ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SIRI AKTIVITI "JELAJAH DI SEKITAR FUJIAN, MENERIMA SEGALA RAHMAT" -- PERSIDANGAN PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN DAN INDUSTRI PELANCONGAN YANG PERTAMA BAGI LONGYAN, FUJIAN BERLANGSUNG DI GUTIAN, WILAYAH SHANGHANG

Friday 17/05/2019



AsiaNet 78779

GUTIAN, China, 16 Mei, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada hari-hari yang panas dan indah dalam bulan Mei, tetamu dan rakan taulan datang dari segenap pelusuk dunia untuk berkumpul di Longyan. Baru-baru ini Persidangan Pembangunan Kebudayaan dan Industri Pelancongan yang pertama bagi Longyan, Fujian telah secara rasmi diumumkan di Gutian, Shanghang, sebuah tanah suci revolusioner yang terkenal di China. Ia ditaja oleh Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan bagi Wilayah Fujian, Jawatankuasa Perbandaran Longyan CPC dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Longyan, dan dikendalikan oleh Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Longyan, Jawatankuasa Wilayah Shanghang CPC dan Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Shanghang.

Hadirin pada persidangan itu termasuk Huang Qiyu, Timbalan Pengarah bagi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Wilayah Fujian dan Pengerusi Persekutuan Wilayah bagi Kesatuan Sekerja, pemimpin-pemimpin yang berkaitan dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, pemimpin-pemimpin yang berkaitan bagi Pejabat Am di Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian dan jabatan-jabatan yang berada secara langsung di bawah kepimpinan kerajaan wilayah, wakil-wakil pelabur bagi industri kebudayaan dan pelancongan, wakil-wakil agensi pelancongan yang penting, wakil-wakil bagi juara Olimpik Longyan, dan wakil-wakil bagi perusahaan kebudayaan dan pelancongan dari Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Wu Xiande, Ketua bagi Jabatan Wilayah Fujian bagi Kebudayaan dan Pelancongan, menyampaikan ucapan pada upacara pembukaan. Beliau menegaskan bahawa pelancongan kebudayaan adalah sebuah industri yang komprehensif yang boleh menjadi  pemacu penting di dalam pembangunan ekonomi. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, jawatankuasa wilayah CPC dan kerajaan wilayah telah memberi perhatian yang tinggi terhadap pembangunan pelancongan kebudayaan dan mengambil kebudayaan dan pelancongan sebagai sokongan utama untuk pertumbuhan berkualiti tinggi di Fujian. Hasil daripada penyesuaian dan pembaharuan mereka yang kerap, satu corak pembangunan yang menggariskan perpaduan di seluruh wilayah itu telah beransur-ansur terbentuk. Pelancongan kebudayaan menunjukkan momentum pembangunan yang baik dengan persekitaran yang dioptimumkan, perkhidmatan berkualiti, jenama terkemuka, dan kadar pertumbuhan yang luar biasa. Jenama “Jelajah di sekitar Fujian” telah mendapat sambutan yang meluas dan aktif, dan idea “Menerima segala rahmat” telah diterima dengan baik oleh pasaran. Dengan sumber pelancongan yang melimpah-ruah, kelebihan yang unggul, potensi pembangunan yang besar dan prospek yang luas, Longyan menyambut baik pelabur, operator dan penyedia perkhidmatan pelancongan kebudayaan untuk membina perniagaan yang berjaya dengan memanfaatkan sumber pelancongan kebudayaan Fujian dan Longyan.

Xu Weize, Setiausaha bagi Jawatankuasa Perbandaran Longyan CPC, telah memberi ucapan dan mengalu-alukan sambutan hangat kepada semua pemimpin dan tetamu yang hadir bagi pihak Jawatankuasa Perbandaran CPC, Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Perbandaran, Kerajaan Perbandaran dan Jawatankuasa Perbandaran CPPCC. Beliau menyatakan bahawa Longyan telah mengkaji secara terperinci dan melaksanakan Pemikiran Xi Jinping mengenai Sosialisme dengan Ciri-ciri China untuk sebuah Era Baharu. Longyan telah mengemukakan satu corak pembangunan bandar yang meliputi “sebuah bandar, dua daerah dan tiga kumpulan” dan idea umum untuk membangunkan susun atur perindustrian bagi “lima pangkalan, enam industri dan tujuh tarikan pelancong”. Lebih banyak usaha telah dilakukan untuk merumuskan rangka kerja pembangunan bandar, membina platform pembangunan perindustrian dan memudahkan penyatuan bandar-industri. Khususnya, tiga kebudayaan utama masing-masing mengenai revolusi Merah, ekologi dan Hakka telah menjadi sebahagian daripada pelan bagi jawatankuasa wilayah CPC dan kerajaan wilayah untuk membina jenama “Jelajah di sekitar Fujian, Menerima Segala Rahmat”. Kerajaan Longyan menekankan bahawa setiap daerah harus memiliki ciri-ciri mereka sendiri, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membina sebuah industri utama bagi kebudayaan, pelancongan, kesihatan dan kesejahteraan yang bernilai RMB 100 bilion. Longyan berusaha untuk menjadikannya sebuah bandar yang terkenal dengan “tanah suci revolusioner, tanah air Hakka dan resort kesejahteraan”, sebuah destinasi antarabangsa bagi pelancongan holistik dan sebuah bandar yang lebih bertenaga dan lebih mesra, yang mempamerkan pelancongan kebudayaan. Mengambil Persidangan Pembangunan Kebudayaan dan Industri Pelancongan ini sebagai satu peluang, Longyan berharap untuk meningkatkan komunikasi dengan pihak lain, membina platform untuk pembangunan perindustrian, memperdalam hubungan di antara budaya dan projek pelancongan dan meningkatkan pelancongan kebudayaan bagi Longyan, dengan demikian membangunkan bandar itu dengan kualiti yang lebih baik dan kecekapan yang dipertingkatkan, dan menjadikan Longyan menjadi sebuah bandar ekologi, sihat dan sesuai untuk didiami dan sebuah destinasi antarabangsa bagi pelancongan holistik.

Aktiviti-aktiviti lain pada persidangan itu termasuk persembahan kebudayaan warisan tak ketara, menandatangani kontrak ke atas projek-projek pelancongan kebudayaan di Longyan, satu penyampaian anugerah untuk “10 Perintis Teratas dalam Menjanakan Kekayaan dengan Pelancongan”, sebuah majlis penyampaian bagi pertandingan Tik Tok, satu majlis pemberian Pameran Fotografi Kebangsaan Longyan “Red Gutian”, satu penyerahan sijil untuk duta pelancongan Longyan, pelancaran Kad Faedah Luar “Red Gutian”, satu majlis pelancaran bagi Persidangan Kebudayaan dan Pelancongan, dan lain-lain.

Bertemakan “Tanah Suci Revolusioner, Tanah Air Hakka dan Longyan Yang Sesuai Didiami", Persidangan Kebudayaan dan Pelancongan ini merupakan satu daripada siri aktiviti “Jelajah di sekitar Fujian, Menerima Segala Rahmat” bagi Wilayah Fujian. Persidangan ini terdiri daripada empat bahagian, iaitu daya tarikan revolusioner, budaya Hakka, melawat di sekitar Longyan dan penyatuan kebudayaan-pelancongan. Ia termasuk pelbagai aktiviti kecil seperti Sidang Kemuncak Pelancongan Kebudayaan Merah (Longyan) China, Karnival Persembahan Rakyat Longyan, Ekspo Industri Kebudayaan, Pelancongan, Kesihatan dan Kesejahteraan yang pertama bagi Longyan, Festival Pelancongan, Makanan dan Kebudayaan bagi Fujian Barat, Pameran Fotografi Kebangsaan “Red Gutian”, tinjauan ke tapak mengenai projek-projek kebudayaan, pelancongan, kesihatan dan kesejahteraan  dan pengalaman kembara “Pasukan Tentera Merah”.
 
Sumber: Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Longyan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.