ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  UNISYS MENGUMUMKAN PENGINTEGRASIAN BAGI UNISYS STEALTH(R) SECURITY DENGAN PERISIAN PEMULIHAN SIBER YANG TERKEMUKA DI DALAM INDUSTRI UNTUK KETAHANAN SIBER CYBER DIPERBAIKI

Thursday 02/05/2019



AsiaNet 78541

LAS VEGAS dan BLUE BELL, Pa., 1 Mei, 2019/Medianet International-AsiaNet/--

 
Stealth(TM) akan membuat operasi sokongan dan pemulihan agar lebih selamat dan pada masa yang sama membolehkan penggunaan yang lebih fleksibel dan “bilik-bilik bersih” maya sebagai satu  persekitaran yang selamat untuk pemulihan sistem dan data

Unisys Corporation (http://www.unisys.com/)(NYSE: UIS) hari ini mengumumkan di Dell Technologies World 2019 bahawa suite perisian keselamatan bagi Unisys Stealth(R) mereka yang telah memenangi anugerah (http://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth-products-and-services)
telah diintegrasikan dengan perisian Pemulihan Siber Dell EMC (https://www.emc.com/about/news/press/2018/20181017-01.htm#globalnav=open)
untuk menyediakan perlindungan yang dipertingkatkan kepada operasi pemulihan siber pelanggan. Penyelesaian bersepadu itu akan boleh diperolehi mulai Jun 2019.

Stealth(TM), yang termasuk keupayaan Pengasingan Dinamik(TM) untuk dengan pantas mengasingkan peranti atau pengguna apabila ada tanda-tanda awal bahawa kedudukan mereka terjejas, mengurangkan serangan permukaan di dalam persekitaran ini dengan mewujudkan mikrosegmen dinamik, yang didorong oleh identiti yang dipanggil komuniti yang mempunyai kepentingan (COI). Dengan mewujudkan COI yang selamat, Stealth memisahkan sistem, pengguna dan data yang dipercayai daripada yang tidak dipercayai. Ia seterusnya mengurangkan serangan permukaan dengan menyulitkan semua komunikasi di antara aset yang dilindungi oleh Stealth dan menyembunyikan aset itu daripada pengguna yang tidak dibenarkan.
 
Dengan pengumuman hari ini, keupayaan yang disediakan oleh Stealth akan meningkatkan keselamatan bagi pengguna Pemulihan Siber Dell EMC, satu penyelesaian yang mengurus dan mengautomasikan pengasingan dan pemulihan bagi data sokongan yang penting bagi perniagaan supaya organisasi boleh menyambung semula operasi perniagaan dengan cepat berikutan perisian tebusan atau serangan siber yang disruptif.

Stealth akan menggunakan pengasingan rangkaian kriptografi untuk membantu memastikan kesemua trafik ke dalam, daripada dan di dalam Bilik Pemulihan Siber Dell EMC, di mana aset adalah tersembunyi dari serangan permukaan. Stealth juga menyediakan sebuah “bilik bersih maya” agar operasi pemulihan boleh bermula walaupun sebelum sesuatu serangan siber telah dineutralkan atau dihapuskan daripada sebuah rangkaian perusahaan.

“Kombinasi Pemulihan Siber Dell EMC dan Unisys Stealth memberikan lebih banyak jaminan bagi organisasi yang mencari perlindungan tambahan terhadap penggodam dan orang dalam yang berniat jahat yang sengaja menyasarkan perlindungan data dan infrastruktur sokongan,” kata Jay Snyder, Naib Presiden Kanan, Gabungan Global, Dell EMC. “Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Unisys bagi menyediakan kepada pelanggan kami dengan pertahanan yang terbaik terhadap serangan ke atas data sokongan kritikal.”

Penyepaduan bagi Stealth dengan perisian Pemulihan Siber Dell EMC mengikuti rapat pengumuman bagi pengeluaran Stealth 4.0 (https://www.unisys.com/offerings/security-solutions/news%20release/unisys-announces-availability-of-unisys-stealth-four-security-software),
versi terkini bagi perisian Stealth yang menangani ancaman yang berkaitan dengan landskap digital yang sentiasa berubah di mana penggunaan awan, mudah alih dan Internet Benda terus meningkat. Stealth 4.0 memberikan pelanggan keupayaan untuk mengambil tindakan segera bagi bertindak balas terhadap insiden keselamatan, sekali gus menghentikan serangan yang sedang berlaku.

“Banyak organisasi mungkin tidak menyedari bahawa kemampuan sokongan mereka tidak direka untuk bertahan dan pulih daripada serangan siber, dan kelemahan ini boleh menghasilkan keputusan yang sangat merosakkan dan mahal,” kata Eric Hutto, naib presiden kanan dan presiden, Penyelesaian Perusahaan, Unisys. “Dengan Stealth dan Pemulihan Siber Dell EMC, organisasi boleh merasa yakin dengan kemampuan mereka untuk memulihkan operasi perniagaan selepas satu serangan siber. Dan dengan menggunakan Pengasingan Dinamik Stealth, organisasi dapat mengurangkan kebarangkalian dan skop bagi serangan itu daripada berlaku.”
 
Unisys adalah sebuah rakan Dell EMC Titanium (https://www.unisys.com/strategic-alliance-partners/dellemc) dan satu daripada rakan Dell EMC yang paling lama. Melalui kerjasama ini, Unisys dan Dell EMC memberikan penyelesaian yang selamat kepada persekitaran yang mencabar termasuk kerajaan, perbankan, tempahan penerbangan dan pengendalian kargo, menangani persekitaran urus niaga tinggi yang menyokong polis, pelabuhan, agensi pertahanan dan perusahaan komersial di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Unisys
 
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari  www.unisys.com.
 
Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn (http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
                                   ###
 
NOMBOR SIARAN: 0501/9674
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
SUMBER: Unisys Australia

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.