ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  YB YEO BEE YIN MELANCARKAN LAMAN WEB SEDA YANG BAHARU DENGAN PAPARAN MICROSITE TENAGA BOLEH BAHARU DAN APLIKASI KALKULATOR PEMETERAN TENAGA BERSIH (NEM)

Tuesday 14/05/2019



PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) hari ini telah melancarkan laman web Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang baharu yang menyaksikan paparan microsite Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan aplikasi kalkulator NEM.
 
Laman web baharu www.seda.gov.my  direka untuk membolehkan orang ramai merasai pengalaman dan mendapat akses maklumat yang lebih terperinci kepada skim NEM dan program TBB di Malaysia.
 
YB Yeo berkata, sejak skim NEM ditambah baik  pada Januari 2019, terdapat sambutan  yang menggalakkan terhadap skim NEM ini.
 
"Sehingga 10 Mei 2019, sebanyak 16.6MW permohonan NEM telah diluluskan pada tahun 2019 berbanding 18.24MW pada tahun 2018," kata YB Yeo semasa pelancaran laman web baharu di ibu pejabat SEDA hari ini.
 
YB Yeo berkata jumlah kuota yang diperuntukkan untuk NEM adalah sebanyak 500MW; dengan peruntukan bagi kategori domestik sebanyak 50MW dan kategori bukan domestik (terdiri daripada komersial, perindustrian dan pertanian) sebanyak 450MW.
 
Kuota NEM sebanyak 500MW dijangka akan menjana dengan anggaran sebanyak 15,000 peluang pekerjaan dan pelaburan modal sebanyak RM2.124 bilion untuk sistem solar fotovolta (PV).
 
Anggaran pelaburan modal bagi sistem solar PV kategori domestik pula adalah sebanyak RM2.58 juta manakala untuk kategori bukan domestik dianggarkan akan mencecah RM1.866 bilion.
 
Untuk merancakkan lagi pasaran solar PV, SEDA Malaysia telah mencipta dua (2) direktori bagi solar PV dimana orang ramai boleh menyemak perkhidmatan atau pembekal yang diperlukan. Sehingga kini direktori ini telah menyenaraikan 110 syarikat berdaftar sebagai Registered Photovoltaic (PV) Service Providers dan 27 syarikat telah berdaftar sebagai Registered Solar PV Investors.
 
Bagi pelanggan yang ingin memiliki system solar PV melalui pembelian langsung (outright purchase) boleh menghubungi pembekal perkhidmatan PV berdaftar untuk mendapatkan sebut harga. Selain itu, jika pelanggan memilih untuk menyewa (lease) sistem solar PV, atau hanya membayar elektrik yang dijana oleh sistem PV di bawah perjanjian pembelian kuasa (PPA), mereka boleh menghubungi senarai pelabur solar PV  yang berdaftar untuk sebut harga mengenai perkhidmatan pajakan / PPA.
 
Orang ramai boleh membuat pilihan pembelian terbaik dengan memenuhi kehendak keperluan mereka.
 
Di bawah opsyen pajakan / PPA, pelabur solar PV boleh memilih untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh TNB iaitu Supply Agreement for Renewable Energy (SARE) dengan menggunakan bil TNB untuk perkhidmatan pajakan / PPA kepada pelanggan mereka.
 
SARE mengurangkan risiko yang dihadapi oleh pelabur solar PV dan perjanjian yang distrukturkan untuk syarikat, individu dan entiti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, pihak Kerajaan dan Persekutuan Perniagaan.
 
Laman web SEDA Malaysia yang baru juga mempunyai Kalkulator NEM untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang penjimatan bil elektrik melalui skim NEM.
 
Kalkulator ini menyediakan kemudahan  seperti pengiraan bagi anggaran kapasiti solar PV, kos pendahuluan pelaburan yang minimum, penjimatan elektrik bulanan, kos kemudahan bayaran balik dan kesan ke atas alam sekitar (seperti mengelakkan pelepasan CO2). Ia boleh digunakan untuk semua kategori NEM (iaitu domestik, komersil, perindustrian dan pertanian) di bawah pelanggan TNB.
 
Kalkulator NEM boleh diakses di www.seda.gov.my/nemcalculator
 
Laman web SEDA yang baru juga menggabungkan Microsite TBB, www.seda.gov.my/reportal yang menampilkan secara terperinci program TBB yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Dianggarkan potensi solar PV dengan anggran bumbung rumah di Semenanjung adalah sebanyak 34,194 MW. Semakin meluas penggunaan fotovolta suria (PV) di atas bumbung akan membantu di dalam mendemokrasikan tenaga elektrik dan melibatkan orang ramai secara keseluruhan untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim. Ia turutu membantu menyumbang sasaran aspirasi kerajaan iaitu meningkatkan kapasiti penjanaan TBB sebanyak 20% dalam campuran kapasiti tenaga negara menjelang tahun 2025 (tidak termasuk hidro berkuasa besar).

TENTANG SEDA MALAYSIA
Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia adalah badan berkanun di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). SEDA ditubuhkan pada September 2011 di bawah Akta SEDA 2011 [Akta 726] dengan tujuan utama memacu agenda tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga di negara ini.

Sumber: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Roslan Ali@Hassan
(Director, Corporate Communication)
Tel: 012-377 6983
Emel: ccd@seda.gov.my / roslan@seda.gov.my

Nama: Pn. Sazlinda Ayu Hj. Arshad
(Sr. Assistant Director, Corporate Communication)
Tel: 017-787 9933
Emel: ccd@seda.gov.my / ayu.arshad@seda.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.