ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  LUNG AMBITION ALLIANCE MERASMIKAN INISIATIF BAHARU UNTUK MELANJUTKAN JANGKAAN HAYAT PESAKIT KANSER PARU-PARU DI PERSIDANGAN KANSER PARU-PARU DUNIA

Tuesday 10/09/2019



• Program geran baharu untuk menyokong inisiatif tempatan yang didorong oleh organisasi pesakit yang berpotensi untuk mengubah rawatan pesakit
• Siri pameran interaktif dan ilmiah di kongres untuk berinteraksi dan mendidik komuniti kanser paru-paru
• Tinjauan global yang penting dilancarkan dengan tujuan memantapkan barometer persepsi kanser paru-paru yang pertama    

BARCELONA, Sepanyol, 10 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, di Persidangan Dunia IASLC tentang Kanser Paru-Paru, empat rakan kongsi pengasas Lung Ambition Alliance – Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (International Association for the Study of Lung Cancer, IASLC), Guardant Health, Gabungan Kanser Paru-paru Global (Global Lung Cancer Coalition, GLCC) dan AstraZeneca mengumumkan pelancaran beberapa inisiatif baharu bagi menyokong matlamat mereka untuk menggandakan jangkaan hayat 5 tahun menjelang tahun 2025.
 
Giorgio Scagliotti, Presiden IASLC berkata, “Kami telah melakukan kemajuan yang hebat hanya dalam dua bulan sejak mengumumkan penubuhan Lung Ambition Alliance. Inisiatif baharu Pakatan ini seperti Inisiatif dalam Penjagaan Kanser Paru-paru (ILC2), memaparkan matlamat bersama untuk berinteraksi dengan komuniti global dan menggalakkan penyelesaian yang bercita-cita dalam negara yang berpotensi mengubah penjagaan pesakit dan meningkatkan jangkaan hayat bagi kanser paru-paru.”

ILC2: Satu Seruan Terbuka bagi Projek untuk Mengubah Penjagaan Pesakit dan Menambah Baik Pengalaman Pesakit

Program ILC2 ialah seruan terbuka yang mempelawa organisasi pesakit berdaftar yang memfokuskan kanser paru-paru dari seluruh dunia untuk menghantar cadangan bagi projek yang berpotensi mengubah penjagaan pesakit dan meningkatkan jangkaan hayat di negara masing-masing. Program ini diwujudkan dengan mempertimbangkan pelbagai pengurusan kanser paru-paru dari seluruh dunia dan halangan tempatan yang khusus bagi penjagaan berkualiti yang harus diambil kira dalam pembangunan penyelesaian yang memusatkan pesakit untuk menyelesaikannya.

Lung Ambition Alliance akan menerima permohonan geran secara rasmi pada November 2019 dan akan menilai dan memilih permohonan yang mematuhi kriteria untuk pendanaan. Maklumat lanjut boleh didapati di LungAmbitionAlliance.org.

Aktiviti di Kongres WCLC
Di WCLC, Lung Ambition Alliance akan mengadakan beberapa aktiviti untuk memperoleh wawasan daripada komuniti kanser paru-paru, termasuklah menaja treler penyaringan imbasan tomografi berkomputer dos rendah (LDCT) di tapak persidangan WCLC. Wakil berpeluang menyaksikan proses penyaringan tersebut, mengetahui lebih lanjut tentang kepentingannya, dan boleh memilih untuk berikrar menjadi penyokong global bagi penyaringan kanser, yakni nama mereka akan ditampilkan pada peta global.

Di samping itu, Pakatan itu juga mendirikan gerai interaktif di WCLC yang membolehkan peserta ‘melalui perjalanan’ menerusi proses penjagaan berkualiti yang bersepadu bagi kanser paru-paru sambil mendapatkan akses kepada sumber penjagaan berkualiti yang bernilai sepanjang proses tersebut. Peserta berpeluang untuk berkongsi maklum balas berkenaan pengalaman mereka tentang perjalanan pesakit tersebut.

Barometer Antarabangsa bagi Persepsi Kanser Paru-paru
Pakatan itu juga mengumumkan pelancaran rasmi bagi tinjauan antarabangsa yang dijalankan oleh IPSOS MORI. Mereka akan mengundang pengamal perubatan umum, pakar kanser paru-paru dan orang awam dari tujuh negara dan tiga benua untuk berkongsi persepsi mereka berkenaan kanser paru-paru. Tinjauan itu akan membantu dalam penjanaan wawasan dan membantu Pakatan itu membangunkan penyelesaian yang bersesuaian dengan pesakit dan juga inisiatif sokongan. Tinjauan itu akan mewujudkan barometer dengan bertindak sebagai tanda aras untuk membantu dalam penjejakan impak program terhadap persepsi dari semasa ke semasa. Keputusan dijangka akan diumumkan dalam H1 2020.

Maklumat tentang inisiatif ini dan cara komuniti boleh berkongsi perspektif mereka boleh didapati di LungAmbitionAlliance.org.

Perihal Lung Ambition Alliance

Lung Ambition Alliance ialah kerjasama unggul daripada pelbagai organisasi yang bersatu demi menyingkirkan kanser paru-paru sebagai penyebab kematian. Pakatan ini bertujuan untuk memacu kemajuan dan membawa perubahan yang bermakna bagi pesakit kanser paru-paru dengan menekankan kepakaran setiap rakan kongsi dan mengutamakan projek bermakna yang berpotensi untuk melanjutkan matlamatnya. Rakan kongsi pengasas – Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC), Guardant Health, Gabungan Kanser Paru-paru Global (GLCC) dan AstraZeneca – akan meneroka dan mengatasi halangan terhadap penyaringan dan diagnosis awal, pembangunan ubatan yang inovatif dan penjagaan berkualiti serta mencapai visi bercita-cita tinggi untuk masa depan kanser paru-paru yang bermula dengan menggandakan jangkaan hayat lima tahun menjelang tahun 2025.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.lungambitionalliance.org.

Perihal Rakan Kongsi Pengasas
  • Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru, (IASLC) ialah satu-satunya organisasi global yang menumpu pada kajian kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks lain, dengan rangkaian global merangkumi 6,500 pakar kanser paru-paru merentas semua disiplin di lebih 100 negara.
  • Gabungan Kanser Paru-Paru Global (GLCC) ialah suara antarabangsa bagi pesakit kanser paru-paru dan komited kepada sokongan pesakit. 
  • Guardant Health ialah syarikat diagnostik inovatif yang mendukung visi untuk membolehkan pengesanan lebih awal menerusi akses kepada maklumat molekul dalam darah.
  • AstraZeneca ialah syarikat biofarmaseutikal global diterajui sains yang menumpukan penemuan, pembangunan dan pemerdagangan ubatan preskripsi. 
Perihal WCLC

WCLC ialah perjumpaan terbesar di dunia yang khas untuk kanser paru-paru dan kemaglinanan toraks lain. Perjumpaan ini menarik perhatian lebih 7,000 penyelidik, pakar perubatan dan pakar dari lebih 100 negara. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran, kerjasama dan pemahaman berkenaan kanser paru-paru dan untuk membantu peserta melaksanakan pembangunan terbaharu di serata dunia. Persidangan ini akan merangkumkan pelbagai disiplin yang luas dan mengumumkan beberapa kajian penyelidikan dan keputusan percubaan klinikal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati wclc2019.iaslc.org.

Memacu Kemajuan untuk Pesakit Kanser Paru-paru. 


ORANG HUBUNGAN:

Jennifer Corrigan
BursonRx
Jennifer.Corrigan@bursonrx.com
+1-347-366-1444

Emma Purdy
GCI Health
Emma.Purdy@gcihealth.com
+44-7825-903013

Sumber: Lung Ambition Alliance

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.