ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  DENGAN KESELAMATAN DATA MENJADI KEBIMBANGAN KESELAMATAN YANG UTAMA BAGI RAKYAT MALAYSIA, SATU DALAM TIGA RAKYAT MALAYSIA TELAH BERHENTI BEKERJASAMA DENGAN SESEBUAH ORGANISASI SELEPAS SATU PELANGGARAN DATA - INDEKS KESELAMATAN UNISYS(TM) YANG BAHARU

Wednesday 12/06/2019

AsiaNet 79161

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Jun 2019 /Medianet International-AsiaNet/--
 
- Pada acara-acara besar, rakyat Malaysia lebih mengambil berat terhadap pencurian data pada wi-fi awam berbanding dengan serangan fizikal
- Rakyat Malaysia bersikap memilih tentang organisasi mana yang boleh mengumpul atau berkongsi data mereka
 
 
Dalam satu amaran kepada perniagaan dan agensi kerajaan Malaysia, penyelidikan baharu daripada Unisys Corporation (NYSE: UIS) https://www.unisys.com/ mendapati bahawa ramai pengguna Malaysia akan mengambil tindakan selepas berlaku satu pelanggaran data, termasuk menutup akaun, mengambil tindakan undang-undang dan menjejaskan reputasi sesebuah organisasi melalui pendedahan isu itu pada platform media sosial dan tradisional - menurut Indeks Keselamatan Unisys(TM) 2019
(https://www.unisys.com/unisys-security-index/malaysia
 
Petunjuk yang paling lama berulang mengenai kebimbangan keselamatan pengguna yang dijalankan di seluruh dunia, Indeks Keselamatan Unisys mengukur kebimbangan pengguna tentang isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan nasional, peribadi, kewangan dan internet. Kajian itu telah meninjau pendapat 1,019 orang dewasa di Malaysia pada 27 Februari - 22 Mac 2019. Sebanyak 13 buah negara yang ditinjau ialah Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Jerman, Malaysia, Mexico, Belanda, New Zealand, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
 
Indeks Keselamatan Unisys 2019 bagi rakyat Malaysia adalah 211 daripada 300, di mana 300 mewakili tahap kebimbangan paling tinggi. Angka ini menurun daripada 215 pada tahun 2018 – menjadikan Malaysia satu daripada empat buah negara sahaja yang mencatatkan penurunan dalam kebimbangan pada tahun lepas. Malaysia mencatatkan tahap keseluruhan kebimbangan keselamatan kelima paling tinggi dari 13 buah negara yang ditinjau.
 
Kebimbangan Utama Keselamatan Data bagi rakyat Malaysia
Tiga kebimbangan utama bagi rakyat Malaysia terus dikaitkan dengan keselamatan data, dengan 88% rakyat Malaysia bimbang tentang penipuan kad bank, 87% bimbang tentang akses tanpa kebenaran kepada maklumat peribadi mereka dan 78% bimbang tentang penggodaman atau virus internet. Perubahan terbesar pada tahun lepas adalah penurunan dalam kebimbangan terhadap keselamatan peribadi dari 70% kepada 62%.
 
Hampir separuh (46%) daripada rakyat Malaysia berkata mereka telah mengalami pelanggaran data pada tahun lepas, dengan penipuan kejuruteraan sosial sebagai yang paling lazim yang menipu mereka dalam memberikan maklumat, dengan 19% responden melaporkan bahawa mereka telah menjadi mangsa daripada serangan jenis ini. Di samping itu, 15% melaporkan bahawa profil media sosial mereka telah digodam, dan 14% mendapati  e-mel mereka telah digodam.
 
Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif bagi CyberSecurity Malaysia, agensi teknikal dan pakar keselamatan siber negara, berkata: “Ketika rakyat Malaysia semakin menyedari mengenai ancaman data, penggodam terpaksa menggunakan pendekatan yang lebih canggih, seringkali menggunakan teknik kejuruteraan sosial untuk memperolehi keyakinan mangsa dan menipu mereka untuk secara sukarela berkongsi maklumat mereka atau membuat urus niaga palsu. Ini sedang digunakan kepada individu untuk mendapatkan maklumat identiti dan kewangan dan kepada organisasi bagi mendapatkan akses kepada data atau sistem sulit. Ketika Malaysia menjadi sebuah negara yang semakin berhubungan, adalah penting agar kita membina satu budaya keselamatan melalui program kesedaran dan amalan terbaik di kalangan kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan organisasi, serta Program Pemerkasaan/Daya Tahan Keselamatan Siber Malaysia (MyCSRP) untuk meningkatkan keselamatan siber negara. Namun keselamatan siber adalah satu isu global, dan satu pendekatan antarabangsa yang diselaraskan diperlukan seperti yang ditunjukkan dalam persetujuan oleh kesemua 10 ahli ASEAN pada tahun lepas untuk mengamalkan prinsip norma Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani keselamatan siber1.”
 
Rakyat Malaysia Mengambil Tindakan selepas Pelanggaran Data
Ashwin Pal, pengarah bagi perkhidmatan keselamatan untuk Asia Pasifik, Unisys, menjelaskan bahawa penyelidikan menunjukkan organisasi berisiko bukan hanya dalam kehilangan data, tetapi juga kehilangan perniagaan. “Pengguna menyalahkan perniagaan atau agensi kerajaan sebagai bertanggungjawab kerana tidak melindungi data mereka, dan ramai rakyat Malaysia kini mengambil tindakan. Di kalangan rakyat Malaysia yang melaporkan mereka telah mengalami pelanggaran data pada tahun lepas, satu dalam tiga berkata mereka telah menutup akaun mereka, satu dalam empat telah mendedahkan isu itu di media sosial dan satu dalam tujuh berhenti berurusan dengan mereka secara dalam talian. Ini mengakibatkan dalam kehilangan pelanggan, reputasi terjejas, pertikaian undang-undang dan menyekat pengambilan perkhidmatan dalam talian atau digital,” kata beliau.
 
Tindakan yang diambil oleh rakyat Malaysia yang melaporkan mereka mengalami pelanggaran data pada tahun lepas:
- 32% Berhenti berurusan dengan organisasi seperti menutup akaun saya
- 30% Mengambil tindakan undang-undang
- 25% Mendedahkan secara umum isu itu di media sosial, sebagai contoh Facebook
- 18% Mendedahkan secara umum isu itu dengan membawanya kepada media
- 14% Terus berurusan dengan organisasi itu tetapi tidak secara dalam talian
 
Pada Acara-acara Besar, Rakyat Malaysia Lebih Mengambil Berat Mengenai Ancaman Siber berbanding dengan Serangan Fizikal
Dalam satu contoh yang jelas tentang kesedaran rakyat Malaysia mengenai ancaman keselamatan siber, apabila ditanya mengenai kebimbangan keselamatan pada acara-acara besar seperti satu perlawanan sukan atau festival muzik, lebih ramai rakyat Malaysia bimbang tentang kecurian data kad kredit (82%) atau data peribadi (79%) daripada sebuah peranti mudah alih apabila menggunakan wi-fi awam pada acara itu, berbanding dengan serangan jenayah dan membahayakan mereka yang hadir pada acara itu (75%). Hanya 51% rakyat Malaysia bimbang mengenai polis merakam dan menyimpan video pengawasan ke atas mereka yang hadir pada acara tersebut.
 
Sokongan untuk Pengumpulan dan Perkongsian Data Bergantung kepada Amanah, Privasi dan Keselamatan
Rakyat Malaysia pandai menilai mengenai situasi mana yang mereka anggap boleh diterima bagi sesebuah organisasi untuk mengumpul data dari media sosial, pembelian dalam talian, telefon pintar dan peranti boleh pakai. Separuh daripada responden (50%) menyokong kerajaan mengumpul maklumat ini untuk mengenal pasti siapa berada di kawasan sekitar sesuatu bencana, namun hanya 26% menyokong kerajaan untuk memantau corak perjalanan seseorang individu untuk merancang infrastruktur jalan dan awam. Hampir separuh menyokong lapangan terbang dan syarikat penerbangan dalam mengumpul maklumat untuk membimbing perjalanan penumpang dengan cekap melalui sebuah lapangan terbang (47%), tetapi hanya 16% yang menyokong sesebuah majikan dalam melakukan perkara yang sama untuk memantau lokasi seseorang pekerja semasa hari bekerja.
 
Begitu juga, sokongan awam berbeza untuk organisasi yang berkongsi maklumat peribadi seseorang individu dengan organisasi lain. Sokongan paling tinggi ialah untuk polis berkongsi maklumat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain di peringkat antarabangsa (75%) atau di Malaysia (74%) bagi menyelesaikan sesuatu jenayah. Terdapat juga sokongan kuat (67%) untuk bukti identiti yang dikendalikan oleh kerajaan digunakan untuk mengesahkan identiti seseorang warganegara bagi mengakses perkhidmatan komersial seperti akaun bank. Walau bagaimanapun, hanya 25% menyokong bank untuk berkongsi data kewangan seseorang pelanggan dengan pembekal perkhidmatan kewangan lain bagi menawarkan satu titik hubungan tunggal bagi pelbagai perkhidmatan. Sebab yang paling umum yang diberikan untuk tidak menyokong ini adalah kebimbangan bahawa organisasi lain yang terlibat tidak akan melindungi data peribadi.
 
“Rakyat Malaysia begitu memilih tentang bagaimana dan bila mereka menyokong maklumat peribadi mereka dikumpul atau dikongsi. Ini nampaknya didorong oleh satu gabungan kepercayaan di dalam organisasi yang terlibat, tujuan yang diberikan untuk bagaimana data itu akan digunakan dan manfaat kepada individu berkenaan. Untuk mendapatkan sokongan orang ramai, organisasi mesti menunjukkan bahawa mereka memenuhi kesemua ketiga-tiga kriteria tersebut,” kata Encik Pal.

Muat turun laporan terperinci dan infografik di:
 
1 – Kumpulan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pakar-pakar Kerajaan mengenai Perkembangan dalam Bidang Maklumat dan Telekomunikasi dalam Konteks Keselamatan Antarabangsa
 
                                    ###
 
Maklumat mengenai Indeks Keselamatan Unisys
Unisys telah menjalankan Indeks Keselamatan Unisys – petunjuk yang paling lama berulang mengenai kebimbangan keselamatan pengguna yang dijalankan di seluruh dunia – sejak tahun 2007 bagi menyediakan satu langkah kebimbangan secara statistik yang berterusan mengenai keselamatan. Indeks itu adalah satu skor yang dikira daripada 300 yang meliputi perubahan sikap pengguna dari masa ke masa merentasi lapan bidang keselamatan dalam empat kategori: keselamatan negara dan bencana/wabak, dalam kategori Keselamatan Negara; penipuan kad bank dan tanggungjawab kewangan, dalam kategori Jaminan Kewangan; virus/penggodaman dan urus niaga dalam talian, dalam kategori Keselamatan  Internet; dan kecurian identiti dan keselamatan peribadi, dalam kategori Keselamatan Peribadi. Indeks Keselamatan Unisys didasarkan kepada tinjauan nasional ke atas 1000 orang dewasa yang berumur antara 18 hingga 64 tahun di setiap negara berikut: Australia, Belgium, Brazil, Chile, Colombia, Jerman, Malaysia, Mexico, Belanda, New Zealand, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
 
Di New Zealand, tinjauan Indeks Keselamatan Unisys 2019 yang pertama dilakukan antara 27 Februari - 5 Mac 2019. Satu tinjauan susulan telah dijalankan antara 22 hingga 28 Mac 2019, selepas serangan pada 15 Mac di Christchurch, untuk menilai impak terhadap kebimbangan keselamatan. Sampel responden New Zealand itu diwajarkan berhubung dengan ciri-ciri demografi kebangsaan seperti jantina, umur dan wilayah. Margin ralat +/-3.1% bagi setiap gelombang pada 95% tahap keyakinan dan 0.9% untuk keputusan global.
 
Maklumat mengenai Unisys
Unisys adalah sebuah syarikat teknologi maklumat bertaraf dunia yang membina penyelesaian berfokuskan keselamatan dan berprestasi tinggi untuk perniagaan dan kerajaan yang paling mencabar di Dunia. Penawaran Unisys termasuk perisian dan perkhidmatan keselamatan; transformasi digital dan perkhidmatan tempat kerja; aplikasi dan perkhidmatan industri; dan persekitaran pengendalian perisian berinovatif untuk pengkomputeran perusahaan yang berintensiti tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Unisys membina hasil keputusan yang lebih baik dan selamat untuk pelanggan mereka merentasi pasaran Kerajaan, Perkhidmatan Kewangan dan Perdagangan, sila layari  https://www.unisys.com.my/
 
Ikuti Unisys di Twitter (http://twitter.com/UnisysCorp) dan LinkedIn 
 
NOMBOR SIARAN: 
 
Unisys dan produk dan perkhidmatan Unisys yang lain yang dinyatakan di sini, serta logo mereka masing-masing, adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar milik Unisys Corporation. Mana-mana jenama atau produk lain yang dirujuk di sini adalah diperakui sebagai satu tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi pemegang mereka masing-masing. 
UIS-C
 
SUMBER: Unisys Australia

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.