ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MENJADI TUMPUAN UTAMA DENGAN KISAH-KISAH MENGENAI KEBUDAYAAN

Monday 01/07/2019



AsiaNet 79471

CHONGQING, China, 1 Julai, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Chongqing TV menyiarkan satu klip video berjudul “Membuka Liangjiang, Bandar Raya untuk Masa Hadapan” pada 24 Jun dalam usaha untuk memperkenalkan sumber kebudayaan dan pelancongan di Kawasan Baharu Liangjiang. Dengan digabungkan dengan kisah-kisah mengenai kebudayaan dan sejarah dan gambar-gambar landskap yang indah, program TV itu bermula dengan “Nostalgia” dan menceritakan kisah mengenai pembukaan kawasan pedalaman, pembaharuan dan inovasi, usaha untuk menembusi pasaran global dan pintar di Kawasan Baharu Liangjiang.

“Nostalgia saya adalah berkaitan satu setem kecil, yang menghubungkan ibu saya dan saya.” Ini adalah satu petikan daripada satu puisi oleh penyair terkenal Yu Guangzhong, yang menuntut di sebuah sekolah di sebuah bandar yang bernama Yuelai selama tujuh tahun di Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang semasa perang penentangan China terhadap pencerobohan Jepun. Pada tahun 1971, Yu mengubah kerinduan beliau terhadap tanah airnya kepada Nostalgia, satu puisi yang masyhur di kedua-dua belah Selat Taiwan dan sangat menyentuh perasaan orang Cina di seluruh pelusuk dunia.

Kempen itu merupakan sebahagian daripada rancangan Chongqing untuk membina sebuah destinasi pelancongan bertaraf global dengan menceritakan kisah-kisah mengenai China. Melalui transformasi wacana ini, sumber pelancongan kebudayaan dan strategi pembangunan tempatan diceritakan dalam satu cara yang lancar, yang dengan pantas menjadi satu topik yang popular.

Sebagai satu daripada kawasan yang paling menarik perhatian di Chongqing dan juga China, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang adalah sebuah kawasan baharu di peringkat kebangsaan, yang kedua-duanya merupakan sebuah bandar raya moden dan sebuah tempat yang indah. Pegawai kanan tempatan Duan Chenggang, yang mengawasi pengurusan pentadbiran kawasan baharu itu, mengambil bahagian dalam rakaman program itu, alih suara dan penceritaan. Beliau berinteraksi dengan projek-projek pintar tempatan seperti kereta tanpa pemandu, pengecaman muka dan robot perkhidmatan, dan mempromosikan kawasan baharu itu dalam sebuah roda Ferris setinggi 120 meter di Lembah Happy Chongqing. Klip video pendek itu menjadi tular dalam talian dan menyemarakkan keghairahan pelabur untuk rantau itu. Kawasan itu ditonjolkan ke dalam tumpuan dunia dengan jumlah “suka” melebihi satu juta dan jumlah pembaca mencapai 20 juta sehari selepas pengeluaran klip video itu.

Chongqing telah melancarkan kempen promosi jelajah kebudayaan selama setengah tahun untuk menggalakkan pegawai-pegawai tempatan memperkenalkan budaya dan pemandangan tempatan pada 25 Mac dalam usaha untuk menerokai sumber dan falsafah sejarah dan kebudayaan bandar raya itu, dan mempamerkan landskapnya yang indah dan budaya yang kaya.

Data daripada platform mudah alih seperti Douyin menunjukkan bahawa perhatian dalam talian kepada Chongqing telah meningkat lima kali ganda tahun ke tahun, dengan mencatatkan berpuluh-puluh bilion pendedahan.

Sebagai sebuah kawasan tumpuan untuk pelabur global, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah  berkembang pada satu kadar yang pantas, dengan menarik pelaburan sebanyak 1.4 trilion yuan sejak penubuhannya pada tahun 2010. Pelancongan kebudayaan, sebagai satu sektor penting, telah berkembang dengan pantas dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Lembah Happy yang dibuka pada tahun lepas telah menarik lebih dari 2 juta pelancong, sementara Bandar Raya Filem Liangjiang telah menarik 10 juta pelancong dalam tempoh dua tahun, untuk menjadi sebuah tempat domestik indah yang popular. Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah menerima 32.42 juta pelancong, dengan pendapatan pelancongan tahunan mencecah 44.857 bilion yuan pada tahun lepas.
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang
 
--BERNAMA
 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.