ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  "JELAJAH SEKITAR FUJIAN, SENTIASA DIRAHMATI" - SELAMAT DATANG KE DUNIA YANG HEBAT, ZHANGZHOU YANG BERWARNA-WARNI

Thursday 18/07/2019



AsiaNet 79712​

ZHANGZHOU, China, 18 Julai, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Zhangzhou yang terletak di Segi tiga Fujian Selatan, merupakan bandar utama di sepanjang Jalur dan Jalan, dan tempat kelahiran nenek moyang terkenal dalam kalangan rakan senegara China dan Taiwan di luar negara. Dikenali sebagai salah satu tapak warisan budaya dunia, satu daripada bandar bersejarah dan budaya China yang terkenal dan merupakan antara bandar pelancongan utama di China, dan Kota Air Panas, Zhangzhou merupakan puncak kecemerlangan landskap pelancongan China. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Zhangzhou telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pelancongan secara holistik dan sentiasa memanfaatkan jenama Zhangzhou yang cantik, sekali gus menjadikan ekonomi pelancongannya berkembang pesat.
 
Terdapat tiga keajaiban dunia di Zhangzhou.
 
Yang pertama ialah warisan budaya dunia yang ketara -- Tulou (Kastil Tanah) di daerah-daerah Nanjing dan Hua'an, yang bukan sahaja bersejarah, bahkan turut menyaksikan perubahan besar yang berlaku di Zhangzhou.
 
Kluster Nanjing Tianluokeng Tulou, seni bina Fujian Tulou yang ikonik, terdiri daripada satu kastil persegi, satu bujur dan tiga benteng tanah bulat. Ia kelihatan seperti bunga buah plum mekar penuh pada pandangan dari udara. Dari kaki bukit, ia juga kelihatan seperti Istana Potala yang mengagumkan di atas gunung. Bandar Purba Yun Shui Yao juga terletak di Daerah Nanjing. Ia terkenal di dalam dan di luar negara hasil daripada filem The Knot, atau Yun Shui Yao dalam bahasa Cina. Di kawasan yang indah di Yun Shui Yao, terdapat tapak warisan budaya dunia, seperti Binaan Hegui, Binaan Huaiyuan, pohon banyan kuno terbesar paling padat di Wilayah Fujian, sebuah jalan berabad-abad lamanya, jalan kuno yang berusia seribu tahun, dan gunung-ganang suci dan air yang bersih - semua ini seolah-olah terbentang secara tersusun. Binaan Hua'an Eryi adalah karya seni yang tidak ada kesudahannya antara binaan-binaan individu daripada tanah. Ia digelar Raja Tulou, hasil daripada reka bentuk saintifiknya, struktur unik, hiasan kayu yang indah dan ukiran batu, lukisan dinding yang cantik dan persekitaran geografi yang indah.
 
Yang kedua ialah Zhangzhou Coast Volcano National Geopark, di daerah Zhangpu dan Bandar raya Longhai. Berlatarbelakangkan sejarahnya yang melebihi 20 juta tahun, ia mempunyai lajur-lajur basalt yang paling banyak dipulihara, terbesar dan paling padat di dunia, yang boleh dianggap sebagai gunung berapi bertaraf dunia. Satu juta dan empat ratus ribu tiang basalt gergasi padat beratur seperti air terjun beku jatuh tinggi dari tebing atau pelbagai riben yang jatuh ke laut, menyerlahkan pemandangan yang menakjubkan. Lajur basalt bertembung dalam bentuk segi empat atau segi enam tegak teratur seperti pahlawan yang akan berperang. Maju ke depan apabila air pasang surut dan berundur ketika gelombang air pasang, lajur basalt ini setanding dengan Terracotta Warriors di Laut.
 
Ketiga yang perlu disebut, ialah Dongshan Rocking Stone. Terletak di Pulau Dongshan, Kawasan Pemandangan AAAA Negara, Rocking Stone berada pada ketinggian kira-kira 4.37 meter dan berat melebihi 200 tan. Ia sudah wujud di tepi pantai selama lebih dari seribu tahun, tanpa manusia atau angin dapat menggerakkannya dan menjadi tarikan hebat untuk pelancong. Dongshan Rocking Stone menonjol berbanding lebih daripada 60 Rocking Stones di seluruh negara kerana ia unik, curam dan tidak menentu. Dipuji sebagai Batu Paling Unik di Dunia oleh kesusasteraan purba, ia memang merupakan satu keajaiban dunia.
 
Di samping tiga keajaiban itu, Zhangzhou juga kaya dengan bunga, buah-buahan dan sumber-sumber akuatik, sekali gus dikenali sebagai Ibu kota Bunga, Buah-buahan dan pusat produk akuatik. Zhangzhou kini menarik kunjungan pelawat dari seluruh dunia berdasarkan sumber pelancongannya yang banyak dan warisan budaya yang kaya. Selamat datang ke Zhangzhou yang indah.
 
Sumber: Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Zhangzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=341136
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=341138
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=341152 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.