PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 13, 2019 -Jumaat

 
  FORUM KERJASAMA ANTARABANGSA MARITIM JALAN SUTERA TELAH DIADAKAN DI XIAMEN UNTUK MENINGKATKAN PERTUKARAN MAKLUMAT

Tuesday 10/09/2019

AsiaNet 80424

XIAMEN, China, 10 Sept., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera (SRMF), yang dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian, bermula pada 7 September di Xiamen. Di bawah tema “berkongsi kemakmuran melalui kerjasama dan kesambungan”, forum itu mengumpulkan ratusan peserta dari beberapa negara termasuk China, Mesir, Jepun, Filipina, Singapura, Serbia dan sebagainya.

Forum dua hari itu bertujuan untuk menggalakkan kesambungan bagi pengangkutan maritim di sepanjang Jalan Sutera Maritim Abad ke-21. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama di dalam industri pelabuhan dan perkapalan yang berkaitan dengan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 dan bagi meningkatkan liberalisasi dan pemudahan pelaburan dan perdagangan.

Semasa forum itu, pegawai-pegawai kerajaan dan wakil daripada pelbagai organisasi antarabangsa secara aktif memperkenalkan pengalaman mereka dalam membangunkan Maritim Jalan Sutera Abad ke-21.

Forum itu memberi tumpuan kepada mencapai kemakmuran bersama melalui peningkatan kerjasama dan menggalakkan kesambungan. Pakar-pakar dari organisasi yang berbeza yakin bahawa Jalan Sutera Maritim Abad ke-21 boleh membawa peluang-peluang kepada semua negara dan daerah di sepanjang kawasan Belt and Road.

Data menunjukkan bahawa pakatan pengangkutan Maritim Jalan Sutera disokong oleh lebih daripada 100 perusahaan logistik bagi pelabuhan dan syarikat penerbangan. Menjelang akhir Ogos 2019, 50 laluan pengangkutan Maritim Jalan Sutera telah dikendalikan sebanyak 1,092 kali.

Sementara itu, pakar-pakar menggesa agar lebih banyak negara dan penyertaan usaha sosial dan komitmen yang lebih mendalam dari segi pertukaran dasar, dialog dan kerjasama pelengkap.

Sebagai satu pencapaian penting pada forum itu, Kertas Biru mengenai Pembinaan Maritim Jalan Sutera (2019), yang memberi tumpuan kepada kerjasama antarabangsa mengenai pembinaan maritim jalan sutera, telah dikeluarkan oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China semasa forum itu.

Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera (SRMF) telah dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian dari 7 September hingga 8 September, bersama-sama dengan Kementerian Luar Negeri bagi Republik Rakyat China, Kementerian Pengangkutan bagi Republik Rakyat China, Pentadbiran Am Kastam bagi Republik Rakyat China, dan disokong oleh Pusat Kerjasama Antarabangsa bagi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Nasional (NDRC) Republik Rakyat China, Institut Penyelidikan Pengangkutan Bawaan Air China, China Cosco Shipping Corporation Limited, China Ports & Harbors Association, International Association of Ports and Harbors (IAPH) dan Persatuan Operator Terminal Kontena Hong Kong. 
 
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Fujian  

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.