ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  SINDBERG "KEMBALI PULANG": CHINA DAN DENMARK BERSAMA-SAMA MEMBINA SEBUAH KOMUNITI DENGAN SEBUAH MASA HADAPAN YANG DIKONGSI UNTUK MANUSIA SEJAGAT

Tuesday 03/09/2019

AsiaNet 80301

NANJING, China, 3 Sept., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 31 Ogos, upacara membuka tirai bagi patung “Sindberg” telah diadakan di Memorial Park Mathersburg di Aarhus. Ratu Denmark, Margaret II, dan Duta Besar China ke Denmark, Feng Tie telah menghadiri acara tersebut. Ratu Denmark membuka tirai patung itu. Acara itu adalah untuk memperingati tindakan yang betul oleh Sindberg dalam melindungi puluhan ribu pelarian semasa Pembunuhan Nanjing dan untuk menyampaikan kepada dunia mengenai ketenangan fikiran bagi orang China dan Denmark. Dengan mengambil ini sebagai satu titik permulaan, Aarhus dan Nanjing akan melancarkan satu siri kerjasama yang pragmatik di dalam bidang budaya, ekonomi, perdagangan dan menjaga keamanan, menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Nanjing.

Artis-artis dari China dan Denmark bekerja bersama-sama untuk menceritakan kisah Nanjing kepada dunia

Dari Disember 1937 sehingga Mac 1938, Bernhard Arp Sindberg, yang berusia dalam lingkungan 20-an, telah bekerja di Kilang Simen Nanjing Jiangnan. Selama 106 hari, Sindberg menyediakan perlindungan dan bantuan kepada pelarian China. Pada masa itu, orang China memuji beliau kerana “bertindak berani kerana berjuang demi keadilan” dan memanggil beliau “Rakan bagi China”. Kewajaran Sindberg itu secara beransur-ansur telah menjadi satu legenda, yang tersebar luas di China dan Denmark. Kisah yang luar biasa ini adalah bahan yang paling jelas mengenai patung dan pameran khas ini.

Patung “Sindberg” itu yang mendepangkan tangan beliau, menunjukkan persaudaraan dan dedikasi Sindberg semasa Perang Dunia II. “Gate of Hope” yang dicipta oleh artis Denmark Lene Desmentik melengkapkan patung-patung bagi watak-watak itu dan merupakan satu simbol mengenai harapan dan masa hadapan. Ia seterusnya meningkatkan hubungan yang tiada tandingan di antara kedua-dua bandar raya itu dan menyampaikan harapan untuk persahabatan dan satu wawasan keamanan yang indah kepada rakyat China dan Denmark. Di samping itu, tapak patung itu mempunyai sebuah reka bentuk khas “jubin dinding”, yang merupakan satu simbol mengenai semangat wira yang tidak goyah.

Satu daripada pereka itu, Shang Rong, dari Institute of Sculpture and Art di Universiti Nanjing, berkata, “Nanjing adalah juga merupakan tempat di mana saya dan Fu Licheng membesar. Di bawah penyuburan bandar raya ini, kami sangat berbesar hati kerana  mendapat peluang ini, dengan satu jenama bandar raya yang mendalam, untuk menceritakan kisah Nanjing yang indah ini kepada dunia.”

“Membina Bersama Keamanan”: untuk menyumbang kepada keamanan dan persahabatan di antara China dan Denmark

“Adalah jelas bahawa Bernhard Arp Sindberg sangat penting kepada Nanjing dan seluruh China. Beliau merupakan satu peringatan bahawa seseorang boleh membuat satu perubahan.” Ratu Margaret II dari Denmark telah menyampaikan ucapan pada upacara membuka tirai itu. Selepas upacara itu, Ratu itu menerima kontrak “Membina Bersama Keamanan” yang dikemukakan oleh wakil bagi Nanjing-bata dinding itu.

Bata dinding itu telah diukir dengan kata-kata “Jinling” dan mencetak inskripsi itu. Di kedua-dua bahagian “Jinling” itu, ia telah dicat dengan warna ungu dan mawar kuning yang melambangkan keamanan dan keberanian. Gabungan unik bata dinding ini dan lukisan yang penuh teliti itu menyampaikan kedamaian Nanjing kepada dunia, dan keinginan untuk memperdalamkan persahabatan dan membina sebuah komuniti dengan satu masa hadapan yang dikongsi bersama untuk manusia sejagat.

Duta Besar China ke Denmark Feng Tie berkata: “Sindberg telah menyelamatkan puluhan ribu nyawa rakyat China. Orang China menghargai beliau, menghormati beliau dan sentiasa mengingati beliau. Tindakan beliau yang tidak mengenal gentar itu mencerminkan semangat kemanusiaan yang tinggi. Kisah beliau juga mendedahkan kekejaman perang dan begitu berharganya keamanan. Saya berharap agar patung itu akan menjadi satu simbol persahabatan di antara rakyat China dan Denmark.”

“Hero Nanjing” Denmark, “Rakan bagi China” Selamanya

Pada hari yang sama, pameran khas “Sindberg: ‘Hero Nanjing’ Denmark” itu telah dibuka di Perpustakaan Dokk1 di Aarhus. Pameran itu dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengimbas kembali tempoh 106 hari yang dilalui oleh Sindberg di Nanjing, menunjukkan persaudaraan dan keberanian beliau untuk membantu golongan miskin. Bahagian kedua, “Hari ini di Nanjing”, membolehkan orang Aarhus melihat ibu negara kuno yang baharu. Keghairahan pembinaan bagi bandar raya berinovatif akan merangkumi nilai bagi tindakan Sindberg 82 tahun yang lalu.

“Jika 80 tahun yang lalu, oleh kerana keadilan Sindberg, takdir bagi Denmark dan Nanjing telah terjalin, seterusnya, 80 tahun kemudian, perhubungan di antara China dan Denmark telah sentiasa bergerak ke satu tahap yang baharu dalam proses membina sebuah komuniti bagi masa hadapan yang dikongsi untuk manusia sejagat. Ini adalah satu pertukaran kebudayaan dan pendidikan yang mesra dan kerjasama perindustrian yang sama rata,” kata He Mingsheng, seorang sejarawan Perang Dunia II Denmark.

Masa berlalu, pada masa ini, Nanjing dalam era baharu sedang bergerak dengan asas dan keyakinan bagi ibu negara purba yang indah, di laluan menuju inovasi dan kreativiti, dan menggunakan cara mereka tersendiri untuk memendekkan jarak di antara ibu kota purba timur dan kerajaan dongeng dari Eropah utara, dan mewarisi persahabatan yang mendalam di antara rakyat China dan Denmark.

“Bernhard Arp Sindberg (1911-1983) telah dilahirkan di Aarhus, Denmark. Dari Disember 1937 sehingga Mac 1938, Sindberg mengambil bahagian di dalam penubuhan kem pelarian Kilang Simen Jiangnan di Nanjing, China dan menyelamatkan pelarian itu. Orang China tidak akan melupakan semangat berperikemanusiaan dan tindakan beliau yang tidak mengenal gentar. Disumbangkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Nanjing dan Pusat Kebudayaan China Copenhagen. Ogos 2019.”

Ini adalah sebuah inskripsi di tapak patung itu, yang diukir dalam bahasa Cina dan Denmark. Nanjing dihubungkan dengan darah Aarhus disebabkan oleh beliau. Semangat kemanusiaan Sindberg akan juga bersinar secara kekal di bintang-bintang umat manusia.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Nanjing
 
Lampiran Pautan Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=343890 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.