ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  MONDELEZ INTERNATIONAL MENYASARKAN PEMBANGUNAN LESTARI DAN KESEDARAN TERHADAP SNEK BERHEMAH

Friday 17/05/2019



• Mencapai matlamat lebih awal sebanyak 15% Pendapatan Bersih daripada Snek kawalan
• Mencapai sasaran 2020 untuk menghapuskan 65,000 tan metrik pembungkusan
• Mengurangkan sisa buangan dalam pembuatan sebanyak 13%.
• Menggariskan matlamat 2025 Pembangunan Lestari dan Kesedaran terhadap Snek Berhemah
 
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Mondelēz International mengumumkan Laporan Kemajuan Impak 2018 yang memaparkan kemajuan yang positif terhadap sasaran 2020. Laporan itu menggariskan bagaimana syarikat snek yang terkemuka di dunia menghampiri sasaran kesejahteraan, dengan mencapai 15 peratus daripada pendapatan bersih daripada snek kawalan, dua tahun lebih awal daripada jangkaan. Peningkatan yang ketara ini menunjukkan misi syarikat tercapai untuk menerajui masa depan snek dengan membuat produk yang tepat bagi orang ramai dan planet.
 
Laporan ini juga menggambarkan pencapaian terhadap matlamat tahun 2020 Mondelez International dalam pertanian lestari  dan penjagaan alam sekitar untuk memerangi penebangan hutan dan secara tidak langsung  melindungi hak tanah dan hak asasi manusia dan menilai usaha ini di lapangan yang membolehkan mereka memberikan kesan positif. Di samping memperolehi 43 peratus koko untuk jenama Cokelat melalui program lestari syarikat iaitu Cocoa Life pada tahun 2018, syarikat terus memainkan peranan dalam mewujudkan rantaian bekalan minyak sawit yang mampan dengan mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat perladangan yang melakukan penebangan hutan.
 
"Kami percaya bahawa pengguna tidak perlu memilih antara pemakanan snek dan pemakanan yang betul, atau bimbang tentang kesan memilih snek terhadap dunia dan komuniti mereka," kata Dirk Van de Put, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mondelēz International. "Syarikat kami memainkan peranan penting dalam membuat snek yang mampan dan berhemah dengan mewujudkan masa depan di mana orang ramai dan planet berkembang maju, dan turut mengembangkan portfolio kami dalam menginspirasikan tabiat snek berhemah. Saya bangga dengan pencapaioan kami pada tahun 2018, terutamanya dalam kesejahteraan pemakanan di mana kami telah mencapai matlamat lebih awal.”
 
James Kane, Pengarah Urusan Mondelez International (Malaysia & Singapura) berkata, "Mencapai sasaran lebih awal daripada jadual mencerminkan komitmen kami untuk memastikan snek yang dihasilkan adalah mampan kerana kami komited untuk menyediakan pengguna dengan snek yang betul. Di Malaysia, kira-kira 20 peratus daripada pendapatan bersih kami diperolehi daripada snek kawalan yang dibungkus secara individu yang mengandungi 200 kalori atau kurang.”
 
Dalam pembuatan, inisiatif dilaksanakan untuk mengurangkan penggunaan sumber dan pelepasan CO2. Kami membuat pelaburan dalam membina pusat penjanaan kuasa di kilang cokelat kami di Shah Alam, yang menggunakan gas asli untuk menjana kuasa, bersama dengan sistem osmosis terbalik. Kami juga komited untuk mengurangkan sisa dalam pembuatan dan bekerjasama dengan syarikat pengurusan sisa dalam memberikan penyelesaian yang inovatif. Kami juga meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan sisa di kalangan pekerja kilang dan menggunakan teknik pembuatan lean seperti Integrated Lean Six Sigma untuk memastikan penggunaan sumber dengan cekap.
 
"Kami akan terus memainkan peranan penting dalam mengurangkan impak terhadap alam sekitar, mengurangkan pembaziran makanan, mempunyai maklumat nutrisi pemakanan yang jelas untuk setiap produk, dan mewujudkan snek yang betul serta mampan dan juga dapat memberi inspirasi tabiat snek berhemah," kata James Kane.
 
Sumber: MSL Group for Mondelēz International
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Edna Zacharias
Tel: 016-355 4758
Emel: edna.zacharias@mslgroup.com
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.