ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  TEBUS MATA GANJARAN MESRA DENGAN SETEL BILA-BILA MASA, DI MANA JUA!

Wednesday 14/08/2019



Tebus Mata Ganjaran Mesra Untuk Minyak Dengan Setel

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Setel – aplikasi penyelesaian e-pembayaran pembelian bahan api secara langsung melalui telefon mudah alih pertama di Malaysia - terus menaik taraf keselesaan pelanggan dengan memperkenalkan pilihan penebusan minyak melalui mata ganjaran Mesra.

Setel memberi pengalaman pembelian bahan api yang mudah, lancar dan lengkap yang direka khas dan diintegrasikan terus ke pam bahan api. Peningkatan fungsi penebusan mata ganjaran tersebut merupakan langkah lanjut Setel untuk mengintegrasikan aspek-aspek pengisian bahan api ke dalam satu platform tunggal. Dengan ciri baharu ini, ia sekaligus meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelanggan di stesen PETRONAS.

“Memandangkan program kesetiaan Mesra terus menjadi pilihan ramai pengguna, ciri baharu ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Setel sebagai penyedia pengalaman peruncitan digital yang mudah. Pembayaran untuk bahan api serta penebusan manfaat mata ganjaran tidak pernah semudah ini,” kata Iskandar Ezzahuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Setel.

Bagi penebusan mata ganjaran Mesra, pelanggan perlu memautkan dan mengaktifkan kad Mesra mereka di aplikasi Setel. Pelanggan boleh menebus RM1 untuk setiap 100 mata ganjaran yang akan ditambah kepada baki dompet Setel. Nilai kredit ini boleh digunakan untuk membeli bahan api dengan serta-merta. Selain itu, pelanggan juga diberi pilihan untuk menetapkan mata ganjaran yang ingin ditukarkan kepada kredit untuk menebus bahan api pada bila-bila masa di stesen PETRONAS.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, “Integrasi Setel dan Mesra pada satu platform mewakili satu lagi pencapaian besar bagi PETRONAS dalam memahami keperluan pelanggan serta membolehkan pelanggan untuk Move Like Never Before. Selari dengan perkembangan rangkaian peruncitan PDB, ciri-ciri baharu seperti ini memainkan peranan penting untuk menjana minat pelanggan, dengan menawarkan pembayaran bahan api serta penebusan mata ganjaran kesetiaan yang paling mudah dalam industri peruncitan bahan api.”

Pelanggan PETRONAS yang juga merupakan ahli Mesra akan menerima 3 mata ganjaran bagi setiap liter bahan api yang dibeli. Ia merupakan kadar pertukaran yang tertinggi untuk program kesetiaan bahan api di Malaysia. Sebagai contoh, pembelian 50 liter (RM2.08/liter) bahan api akan memberikan 150 mata ganjaran Mesra, yang boleh ditukarkan kepada bahan api bernilai RM1.50.

Setel boleh didapati secara percuma daripada iOS dan Android melalui App Store dan Google Play store. Kini, Setel boleh digunakan di 277 stesen PETRONAS di Lembah Klang.

Untuk senarai penuh stesen PETRONAS yang boleh menggunakan Setel, sila layari www.setel.my.
 
 
MENGENAI SETEL VENTURES SDN BHD
Setel Ventures Sdn Bhd adalah penyedia penyelesaian e-pembayaran pertama di Malaysia yang membolehkan pembelian bahan api secara langsung melalui aplikasi telefon mudah alih. Setel dimiliki penuh oleh PETRONAS Dagangan Berhad. Aplikasi Setel mengintegrasikan aspek-aspek pengisian bahan api ke dalam satu platform tunggal. Ini adalah termasuk bayaran untuk bahan api secara langsung dari dalam kenderaan, mengumpul serta menebus mata ganjaran Mesra dan kebolehan memantau pembelanjaan melalui e-resit. Setel dilancarkan pada September 2019 dan kini boleh didapati di semua stesen PETRONAS di Lembah Klang.

MENGENAI PETRONAS DAGANGAN BERHAD
 
PETRONAS Dagangan Berhad ialah syarikat pemasaran domestik utama bagi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat minyak negara yang memegang ekuiti sebanyak 69.86%. Ditubuhkan di Malaysia bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Ogos 1982 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 8 Mac 1994, PDB telah muncul sebagai peruncit dan pemasar produk minyak dan gas hiliran yang terkemuka di Malaysia.
 
Syarikat memasarkan pelbagai produk petroleum berkualiti tinggi termasuk minyak gasolin kenderaan, petrol penerbangan, minyak tanah, diesel, minyak petrol, petrol bunker, bendalir, gas petroleum cair (LPG) dan asfalt di Malaysia.
 
Sumber: Setel Ventures Sdn Bhd & PETRONAS Dagangan Berhad

UNTUK MAKLUMAT MEDIA, SILA HUBUNGI: 
Nama: Henry Khoo | Kaylynn Chan  
Archetype Malaysia
Tel: +603 2282 2152
Emel: MalaysiaSetel@archetype.co 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.