ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  TAPAK ARKEOLOGI LIANGZHU DI HANGZHOU MENYERTAI KELAB TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

Thursday 11/07/2019



AsiaNet 79610

HANGZHOU, China, 11 Julai, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Runtuhan Arkeologi China di Bandar raya Liangzhu, yang terletak di bandar raya Hangzhou di timur China, telah diletakkan pada Senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sebuah tapak kebudayaan pada 6 Julai, menurut Jawatankuasa Pengurusan Daerah Pentadbiran Tapak Arkeologi Hangzhou Liangzhu.

Keputusan untuk menambahkan tapak kebudayaan China itu telah disokong oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Warisan Dunia pada sesi ke-43 yang sedang berlangsung di Baku, ibu negara bagi Azerbaijan, memandangkan tapak itu menunjukkan bukti kepada peradaban China yang berusia lebih 5,000 tahun dan berdiri sebagai satu warisan yang sah dan berada dalam keadaan baik.

Dengan inskripsi baharu ini, Senarai Warisan Dunia kini termasuk 55 harta di seluruh China. Ia juga merupakan tapak warisan kebudayaan dunia ketiga di Hangzhou selepas West Lake dan Beijing-Hangzhou Grand Canal.

Harta itu membuktikan kepada kewujudan sebuah negeri serantau dengan satu sistem kepercayaan yang disatukan dan disokong secara ekonomi oleh pertanian menanam padi pada penghujung Neolitik China, serta sumbangan cemerlang kepada asal tamadun orang China oleh wilayah Sungai Yangze, demikian menurut Jawatankuasa Warisan Dunia.

Terletak di kaki bukit di timur Gunung Tianmu di sebuah dataran yang silang-menyilang oleh satu rangkaian sungai, runtuhan Liangzhu itu pernah pada satu ketika menjadi pusat bagi kuasa dan kepercayaan bagi sebuah negeri serantau awal di sekitar Tasik Taihu.

Pada tahun 1936, Shi Xingeng, seorang penyelidik dengan Muzium West Lake, telah menjalankan kaji selidik dan penggalian yang meluas di Liangzhu di pinggir Hangzhou, ibu kota bagi Zhejiang, di mana beliau menemui banyak tapak prasejarah. Budaya Liangzhu itu telah dinamakan secara rasmi pada tahun 1959.

Sejak tahun 1970-an, runtuhan Liangzhu itu telah digali, diselidik dan dipelihara melalui pelbagai usaha arkeologi di Jiangsu, Shanghai dan Zhejiang, sekali gus memperkayakan Budaya Liangzhu dari segi kehidupan material, bentuk penempatan, struktur organisasi, pembezaan hierarki, kepercayaan rohani, sistem etiket dan proses ketamadunan. Dengan penemuan Bandar raya Liangzhu, sebuah bandar purba prasejarah yang telah hilang selama lebih 4,000 tahun telah muncul pada tahun 2007.

Pada tahun 2015, penemuan sebuah projek air di Liangzhu yang termasuk 11 daik telah diumumkan. Ia merupakan adalah sistem air besar paling tua yang pernah ditemui di China dan satu daripada sistem empangan yang paling tua di dunia.

Runtuhan Liangzhu itu dengan Bandar raya Liangzhu sebagai teras adalah pusat bagi ketamadunan Liangzhu. Jenis-jenis peninggalan itu adalah kaya dan struktur tapak itu lengkap, yang mendedahkan ciri-ciri asas mengenai asal-usul ketamadunan orang China dan menyediakan bukti arkeologi yang paling lengkap dan penting untuk ketamadunan China selama lebih 5,000 tahun. Khususnya, Bandar raya Liangzhu, yang telah dibina dalam tempoh yang sama seperti ketamadunan Mesir kuno dan Sumeria, adalah sangat jarang di tapak-tapak yang sama di dunia dari segi skala dan kandungan, dan adalah adil untuk dipanggil sebagai “bandar raya China yang pertama”.

“Pentingnya penemuan dari Zaman Neolitik itu di China telah sangat diperkecilkan. Cong dan bi yang ditemui dari tapak bersejarah Liangzhu itu melambangkan satu perpaduan nilai di rantau itu. Kerumitan masyarakat di Liangzhu adalah setanding dengan yang terdapat di sesebuah negara,” menurut Colin Renfrew, seorang profesor bersara bagi arkeologi di University of Cambridge dan seorang fellow di British Academy.

Runtuhan Arkeologi bagi Bandar raya Liangzhu sedang menyampaikan Zaman Neolitik di China yang begitu diperkecilkan kepada dunia, untuk menceritakan tentang peradaban lebih 5,000 tahun yang lalu dan menulis semula sejarah bagi kedua-dua China dan dunia.
 
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Daerah Pentadbiran Tapak Arkeologi Hangzhou Liangzhu
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=340654
 
 --BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.