ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  ESC: MEMBEKALKAN PARA DOKTOR ASIA SAINS KARDIOVASKULAR TERKINI

Thursday 18/07/2019



SINGAPURA, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 

Kongres terbaharu untuk menambah baik penjagaan pesakit.

8 sehingga 10 November di Singapura

Bagaimana para doktor perubatan di Asia mengikuti perkembangan yang semakin pesat dalam kesihatan jantung? Satu kongres saintifik yang baharu direka khas untuk membantu dalam hal ini.

European Society of Cardiology (ESC), organisasi golongan profesional penjagaan kesihatan terbesar dunia yang komited memerangi penyakit jantung, bekerjasama dengan Asian Pacific Society of Cardiology (APSC) dan Asean Federation of Cardiology (AFC) bagi melancarkan ESC ASIA with APSC & ASC di Singapura pada bulan November ini.

“Setiap tahun, ESC sahaja mengkaji lebih daripada 11,000 abstrak tentang sains kardiovaskular yang baharu,” kata Prof. Michel Komajda, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.  “Kongres baharu ini akan menyampaikan pelajaran-pelajaran yang terkini dan sangat penting bagi membolehkan para doktor perubatan memberikan penjagaan yang terbaik untuk para pesakit jantung mereka.”

Acara terkini ini membantu untuk menerangkan Panduan Praktis Klinikal ESC yang terbaharu dan sangat penting tentang Diabetes, Penyakit Pra Diabetes & Kardiovaskular, Embolisme Pulmonari Akut; Sindrom Koronari Kronik; dan Dyslipidaemia.  Selain itu, beberapa mesej utama dari Kongres ESC 2019 di Paris akan turut dibincangkan dalam konteks Asia Pasifik.

Masa penganjuran kongres baharu ini memang sangat tepat.  Menurut World Health Organisation, penyakit kardiovaskular merupakan penyebab kematian yang paling utama di dunia yang membunuh kira-kira 31% orang. 1 Di Singapura sahaja, ia menyebabkan kematian terhadap 21,000 orang setiap tahun. 2

Acara perintis ini terbina daripada reputasi ESC sebagai sebuah pertubuhan ilmiah yang terkemuka dan dipercayai di rantau ini.  Berpuluh-puluh ribu ahli profesional penjagaan kesihatan di Asia merujuk kepada ESC untuk jurnal-jurnalnya yang berprestij, kongres-kongres saintifik dan pelbagai peluang keanggotaan yang unik.

“ESC merupakan satu-satunya persatuan global yang merangkumi seluruh spektrum kardiologi melalui pelbagai komuniti sub-kepakaran di Asia,” kata Prof. Komajda.  “Acara terbaharu ini menawarkan peluang untuk bertukar-tukar idea kepada semua doktor perubatan – daripada pakar penyakit dalaman dan pakar endokrinologi kepada ahli pulmonologi dan pakar kardiologi – dengan para pengkaji kardiovaskular yang disegani dari rantau Eropah dan Asia Pasifik.”

TAMAT

Ikuti kami di Twitter @ESCardioNews
 
Rujukan
1 https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/the-top-10-causes-of-death 
https://www.myheart.org.sg/my-heart/heart-statistics/singapore-statistics/

Tentang European Society of Cardiology
European Society of Cardiology mengumpulkan golongan profesional dalam bidang penjagaan kesihatan dari lebih daripada 150 negara, dan berusaha untuk memajukan perubatan kardiovaskular bagi membantu manusia menikmati hidup yang lebih lama dan lebih sihat.

Daftar di sini

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190717005652/en/

Hubungi
Penulis: ESC Press Office 
Justine Pinot 
Tel: +33 (0)4 8987 2499 
Tel Bimbit: +337 (0) 8531 2036 
Emel: press@escardio.org

Sumber : European Society of Cardiology

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.