ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN DISCIPLINED AGILE

Tuesday 13/08/2019



Memperluaskan Penawaran bagi Pengurus-pengurus Projek dan Pasukan untuk Memilih “Cara Bekerja” Mereka

PHILADELPHIA, 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI), persatuan keahlian terkemuka dunia yang tidak mencari keuntungan bagi profesion pengurusan projek, hari ini mengumumkan pengambilalihan Disciplined Agile (DA). Set peralatan DA adalah satu-satunya badan pengetahuan (BOK) tangkas yang komprehensif di dunia yang menyediakan panduan yang jelas dan mudah dan praktikal untuk membantu individu, pasukan dan perusahaan memilih “cara bekerja” mereka dalam satu cara konteks yang khusus. Prinsip-prinsip utama bagi DA termasuk berpusatkan pelanggan, menjadi pragmatik berbanding dengan puris, menyediakan pelbagai pilihan yang tangkas dan pejal, menerapkan amalan berdasarkan konteks, dan mengoptimumkan aliran merentasi keseluruhan perusahaan. Menggunakan set peralatan DA membolehkan organisasi untuk menyesuaikan sebarang kaedah atau rangka kerja – seperti tradisional, Skrum, atau SAFe – untuk memacukan hasil yang membezakan mereka daripada pesaing mereka.

Gabungan bagi kedua-dua buah organisasi ini menawarkan satu nilai saranan yang unik dan tiada tandingannya kepada pihak berkepentingan yang komited untuk meningkatkan ketangkasan peribadi, pasukan dan perusahaan mereka.

Dengan memanfaatkan Disciplined Agile:
  • Ahli-ahli PMI akan menambahkan keupayaan dan pensijilan baharu yang kukuh dan boleh dipercayai yang akan membezakan mereka dan membuka akses.
  • Pengamal-pengamal tangkas pada masa ini akan berupaya untuk memanfaatkan satu pendekatan yang lebih kental, disesuaikan dengan ketangkasan, didorong oleh satu set minda yang tangkas dan pejal dan dibolehkan oleh proses yang sesuai dengan konteks mereka – yang membolehkan hasil yang lebih kukuh berbanding dengan pendekatan yang lebih preskriptif.
  • Perusahaan di seluruh dunia akan menikmati satu pendekatan yang lebih disesuaikan untuk ketangkasan perusahaan berdasarkan kepada keperluan dan konteks khusus mereka.
  • Rakan-rakan PMI dan DA akan mempunyai akses kepada satu set penawaran produk yang diperluaskan bagi pihak berkepentingan dan pelanggan mereka.
  • Kedua-dua anggota PMI dan DA akan menerima akses kepada kerangka kerja dan kandungan dalam talian bagi kedua-dua organisasi, serta kemewahan yang datang dengan sebuah komuniti yang pelbagai dan luas.
 
Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif PMI Sunil Prashara, “Pengambilalihan ini merupakan satu lagi blok bangunan yang penting untuk PMI – menangani cara baharu bekerja dalam sebuah dunia yang semakin tangkas, dan sangat mengembangkan kemampuan bagi pengurus projek dan pengamal yang tangkas. PMI kini berada pada kedudukan untuk menambahkan lebih banyak nilai bagi ahli dengan menyediakan produk, perkhidmatan, latihan dan pensijilan yang lengkap kepada pengurus projek, pemimpin tangkas, dan pasukan mereka di mana sahaja mereka berada dalam kerjaya mereka – kadang-kadang sebelum mereka tahu bahawa mereka memerlukannya. Tanpa mempedulikan pendekatan, sama ada ia tradisional atau tangkas, projek atau produk, PMI berada pada kedudukan yang unik untuk menyampaikan nilai kepada individu dan organisasi yang mereka tawarkan perkhidmatan.”

Mark Lines, pencipta bersama dengan Scott Ambler dari Disciplined Agile, menambah, “Hampir kesemua perniagaan pada hari ini sedang berusaha untuk menjadi lebih tangkas. Penyelesaian ‘Satu saiz sesuai untuk digunakan dalam semua keadaan’ kadang-kadang merupakan satu titik permulaan yang baik, tetapi kemudian mereka menghadapi kesulitan. Pendekatan Disciplined Agile itu  mengakui bahawa setiap organisasi adalah berbeza, dan di dalam setiap organisasi ada cara bekerja yang berbeza. Pendekatan Disciplined Agile menemui anda di mana anda berada dan membolehkan anda untuk menyesuaikan penyelesaian mengikut cara anda dan organisasi anda perlukan untuk bekerja.”

Pengintegrasian bagi pengambilalihan itu dimulakan dengan kadar segera, dan PMI akan menyediakan butiran tambahan kepada ahli-ahli dan pihak berkepentingan yang lain apabila tiba masanya.

Maklumat mengenai PMI 
Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.orgwww.projectmanagement.comwww.facebook.com/PMInstitute  dan di Twitter @PMInstitute.

Maklumat mengenai Disciplined Agile
Set peralatan Disciplined Agile adalah pendekatan yang terkemuka di dalam industri untuk membantu individu dan pasukan membuat pilihan yang bermaklumat, memperbaiki cara mereka bekerja, dan membantu organisasi memperkemaskan strategi yang tangkas dan pejal untuk membuat keputusan yang lebih baik. Rakan-rakan dan Jurulatih yang Diperakui memberikan pengalaman yang khusus untuk membantu mengoptimumkan penyampaian penyelesaian IT bagi ketangkasan perniagaan yang sebenar. Syarikat-syarikat semakin bergantung kepada jurulatih dan Rakan-rakan kami yang diperakui untuk mempercepatkan penyampaian nilai perniagaan dengan menggunakan strategi tangkas yang berdisiplin yang mencerminkan realiti penghantaran tangkas dalam situasi perusahaan yang kompleks. Lebih 12,000 pengamal di 30 buah negara telah dilatih dalam Disciplined Agile dan lebih 50,000 buku-buku Disciplined Agile telah dijual.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190809005432/en/

Hubungi
Mary Ortega, +1 610 356 4600 X7030 
mary.ortega@pmi.org

Sumber : Project Management Institute

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.