelusan dan fleksibiliti yang tidak dapat ditandingi untuk membuka kunci nilai data.”

Bagaimana ia berfungsi
Peranti Ruang Pandu menghubungkan kepada Farmers Edge Gen. 2 CanPlug melalui Bluetooth, dan melalui tanpa wayar menyiarkan secara tepat masa penanaman, penyemburan, penuaian, aplikasi baja dan data pekerjaan penyelenggaraan lapangan bersama-sama dengan diagnostik prestasi peralatan ke mana-mana tablet, komputer, atau peranti mudah alih. Ia segerak secara automatik ke awan untuk menyimpan kesemua data dalam satu tempat. Dengan kedua-dua pandangan seorang pengurus dan seorang operator, peranti itu membolehkan kawalan yang lebih besar ke atas operasi lapangan melalui pemantauan, penjadualan, dan pengurusan jarak jauh.

Pandangan Pengurus — Pengurus-pengurus ladang yang menggunakan peranti itu boleh menyambung kepada pelbagai mesin di dalam sebuah lapangan kepada satu paparan, dan dengan mudah togol di antara semua mesin. Dengan membuat ketukan pantas pada mana-mana mesin di dalam satu pekerjaan memaparkan pandangan operator untuk akses kepada nilai kerja yang terperinci. Peranti itu menyediakan satu cara mudah untuk melihat semua pekerjaan yang aktif di ladang, mengakses maklumat pekerjaan, menyimpan rekod secara teratur, dan memperoleh suatu pemahaman yang sebenar tentang keuntungan.

Pandangan Operator — Operator-operator ladang menghubungkan terus dari sebuah peranti mudah alih atau tablet kepada paparan peralatan secara langsung. Dengan satu ketukan, mereka boleh melaraskan pelan di mana sahaja, melihat aplikasi atau hasil secara langsung, dan dengan mudah berkongsi data penting dengan pengurus dan penasihat yang dipercayai.

Pengeluaran Masa Hadapan
Farmers Edge juga mendedahkan peningkatan Peranti Ruang Pandu di masa hadapan, termasuk:
  • Pengurusan Tuaian Tepat Masa — Mempertingkatkan seterusnya pengurusan inventori bijian secara automatik, sebuah skala bersepadu akan menghapuskan semua kemasukan data tuaian manual sekali gus memastikan rekod adalah tepat dan dikemas kini.
  • Data Pasaran Bersepadu — Sedia maklum mengenai aktiviti pasaran pada sepanjang hari dengan pemahaman mengenai komoditi pertanian yang paling popular, termasuk jagung, kacang soya, canola, dan gandum untuk membantu penanam mendapatkan nilai paling banyak dari hasil tuaian mereka.
  • Kinematik Tepat Masa (RTK) — Peniaga dan petani akan mendapat manfaat daripada RTK yang dikuasakan oleh CanPlug. Farmers Edge sedang bekerjasama dengan rangkaian rakan dan peniaga mereka di stesen-stesen pangkalan untuk menghantar isyarat yang membetulkan kesilapan kedudukan yang disebabkan oleh atmosfera Bumi.
  • Perkongsian Garisan A/B — Untuk menyampaikan tahap penyambungan tepat masa yang lebih tinggi, ciri ini akan membolehkan perkongsian garisan merentasi pelbagai peralatan dan pelaksanaan.
Ciri-ciri Eksklusif pada Sekilas Pandang
Bersepadu dengan FarmCommand, Peranti Ruang Pandu itu melengkapkan satu suite peranti sokongan keputusan digital yang sedia ada dan unik, termasuk: 
  • Data Cuaca Hiper Tempatan — FarmCommand menghubungkan kepada stesen cuaca di ladang untuk menyediakan keadaan semasa, ramalan, radar, dan data cuaca yang berpusatkan medan yang lain. Maklumat hiper tempatan ini menyokong penjadualan dan pemberian makanan dalam model ramalan untuk memberikan cadangan nitrogen yang tepat, ramalan perosak dan penyakit, dan susunan pertumbuhan tanaman.
  • Pengurusan Bekalan Tepat Masa — Menguruskan benih, bahan kimia, dan baja dari lapangan untuk menjejaki bekalan dan kos. Bekalan yang telah diset untuk tugasan yang cepat atau memasukkan yang baharu ketika bekerja.
  • Pengurusan Inventori Bijian Automatik — Menyenaraikan tanaman, varieti, dan jumlah berat mengikut ladang, peranti ini menyediakan satu ringkasan pantas bagi hasil tuaian untuk penyimpanan rekod yang lebih baik.
  • Imejan Harian dan Lapisan Peta Unik — Mengakses satu koleksi lapisan peta yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan maklumat lengkap bagi ladang. Memantau perkembangan kesihatan tanaman dan mengenalpasti masalah awal dengan imejan satelit harian atau melihat satu siri peta peralatan untuk mengesahkan aplikasi dan mengukur prestasi. Peta-peta boleh jadi berlapis atau dibandingkan secara bersebelahan untuk mengkaji musim itu dan menemui corak baharu.
  • Pengesanan Kesihatan Tanaman Berautomatik — Peta Perubahan Kesihatan Tanaman dan Pemberitahuan secara automatik mengimbas imejan dan mencetuskan makluman apabila perubahan di ladang telah berlaku. Peranti yang lain daripada yang lain ini menunjukkan potensi masalah termasuk perosak, penyakit, kekurangan nutrien, cuaca buruk, aplikasi yang tidak dijawab, kerosakan peralatan, isu saliran, dan banyak lagi, meningkatkan nilai imejan harian dengan membantu penanam untuk mengutamakan aktiviti pemantauan, mengenal pasti masalah dengan lebih mudah, dan bertindak balas terhadap tekanan tanaman sebelum hasil terjejas. GPS Bersepadu menjadikannya mudah untuk mengemudi ke kawasan ladang yang menunjukkan kebolehubahan atau isu-isu untuk merekodkan pemerhatian, merakam imej, dan berkongsi maklumat.
Ketersediaan
Peranti Ruang Pandu itu boleh diperolehi sekarang di iTunes (iOS 1.35.9) dan di Google Play (Android 1.35.9)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Peranti Ruang Pandu FarmCommand, sila layari:  https://www.FarmersEdge.ca/InCabTool

Maklumat mengenai Farmers Edge
Farmers Edge adalah sebuah peneraju global di dalam bidang pertanian keputusan yang memberi perkhidmatan kepada lebih 24 juta ekar produk berbayar di seluruh dunia dengan penyelesaian digital yang berketepatan. Menggabungkan data berpusat lapangan, perisian yang mudah digunakan, teknologi pemprosesan terkini, pemodelan ramalan, dan analisis agronomi termaju, Farmers Edge menyediakan kepada penanam dengan penyelesaian berskala untuk menghasilkan lebih banyak dengan mengurangkan penggunaan. Dengan menggunakan peranti agronomi digital yang berinovatif, penyelesaian Farmers Edge memberi tumpuan kepada pengeluaran mapan bagi hasil tanaman yang tinggi, berkualiti tinggi dan direka untuk mengoptimumkan input, meminimumkan kesan alam sekitar, dan melindungi daya maju ekonomi pada ladang. Dari pemilihan benih kepada menghasilkan analitik data, Farmers Edge mengubah data besar kepada wawasan yang bertepatan masa dan secara tepat untuk menyokong pembuatan yang berpengetahuan. Untuk maklumat lanjut mengenai Farmers Edge, sila layari FarmersEdge.ca atau FarmersEdgeUSA.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190417005267/en/

Hubungi

Hubungan Media:
Farmers Edge
Jill Reed
Sift Communications bagi pihak Farmers Edge
farmersedge@siftpr.com
Telefon: +1-415-722-2433

Sumber : Farmers Edge

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.