ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  FUSIONEX HACKATHON MEMPERSIAPKAN PELAJAR DI DALAM APLIKASI INDUSTRI BAGI ANALISIS DATA

Wednesday 17/07/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hampir 100 orang pelajar dari tujuh buah universiti mengambil bahagian di dalam Cabaran Data Fusionex pada hujung minggu yang lalu. Acara hackathon itu menyaksikan peserta bekerja lewat malam Sabtu dan membentangkan medan perniagaan mereka pada pagi Ahad. Daripada 32 kumpulan yang bersaing, hadiah diberikan kepada lima kumpulan terbaik kerana mempamerkan kreativiti dan kecemerlangan berinovatif mereka.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190716005529/en/


Kesemua lima kumpulan membawa pulang hadiah wang tunai, tawaran untuk kursus latihan profesional, dan mata ganjaran untuk menebus tawaran diskaun di 8excite. Pasukan O(1) dari Universiti Monash muncul juara dengan anggota mereka Alvin Tan Jian Jia, Lim Tai Jie dan Lau Zhe Yu menerima hadiah sebanyak RM9,600, termasuk wang tunai RM3,000, kursus latihan profesional yang bernilai RM6,000 dan nilai ganjaran 8excite bernilai RM600.

Kesemua lima kumpulan itu juga telah disenarai pendek untuk meneruskan kerjaya mereka dengan Fusionex bagi membangunkan teknologi revolusioner dan canggih yang akan membantu meningkat dan mengubah industri. Mereka akan juga berpeluang menikmati Pengalaman Adi Wira dengan menerokai Office of Superheroes Fusionex, yang telah memenangi anugerah ‘Reka Bentuk Paling Berinovatif dan Mampan’ pada Anugerah Pengambilan Asia 2019.

Cabaran Data itu telah diadakan di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Penaja tempat dan penganjur bersama APU telah menghantar 16 pasukan terdiri daripada pelajar mereka untuk mengambil bahagian di dalam hackathon itu manakala peserta lain datang dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Multimedia (MMU), Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Monash Malaysia.

Pelajar yang mengambil bahagian telah diberikan sesi latihan sepanjang hari seminggu sebelum hackathon itu, di mana mereka menerima latihan pada platform Data Besar Perdana Fusionex, Fusionex GIANT, serta Latihan Notebook Python dan Pek Visual Pembangunan. Semasa acara sebenar itu, peserta diberikan bimbingan dan pementoran oleh pakar-pakar perkara pokok dari Fusionex.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh berkata, “Kami sangat gembira untuk bersama-sama menganjurkan hackathon ini bersama APU, yang merupakan rakan akademik yang hebat, ketika kami melihat untuk memupuk bakat-bakat di kalangan pelajar universiti. Sebagai sebuah syarikat moden dan berwawasan, Fusionex membuat usaha yang berterusan untuk membimbing belia ke arah laluan kerjaya mereka dan masa hadapan. Kami berharap pertandingan ini akan mendorong pelajar untuk mewujudkan lebih banyak penyelesaian digital berinovatif dan yang dipacu oleh data yang akan membantu memajukan banyak industri untuk masa hadapan.”

Timbalan Naib Canselor Asia Pacific University of Technology & Innovation, Prof Dr Ir Ts Vinesh Thiruchelvam berkata, “Fusionex merupakan sebuah rakan industri akademik yang penting kepada APU dalam memacukan pendidikan data besar di Malaysia. APU adalah yang pertama untuk menghasilkan graduan sains data tulen di Malaysia dan terus memanfaatkan kurikulum dan program sains data yang didorong oleh industri. Kandungan industri itu membolehkan graduan sains data APU untuk bersedia bagi industri dan boleh bekerja dengan serta-merta selepas tamat pengajian.”

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan syarikat MDEC GAIN serta sebuah penerima MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com


Maklumat mengenai Asia Pacific University

Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) adalah di antara Universiti Swasta Utama di Malaysia. APU menawarkan pelbagai program ijazah di dalam Teknologi yang bertujuan untuk memupuk pelajar menjadi profesional dan mempersiapkan mereka bagi kerjaya yang mencabar dan peranan di dalam perniagaan dan masyarakat di seluruh dunia. Komuniti pelajar yang berbilang budaya itu terdiri daripada 12,000 orang pelajar dari lebih 120 buah negara. APU telah memperoleh reputasi yang sangat baik sebagai sebuah universiti yang memenangi anugerah melalui pencapaian mereka di dalam memenangi pelbagai anugerah berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia diumumkan sebagai di antara Institusi Bernilai Tertinggi di Malaysia, dinilai di TAHAP 5 (CEMERLANG) di bawah Penarafan SETARA 2011, 2013 dan 2017 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Di peringkat antarabangsa, APU juga mencapai Penarafan 5 Bintang dalam Quacquarelli Symonds (QS) dalam empat kategori -- Pengajaran, Kebolehpasaran, Kemudahan dan Keterangkuman.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.apu.edu.my/.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190716005529/en/
 

Hubungi

Media: 
Angie Lim 
angie@adv-fusionex.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.