ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  FESTIVAL JAZZ TERBESAR MALAYSIA DIJANGKA MENARIK RIBUAN PELAWAT KE ISKANDAR PUTERI DENGAN PEMUZIK-PEMUZIK BERTARAF DUNIA YANG MENGAGUMKAN

Friday 19/07/2019



ISKANDAR PUTERI, 19 Julai (Bernama) -- Festival Jazz Iskandar Puteri 2019 kembali lagi tahun ini dan menjanjikan dua peringkat persembahan jazz percubaan dan klasik untuk menghiburkan orang ramai pada 27 Julai 2019.

Dibawakan oleh pemaju induk perbandaran UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise”), Festival Iskandar Puteri Jazz edisi ketiga ini akan menampilkan 9 kumpulan jazz yang terdiri daripada 70 pemuzik dari Malaysia, Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk menghiburkan penonton di sekitar ‘Puteri Harbour’.

Diperkenalkan pada tahun 2017, Festival Jazz Iskandar Puteri berkembang pesat dan menjadi tarikan serantau untuk penggemar muzik kerana penekanannya terhadap kecemerlangan muzik dan kepelbagaian. Walau bagaimanapun, pengalaman festival percuma ini lebih daripada sekadar muzik, kerana orang ramai juga dapat menikmati angin marina dari pelabuhan yang indah. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman serta membeli pakaian, barangan seni dan aksesori yang unik sepanjang festival berlangsung. Festival ini telah menjadi salah satu acara kebudayaan dan komuniti yang paling penting di Johor, di mana penduduk dan pengunjung berpeluang untuk menikmati persembahan dari artis tempatan dan antarabangsa.

Penonton akan mendapat peluang untuk menyaksikan persembahan dari gitaris jazz terkenal seperti Alex Hutchings dari United Kingdom yang pernah membuat persembahan dengan Michael Jackson di Tour Thriller. Pada penghujung tahun 2017, beliau menyertai ‘live-band’ Steven Wilson yang mendapat anugerah Grammy Award 4 kali dan mengikuti kembara persembahan mereka untuk menyokong album Wilson's To the Bone.

Satu lagi nama termuka dalam arena muzik jazz Asia ialah vokalis Singapura Alemay Fernandez, seorang pemuzik jazz veteran yang telah mengadakan persembahan dengan lagenda jazz seperti Wynton Marsalis & The Jazz di Lincoln Center Orchestra, The Count Basie Orchestra, Duke Ellington Orchestra, David Foster dan Incognito.

Artis tempatan yang juga akan menyertai Iskandar Puteri Jazz Festival ini adalah Noryn Aziz dan penyanyi dan penulis lirik terbaru, Bil Musa yang di bawah naungan Yuna Room Records dari tahun lalu.

UEM Sunrise telah menganjurkan aktiviti ‘placemaking’ sepanjang tahun sejak 2016 di Puteri Harbour dan kawasan sekitarnya untuk meningkatkan gaya hidup bandar ini.

Dengan barisan artis tempatan dan antarabangsa yang mengagumkan ini, Festival Jazz Iskandar Puteri 2019 dijangka akan dihadiri melebihi 6,000 orang pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemuda, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Sheikh Omar Ali berkata festival seperti ini tidak hanya menyediakan hiburan yang sihat untuk golongan belia tetapi juga membuka peluang pekerjaan alternatif kepada mereka berbanding pilihan kerjaya konvensional.

"Acara seperti Festival Jazz Iskandar Puteri ini menambah nilai kepada Johor dari segi menarik pengunjung ke negeri ini dari kawasan sekitar dan jauh serta menyumbang kepada sistem eko dan menjana peluang dalam pengurusan acara untuk penganjur festival," katanya.

Tambah beliau, pembangunan kemahiran pengurusan acara seperti ini, akan menyumbang kepada penyediaan dan penganjuran pertandingan Sukma 2020 yang akan berlangsung dari 11-19 Julai di Johor untuk memastikan ia menjadi yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut tentang acara dan barisan artis bertaraf dunia di Festival Jazz Iskandar Puteri 2019, sila layari https://www.facebook.com/events/364958237552740/

Sila klik di sini untuk Poster

Sumber: UEM Sunrise Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shamini Chandrasekaran
Media Liaison & External Comms
Corporate Communication
Tel: +603 2718 7734 / +6016 292 0631
Emel: shamini.chandra@uemsunrise.uemnet.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.