ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  KEUNTUNGAN BERSIH UMW HOLDINGS MENINGKAT SEBANYAK 16.8% KEPADA RM86.5 JUTA UNTUK 1Q19; KETIGA-TIGA SEGMEN PERNIAGAAN TERAS MENCATAT KEUNTUNGAN LEBIH TINGGI

Tuesday 21/05/2019



-       Keuntungan untuk segmen Automotif tumbuh sebanyak 15.2%
-       Keuntungan bagi segmen Jentera bertambah sebanyak 2.6%
-       Keuntungan segment Pembuatan & Kejuruteraan melonjak sebanyak 40.7%
-      Keuntungan Kumpulan daripada Operasi Berterusan meningkat sebanyak 14.9%

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan UMW Holdings Berhad daripada Operasi Berterusan meningkat sebanyak 14.9% kepada RM2,774.8 juta, disumbangkan oleh peningkatan prestasi daripada ketiga-tiga segmen perniagaan teras. Segmen Automotif mencatatkan jualan kenderaan yang lebih tinggi bagi suku pertama untuk 2019, manakala peningkatan jualan bagi perniagaan jentera berat merangsang prestasi baik segmen Jentera. Selain itu, segmen Pembuatan dan Kejuruteraan mencapai pertumbuhan keuntungan yang memberangsangkan, hasil daripada penambahan penghantaran selongsong kipas kepada Rolls-Royce, selain daripada jualan yang lebih baik dalam perniagaan komponen auto. Keuntungan sebelum cukai (PBT) UMW daripada Operasi Berterusan berkurang kepada RM140.7 juta bagi suku pertama tahun ini disebabkan oleh susut nilai yang lebih tinggi daripada kilang pemasangan baharu di Bukit Raja, tambahan dengan margin yang lebih rendah bagi segmen Jentera. Keuntungan bersih Kumpulan melonjak kepada RM 86.5 juta bagi suku pertama 2019 berbanding RM74.1 juta yang dicatatkan bagi suku yang sama tahun sebelumnya, kesan daripada pengurangan signifikan bagi kerugian dalam segmen Operasi Minyak & Gas Tidak Tersenarai.
 
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim berkata, “Selaras dengan keputusan strategik Kumpulan untuk kembali fokus kepada tiga perniagaan teras utama, kami telah mula menunjukkan manfaat daripada inisiatif yang diambil bagi tahun ini. Kami akan terus mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran automotif, terutamanya dengan permulaan operasi kilang pemasangan kami yang baharu. Sejak pengeluaran komersial bermula Januari lepas, kami telah berjaya memperkenal dua model serba baharu iaitu Toyota Vios dan Toyota Yaris dengan kandungan tempatan tinggi supaya lebih berdaya saing dalam pasaran. Penerusan semula projek-projek infrastruktur utama dijangka akan meningkatkan keyakinan daripada penambahan permintaan bagi segmen Jentera. Bagi segmen M&E, KYB-UMW akan memulakan aktiviti pemodenan kilang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, sementara kami meneruskan peningkatan pengeluaran selongsong kipas untuk Rolls-Royce. Kami juga percaya akan potensi untuk menembusi lebih banyak lagi pasaran ASEAN bagi jenama minyak tersendiri iaitu Grantt. Walaupun dengan ketidakpastian dalam ekonomi global hasil daripada ketegangan perdagangan serta pergerakan kadar pertukaran, Kumpulan akan meneruskan usaha dan initiatif untuk memperbaik prestasi perniagaan dan operasi pengeluaran. Secara keseluruhannya, kami yakin Kumpulan berada di landasan yang kukuh untuk menghasilkan nilai mampan bagi pemegang-pemegang saham.”
 
Untuk suku pertama 2019, Kumpulan mencatatkan PBT yang lebih tinggi sebanyak RM140.5 juta berbanding RM123.6 juta untuk suku yang sama pada tahun sebelumnya. Keputusan yang bertambah baik itu adalah disebabkan oleh pengurangan kerugian yang signifikan bagi Operasi Diberhentikan. Segmen tersebut mencatatkan kerugian marginal sebelum cukai sebanyak RM0.1 juta berbanding RM30.7 juta tahun lalu. Juga disertakan dalam keputusan tahun lalu merupakan penarikan aset dan pelaburan kepada nilai saksama, selari dengan strategi pengeluaran Kumpulan daripada segmen Minyak & Gas Tidak Tersenarai.
 
Segmen Automotif merekodkan keuntungan sebanyak RM2,162.5 juta iaitu 15.2% lebih tinggi daripada RM1,877.1 juta yang direkodkan pada suku sebelumnya. Peningkatan tersebut disumbangkan oleh jumlah jualan kenderaan yang lebih banyak terjual bagi suku pertama 2019. Namun begitu, walaupun terdapat peningkatan dalam prestasi syarikat bersekutu, ianya terjejas dengan susut nilai yang lebih tinggi yang menyebabkan PBT menurun lebih rendah sebanyak RM1.7 juta kepada RM124.2 juta.
 
Bagi suku pertama 2019, segmen Jentera mencatatkan keuntungan sebanyak RM382.9 juta, iaitu lebih tinggi daripada RM373.0 juta yang direkodkan untuk suku yang sama tahun 2018, didorong oleh peningkatan dalam jualan perniagaan jentera berat. Walaupun begitu, PBT bagi segmen Jentera berkurangan sebanyak RM2.7 juta daripada RM44.9 juta kepada RM42.3 juta, secara amnya disebabkan oleh faktor persaingan harga dalam pasaran untuk produk tersebut.
 
Seterusnya, keuntungan bagi segmen M&E melonjak sebanyak 40.7% kepada RM237.1 juta bagi suku pertama 2019 berbanding RM168.5 juta direkodkan dalam suku yang sebelumnya. Penambahan keuntungan itu disumbangkan oleh penambahan penghantaran selongsong kipas selain daripada penambahan jualan dalam perniagaan komponen auto bagi perniagaan Aeroangkasa. Lantaran itu, segmen M&E berjaya menukarkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM2.9 juta untuk suku pertama tahun sebelumnya kepada PBT sebanyak RM2.3 juta untuk suku semasa.
 
Melangkah ke hadapan, walaupun persekitaran perniagaan kekal mencabar, Kumpulan berada di tempat yang kukuh untuk terus memberikan keputusan yang baik. Pengenalan model-model baharu dan menarik yang ditawarkan daripada kilang pemasangan baharu serta kos peminjaman yang lebih rendah kesan dari pengurangan dalam OPR dijangka akan membantu menggalakkan jualan kenderaan. Perniagaan Jentera Berat juga dijangka untuk mendapat manfaat daripada kebangkitan semula projek-projek infrastruktur utama di Malaysia. Perniagaan Jentera Industri pula dijangka untuk mengekalkan prestasi baik terutamanya dalam pasaran penyewaan. Untuk segmen M&E, permintaan yang tinggi untuk komponen auto dan minyak pelincir daripada industri automotif yang teguh diharapkan dapat menyumbang secara positif terhadap segmen sementara segmen Aeroangkasa berterusan meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi pasaran.

About UMW
The UMW Group is an international conglomerate that develops industries, manages partnerships and facilitates growth. It is involved in three core business segments – Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering.  The Group operates in 8 countries and has close to 8,300 employees.

Adopting its rallying call – Beyond Boundaries®, UMW is set to play a leading role in shaping the future of its industries globally. The Company will do this by inspiring vibrant ideas, nurturing potential, pioneering partnerships and delivering excellence in everything it does; the rewards of which will contribute to the progress and well-being of all its stakeholders.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: S Vikneshwaran
General Manager – Investor, Media Relations & Sustainability
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
Emel: vikneshwaran.s@umw.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.