ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MAKANAN VIRAL 'GEMPAR' FOOD FIESTA @ PKNS BIZPOINT

Thursday 18/07/2019



SHAH ALAM, 18 Julai (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal menganjurkan program Food Fiesta @ PKNS BizPoint pada 20 - 21 Julai 2019 ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam bertempat di Bangunan PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim berkata, “Food Fiesta @ PKNS BizPoint merupakan program kerjasama antara Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS dan Sekretariat Projek Seringgit. Projek Seringgit adalah sebuah organisasi yang mula beroperasi pada bulan Mei 2019 bertujuan mengumpul pakaian terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk dijual semula pada harga serendah RM1”

“Menariknya, program ini menawarkan pelbagai makanan viral di sekitar Shah Alam yang pastinya mempunyai penggemarnya yang tersendiri antaranya Jeruk Leleh, Bomboloni, Ayaq Mangga Bonda, Sushi Tempatan Style, Durian Crepe, Kek Batik Viral, NZCrunchies dan banyak lagi. PKNS optimis program seumpama ini menjadi platform terbaik  kepada peniaga makanan viral di sekitar Shah Alam mempromosikan produk jualan mereka.”
 
Di samping itu, individu yang berminat untuk menderma pakaian terpakai yang masih dalam keadaan baik boleh diserahkan kepada pasukan Projek Seringgit atau dalam masa yang sama boleh membeli pakaian yang dijual oleh mereka. Kepada yang berhajat untuk menyumbang pakaian boleh menghubungi pasukan Projek Seringgit di talian 03-5511 1727
 
Hasil pendapatan daripada projek ini akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih antaranya Pertubuhan Kebajikan Nur Hati dan Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.

Kami yakin, program yang dianjurkan ini juga sebagai tanda sokongan PKNS terhadap program CSR yang dapat membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan yang memerlukan dengan jualan pakaian serendah RM1 ini dan sekali gus dapat memberi peluang kepada usahawan dalam bidang makanan dan minuman untuk memberikan pendedahan perniagaan secara terus berbanding di atas talian.

Ishak berkata, dengan adanya program seperti ini, PKNS juga dapat mempromosikan bangunan PKNS Bizpoint sebagai hub aktiviti keusahawanan dan juga dapat menyebarluaskan kemudahan ruang acara yang ditawarkan.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program Food Fiesta @ PKNS BizPoint pada hujung minggu ini dan dapatkan pelbagai makanan viral menanti anda!

Mengenai PKNS
PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.
 
Sumber: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: HAJI ISHAK HASHIM
PENGURUS KOMUNIKASI KORPORAT PKNS
Tel: 03-5525 0326/ 0329/ 012-6633 651
Emel: ishak@pkns.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.