ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AKADEMI MASAKAN JEPUN LANCAR JAPANESE-CUISINE.COM, SEBUAH LAMAN WEB DENGAN KANDUNGAN YANG SANGAT HEBAT DAN SEBUAH PROGRAM E-PEMBELAJARAN UNTUK MENGGALAKKAN MASAKAN JEPUN DI LUAR NEGARA

Wednesday 11/09/2019



KYOTO, Jepun, 11 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Akademi Masakan Jepun, yang terletak di Wilayah Kyoto, Yoshihiro Murata, Pengarah, dan dalam talian di https://culinary-academy.jp/english, telah bekerjasama dengan Blue Magic, Inc, yang beribu pejabat di Tokyo, Yukiko Akimoto, Ketua Pegawai Eksekutif, dan dalam talian di https://bluemagic.co.jp/, untuk membangunkan satu program e-pembelajaran secara bersama yang mengajar mengenai budaya dan teknik masakan asli Jepun. Perkhidmatan bermula di seluruh dunia pada 12 Julai, 2019.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190910005448/en/
 
Terdapat satu ledakan pada masa ini bagi masakan Jepun di seluruh dunia, dengan satu peningkatan pesat di restoran-restoran Jepun di mana sahaja anda pergi. Pada masa ini terdapat lebih daripada 120,000 restoran Jepun di seluruh dunia.

Akademi Masakan Jepun, sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan satu pemahaman yang tepat tentang masakan Jepun di seluruh dunia, menghantar tenaga pengajar bagi seminar-seminar yang diadakan di peringkat global mengenai masakan Jepun. Ia juga menerima pelajar dari luar negara yang belajar masakan Jepun di Jepun, dan, antara aktiviti lain, telah menerbitkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain satu siri jurnal berhubung masakan Jepun.

Memandangkan Akademi Masakan Jepun itu adalah sebuah organisasi yang disahkan oleh kementerian, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Garis Panduan bagi Pengesahan Kemahiran  Memasak untuk Masakan Jepun di Negara-negara Luar, yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan Jepun pada 1 April, 2016, ia telah mengembangkan program e-pembelajaran japanese-cuisine.com untuk sewajarnya mengajar budaya dan teknik masakan Jepun, di mana-mana lokasi di dunia dan pada bila-bila masa, meliputi tahap pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pensijilan Gangsa dalam Garis Panduan tersebut.

Laman web dalam talian itu adalah di https://japanese-cuisine.com.

Akademi Masakan Jepun menempatkan program ini sebagai kandungan yang sangat hebat untuk mempromosikan masakan Jepun di seluruh dunia. Sebagai cabang jualan bagi usaha ini, Blue Magic, Inc., sedang mencari rakan-rakan jualan untuk memperluaskan promosi ini.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190910005448/en/

Hubungi

Pertanyaan:
Terumi Oyagi
office@culinary-academy.jp
Akademi Masakan Jepun

Pertanyaan berhubung rakan-rakan untuk menyokong penerbitan dalam bahasa lain:
Ayumi Kuji
contact@japanese-cuisine.com
Blue Magic, Inc.

Sumber : Akademi Masakan Jepun

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.