ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  EATON MENTRANSFORMASIKAN PEMUTUS LITAR DENGAN MEMBERIKAN KESAMBUNGAN, KEPINTARAN UNTUK TEKNOLOGI IOT GENERASI SETERUSNYA YANG MENYOKONG BANGUNAN SERTA PROSES 'PASTI-SELAMAT'

Wednesday 12/06/2019



  • Pemutus litar bekas teracu Eaton Power Defense memberikan kepintaran yang mengubah senario pasaran untuk komponen sistem kuasa yang penting dalam penggunaan global
  • Platform Power Defense membolehkan ramalan diagnostik dan pemantauan masa nyata untuk meningkatkan penyelenggaraan dan perlindungan sistem kuasa dengan ketara
 
MALAYSIA, 12 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pengurusan kuasa Eaton telah melancarkan inovasi terbarunya dalam teknologi perlindungan litar dengan mengeluarkan Pemutus litar bekas teracu Power DefenseTM. Pemutus litar bekas teracu Eaton yang baharu dan diiktiraf di peringkat global ini menyediakan kebolehlihatan sistem dan diagnostik ramalan yang mendalam dalam komponen sistem elektrik asas. Pemutus litar Power Defense menjana pemahaman dalam masa nyata, yang didorong oleh data yang dapat meningkatkan kebolehpercayaan sistem dan penjimatan kos serta mengoptimumkan kecekapan operasi untuk pengeluar peralatan asli global (OEM), penggunaan pembinaan komersial dan pusat data.
 
Menjelang 2040, Asia Pasifik akan menyumbang lebih 40 peratus daripada pelaburan tenaga kumulatif dunia. Rantau Asia Tenggara kini sedang menjalani proses pembandaran, yang mana ia memerlukan penambahan 354 gigawatt kapasiti tambahan untuk penjanaan kuasa dalam tempoh masa yang sama. Dengan sektor bangunan dan pembinaan yang menjadi salah satu pengguna tenaga terbesar di ASEAN, rantau ini sedang membangunkan Kod Bangunan Hijau untuk memacu amalan pembinaan yang mampan. Menjangkakan peningkatan permintaan untuk produk yang mempunyai kecekapan dan tahap kelestarian tenaga yang lebih baik, Eaton kini menawarkan pemutus litar Power Defense sebagai sebahagian daripada barisan penyelesaian pengurusan tenaganya untuk memenuhi keperluan ini.
 
Pemutus magnet haba tradisional direka bentuk untuk melindungi orang dan peralatan daripada arus lebihan atau beban lebihan elektrik, tetapi tidak memberikan data mengenai apa punca asal kejadian atau di mana ia berlaku. Dengan menambah ciri kesambungan dan kepintaran kepada perlindungan litar, Eaton mencipta penyelesaian automatik bersepadu yang menyediakan perlindungan litar peneraju industri dan keupayaan untuk menjana data pemutus litar dan pengurusan kuasa yang boleh diambil tindakan. Kini, sekiranya berlaku insiden, pemutus litar Eaton Power Defense akan memberikan kebolehlihatan di mana dan mengapa insiden boleh berlaku, sekaligus menjadikannya lebih mudah dan cepat untuk memulihkan kuasa.
 
"Mengukuhkan lagi kepercayaan kami untuk melaksanakan perkara yang penting, Eaton memanfaatkan asas kepimpinan kami yang mantap dalam teknologi perlindungan litar untuk memperkasakan pelanggan dengan pengawasan yang lebih menyeluruh," kata Jimmy Yam, naib presiden jualan Sektor Elektrik Eaton di Asia Timur. "Pemutus litar Power Defense memberikan keupayaan ramalan yang meluas untuk meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan mana-mana sistem pengurusan kuasa. Kini, pelanggan boleh menggunakan pendekatan penyelenggaraan yang proaktif yang memastikan peruntukan sumber yang lebih baik serta pengurangan masa henti."
 
Dengan unit pelantik (trip) elektronik Power Xpert® Release, pemutus litar Eaton Power Defense menyediakan komunikasi tersedia (off-the-shelf), pemeteran tenaga dan algoritma sofistikated yang menyampaikan data kritikal mengenai sistem pengagihan kuasa dan penggunaan tenaga. Unit pelantik memantau dan melaporkan mengenai arus, voltan dan kuasa sebenar yang digunakan dan juga menyediakan data untuk menjana bentuk gelombang (waveforms) dan menganalisis keselamatan dan ketersediaan kuasa secara visual.
 
Teknologi Power Defense menggabungkan teknologi ArcFlash Reduction Maintenance SystemTM Eaton dan Zone Selective Interlock (ZSI) untuk memberikan ciri keselamatan yang maju. Teknologi ArcFlash Reduction Maintenance System Eaton direka untuk mengurangkan tahap tenaga insiden berbahaya dan dapat diaktifkan dari jauh oleh kakitangan, manakala ZSI membantu melindungi peralatan dengan memilih waktu pelantik yang lebih cepat secara pintar. Pemutus litar Power Defense juga membolehkan kakitangan menjalankan ujian sistem ZSI dengan petunjuk status visual untuk meningkatkan produktiviti.
 
Platform Power Defense yang diiktiraf di peringkat global memenuhi pelbagai piawaian industri, termasuk UL®, International Electrotechnical Committee (IEC), China Compulsory Certificate (CCC) dan Canadian Standards Association (CSA).
 
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, lawati
https://www.eaton.com/SEAsia/ProductsSolutions/Electrical/ProductsServices/
PowerDistributionComponents/MoldedCaseCircuitBreakers/PowerDefense
.
 
Untuk semua berita terkini, ikuti Eaton di halaman Eaton LinkedIn company.
 
Setelah menyediakan perkhidmatan kami di pelbagai negara di Asia Pasifik selama lebih daripada 40 tahun, Eaton mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai landskap unik pengurusan tenaga di rantau ini - daripada ekonomi yang sedang membangun hinggalah ke negara maju. Didorong oleh keperluan kuasa dan trend pusat data tropika, bangunan pintar, utiliti dan program transformasi digital, Eaton di Asia Pasifik telah berkembang dengan pesat untuk menangani permintaan teknologi dan tenaga di rantau ini.
 
Mengenai Eaton

Eaton ialah syarikat pengurusan kuasa dengan jualan sebanyak $21.6 bilion pada tahun 2018. Penyelesaian cekap tenaga kami membantu pelanggan untuk secara efektif menguruskan kuasa elektrik, hidraulik dan mekanikal secara lebih dipercayai, selamat dan mampan. Syarikat kami amat komited untuk meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran menerusi penggunaan teknologi dan perkhidmatan pengurusan kuasa. Eaton mempunyai 99,000 warga kerja di seluruh dunia dan menjual produk kepada pelanggan di lebih 175 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati Eaton.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190530005268/en/

Hubungi

Huien Lim, +65 3157 5685, huien.lim@ricecomms.com
Li Ying, +86 2152000792, yingli6@eaton.com

Sumber : Eaton


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.