ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  MEMADANKAN FORUM DAVOS, MINGGU TEKNOLOGI NANJING MEMBINA SEBUAH PLATFORM BAHARU UNTUK KOMUNIKASI BAGI MEMPERLUASKAN "BULATAN KENALAN" ANTARABANGSA

Friday 10/05/2019



AsiaNet 78658

NANJING, China, 10 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Aktiviti-aktiviti “Minggu Teknologi Nanjing China Stesen Boston 2019” telah diadakan baru-baru ini di Boston, Amerika Syarikat. Kaunselor Sains dan Teknologi bagi Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di New York, Pengarah Eksekutif bagi Jabatan Perdagangan dan Pelaburan Massachusetts, wakil-wakil dari Kerajaan Boston dan universiti-universiti, dan wakil institusi dan korporat yang berkaitan dari Boston telah menghadiri acara tersebut.
 
Ini adalah satu daripada aktiviti bagi Minggu Teknologi Nanjing. Untuk memperdalamkan pembinaan “Bandar raya Berinovatif, Ibu Negara Purba Yang Cantik”, Nanjing akan mengadakan “Minggu Teknologi Nanjing”, yang bertujuan untuk membina sebuah ruang yang ideal bagi penciptaan bersama, membina sebuah platform antarabangsa untuk perkongsian, dan mencipta peluang-peluang yang tidak terhad bagi faedah bersama.
 
Pada 26 Jun, “Minggu Teknologi Nanjing” akan diadakan. Temanya adalah “Inovasi di Nanjing, Peluang-peluang Yang Tiada Had”, dengan keutamaan kepada “inovasi, perkongsian dan mencapai kejayaan bersama”. Minggu Teknologi Nanjing membawa bersama minda-minda yang berinovatif untuk bertukar idea-idea yang membuat penerokaan di sidang kemuncak yang akan membentuk “Forum Davos” bagi Nanjing sendiri. Ia menganjurkan pameran NJ TECH untuk mempamerkan teknologi yang canggih dan mewujudkan satu versi jenama baharu VivaTech di Nanjing. Ia menangani topik-topik utama bagi pembangunan perindustrian dalam satu siri persidangan, sekali gus mewujudkan Hannover Messe yang dipertingkatkan bagi Nanjing sendiri, dan mengadakan pertandingan dalam keusahawanan dan inovasi – “Oskar” Nanjing sendiri untuk menganugerahkan kecemerlangan di dalam kedua-dua bidang. Minggu Teknologi Nanjing menggalakkan daerah, universiti dan organisasi yang berbeza untuk melancarkan acara mereka sendiri, mewujudkan “Forum Roman” bagi Nanjing sendiri berhubung inovasi dan keusahawanan.
 
Sejak bermulanya Minggu Teknologi itu, jawatankuasa penganjur telah mengeluarkan beribu-ribu “Undangan Nanjing” ke seluruh dunia. Pada masa ini, ia telah menerima lebih satu ribu jawapan daripada lebih 20 buah negara, termasuk ahli akademik dari akademi tempatan dan luar negara, pegawai-pegawai dari Agensi Inovasi multinasional, dan kaunselor sains dan teknologi, usahawan-usahawan terkenal dunia. Singapura akan mengambil bahagian di dalam keseluruhan proses itu sebagai sebuah negara tetamu. Adalah diharapkan jumlah peserta dalam persidangan utama akan melebihi 5,000 orang, termasuk 1,000 tetamu luar negara, dan jumlah peserta dijangka kira-kira 100,000 orang sepanjang minggu teknologi itu.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Minggu Teknologi Nanjing
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=335633

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.