ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  CHONGQING CHINA MENGANUGERAHKAN 37 IDEA EMAS UNTUK PENYEPADUAN KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN

Tuesday 25/06/2019



AsiaNet 79356

CHONGQING, China, 25 Jun, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Perbandaran Chongqing di China Barat telah menganugerahkan 37 “idea emas” kerana meningkatkan pembangunan bersepadu bagi kebudayaan dan pelancongan mereka pada 22 Jun ketika kerajaan tempatan mendedahkan pemenang bagi satu pertandingan yang mencari sumbangan dari seluruh dunia. Dua pemenang hadiah utama masing-masing ditawarkan 100,000 yuan sebagai ganjaran. Acara itu telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Perbandaran Chongqing bagi Pembangunan Kebudayaan dan Pelancongan.

Chongqing melancarkan pertandingan peringkat global itu pada 16 Januari untuk mengumpul idea, rancangan, dan cadangan bagi memberi inspirasi baharu untuk pembangunan bersepadu yang berkualiti tinggi bagi kebudayaan dan pelancongan di bandar raya itu. Pertandingan itu juga bertindak sebagai satu peluang untuk mempromosikan imej bandar, pelancongan, dan sumber kebudayaan Chongqing dan pada masa yang sama menarik lebih ramai pelancong dan entiti pasaran.

Pertandingan idea emas itu menampilkan penyerahan dalam  bahasa Cina dan Inggeris, yang menonjolkan persaingan global dan profesional bagi pertandingan itu. Sejumlah 693 kerja yang sah telah dikumpulkan sejak pertandingan itu bermula. Di antara penyumbang, mereka datang dari rakyat biasa dan pelancong dari seluruh dunia, serta cendekiawan dan pakar-pakar dari universiti dan institusi. Terdapat beberapa peserta dari Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Poland dan negara-negara dan wilayah lain. Di antara pemenang, terdapat institut penyelidikan kebudayaan pelancongan, organisasi perancangan kebudayaan pelancongan, pakar-pakar kanan dan KOL perindustrian, serta pakar-pakar kebudayaan pelancongan dari Australia, Taiwan dan negara-negara dan wilayah lain.

“Idea emas” yang memenangi anugerah itu memberi tumpuan kepada pembangunan bersepadu bagi kebudayaan dan pelancongan serta hubungan di antara industri. Mereka menumpukan kepada lima jenama pelancongan Chongqing, Three Gorges, Kota Bergunung-ganang, Kebudayaan Tempatan, Mata Air Panas dan Kawasan Luar Bandar, yang dengan lengkap mempamerkan ciri-ciri kebudayaan, sejarah dan serantau bagi bandar raya itu. Pendapat dan cadangan ini adalah berkualiti tinggi, segar dan boleh dilaksanakan, yang kemungkinan besar dapat memudahkan satu pusingan baharu dalam menaik taraf industri kebudayaan pelancongan Chongqing. Alur berinovatif bagi idea-idea emas ini akan menyinari masa hadapan industri kebudayaan pelancongan Chongqing.

Chongqing akan menggunakan acara ini sebagai satu peluang untuk memperkuatkan secara komprehensif kuasa lembut dan pengaruh kebudayaan mereka, melakukan segala usaha untuk menaik taraf pertumbuhan pelancongan tempatan, menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, mewujudkan kehidupan yang berkualiti tinggi, dan membina Chongqing menjadi sebuah bandar raya kebudayaan yang mantap dan sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi (Bahasa Inggeris):  
http://www.cq.xinhuanet.com/2019/cqwljdz/mobile_e.htm
atau laman web rasmi (Bahasa Cina):
http://www.cq.xinhuanet.com/2019/cqwljdz/mobile.htm
 
Sumber: Suruhanjaya Perbandaran Chongqing bagi Pembangunan Kebudayaan dan Pelancongan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.