ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  UNISYS MEMPERLUASKAN PENYELESAIAN PERKHIDMATAN TERURUS CLOUDFORTE(TM) BAGI PERSEKITARAN IT HIBRID UNTUK MEMPERCEPATKAN TRANSFORMASI DIGITAL ORGANISASI

Thursday 02/05/2019



AsiaNet 78542
 
LAS VEGAS dan BLUE BELL, Pa., 1 Mei, 2019/Medianet International-AsiaNet/--

Pendekatan yang berorientasikan perkhidmatan yang berbeza bergabung dengan teknologi dari Unisys dan Dell, yang membolehkan pelanggan untuk membina pelaburan IT yang sedia ada dan pada masa yang sama mengintegrasikan penyelesaian awan bagi generasi akan datang
 
Unisys Corporation (http://www.unisys.com/) (NYSE: UIS) hari ini mengumumkan pada Dell Technologies World 2019 ( https://www.delltechnologiesworld.com/index.htm) bahawa penyelesaian perkhidmatan terurus Unisys CloudForte(TM) (https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/cloudforte)
mereka kini tersedia untuk persekitaran awan hibrid yang merangkumi awan peribadi dan sumber pusat data konvensional serta awan awam.
 
CloudForte(TM) untuk Hibrid menyediakan satu penghadang terhadap kerumitan dan perbelanjaan yang berlebihan ketika organisasi mempercepatkan transformasi digital mereka, sekali gus membolehkan mereka untuk merealisasikan manfaat berikut:
 
- Menggerakkan pelaburan mereka yang sedia ada di dalam sumber IT dan pada masa yang sama mengintegrasikan keupayaan baharu untuk mempercepatkan transformasi digital secara selamat;
- Mengautomasikan operasi awan untuk akses pada bila-bila masa, di mana sahaja kepada sumber-sumber pengkomputeran;
- Mempercepatkan pemodenan aplikasi merentasi persekitaran bersepadu;
- Menyelaraskan tadbir urus merentasi kitaran hayat awan
 
Penyelesaian baharu itu melengkapkan pelaksanaan CloudForte yang Unisys telah lancarkan untuk Perkhidmatan Web Amazon (AWS) yang digunakan secara meluas (https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/cloudforte/cloudforte-for-aws) dan persekitaran awan awam Microsoft Azure ( https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/cloudforte/cloudforte-for-azure), yang boleh diintegrasikan dengan selamat ke dalam CloudForte untuk ekosistem Hibrid.
 
Pendekatan Pusat Awan Unisys bagi Pengaktifan membezakan CloudForte untuk Hibrid daripada penawaran lain di pasaran. Ia terdiri daripada satu suite perkhidmatan nasihat, transformasi infrastruktur, operasi, pengoptimuman dan pemodenan aplikasi yang disampaikan oleh lebih daripada 1,000 orang profesional dengan pensijilan awan.
 
Pendekatan itu menguatkan kuasa bagi perisian Unisys dan Dell Technologies yang membolehkan CloudForte untuk platform Hibrid. Penawaran Unisys itu termasuk:
 
- Satu platform perisian sebagai satu perkhidmatan automatik untuk mengenal pasti dan menyediakan  perkhidmatan awan persendirian, awam dan hibrid yang diperlukan untuk menyediakan  sumber yang paling berkesan dan menjimatkan kos bagi sesuatu tugas yang diberikan;
- Analisis tepat masa dan pengurusan pepetak tunggal yang telus bagi persekitaran hibrid dan sistem pengurusan perkhidmatan;
- Keupayaan untuk pemodenan gred perindustrian bagi aplikasi legasi melalui pengenalpastian bagi aset IT legasi dan keutamaan bagi penghijrahan mereka kepada awan;
- Rangka tindakan pra penduduk tersedia dalam katalog layan diri untuk   pelaksanaan yang mudah dan tadbir urus yang selamat.
 
Perisian Dell Technologies melengkapkan komponen Unisys bagi CloudForte untuk Hibrid termasuk persekitaran operasi awan maya VMware dan penawaran kontena VMware Enterprise PKS; Peranti aplikasi pembangunan dan pemodenan yang penting; CloudVelox untuk penghijrahan beban kerja; dan CloudHealth oleh VMware untuk pengurusan kos.
          
“Pengubahsuaian digital dan penerimaan awan keseluruhan bagi organisasi semakin pesat berkembang, tetapi tanpa disangka-sangka boleh bertukar menjadi sukar untuk ditadbir dan dioptimumkan,” kata Chris Wick, naib presiden, Perkhidmatan Transformasi Infrastruktur, Unisys. “CloudForte untuk Hibrid menyediakan satu penawaran yang didorong oleh perkhidmatan yang memberi kuasa kepada organisasi untuk mewujudkan sebuah persekitaran IT digital yang dibolehkan awan dengan mengintegrasi dan menguruskan kesemua sumber IT mereka dengan lancar, selamat dan menjimatkan kos.”
  
Organisasi yang menggunakan CloudForte untuk Hibrid boleh mendapat manfaat daripada pendekatan Percaya Sifar Unisys (https://www.unisys.com/offerings/security-solutions) kepada keselamatan perusahaan: tidak mempercayai mana-mana pengguna atau peranti di dalam atau di luar rangkaian persendirian dan memberikan akses yang paling sedikit kepada identifikasi yang boleh dipercayai. Unisys menawarkan kepakaran mendalam dalam keselamatan perusahaan untuk persekitaran mudah alih dan awan, termasuk produk dan perkhidmatan yang didasarkan kepada Unisys Stealth(R) (https://www.unisys.com/offerings/security-solutions/unisys-stealth-products-and-services). Stealth(TM) menggunakan pengasingan dinamik berasaskan identiti(TM), yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk bertindak balas terhadap ancaman dalam sekelip masa  dengan cepat dan proaktif mengasingkan pengguna dan peranti, sekali gus membolehkan perniagaan untuk terus beroperasi walaupun ketika diserang.
 
Unisys adalah sebuah rakan Dell EMC Titanium (https://www.unisys.com/strategic-alliance-partners/dellemc) dan satu daripada rakan Dell EMC yang paling lama. Melalui kerjasama ini, Unisys dan Dell EMC memberikan penyelesaian yang selamat kepada persekitaran yang mencabar termasuk kerajaan, perbankan, tempahan penerbangan dan pengendalian kargo, menangani persekitaran urus niaga tinggi yang menyokong polis, pelabuhan, agensi pertahanan dan perusahaan komersial di seluruh dunia.
 
Penyelesaian awan Unisys yang memacukan perkhidmatan telah mendapat momentum yang signifikan di tempat pasaran, yang terbaharu sebagai satu komponen utama di dalam penyelesaian awan untuk Jabatan Amerika Syarikat bagi Pejabat Perbendaharaan bagi Pengawal Mata Wang (https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/news%20release/unisys-to-provide-cloud-access-for-us-treasury-department-occ) dan Jabatan Amerika Syarikat bagi Hal Ehwal Veteran (VA) (https://www.unisys.com/offerings/cloud-and-infrastructure-services/news%20release/unisys-to-assist-department-veterans-affairs). Selain itu, ISG telah menamakan Unisys sebagai antara  25 penyedia perkhidmatan Paling Atas untuk transformasi digital (http://outreach.unisys.com/LP=1823?src=pr) dan memperakui transformasi digital selamat yang berterusan oleh syarikat itu sebagai satu daripada “25 Terbaik” (https://www.snl.com/IRW/file/4305772/Index?KeyFile=392614318) untuk contoh-contoh bagi inisiatif sedemikian. Transformasi digital Unisys juga telah memperolehi Anugerah CIO 100 (http://www.cio100.com/awards/) yang berprestij pada tahun 2018 dan 2019.
 
Maklumat mengenai Unisys
 
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari  www.unisys.com

Ikuti Unisys di Twitter(http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn
(http://www.linkedin.com/company/unisys).
 
###
 
NOMBOR SIARAN: 0501/9675
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing.
UIS-C
 
SUMBER: Unisys Australia

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.