ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA@KUALA LUMPUR WARNAI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2019

Wednesday 11/09/2019



“ALERT”: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan   Festival Permainan Malaysia untuk kali ke 5 bagi menanam minat serta memelihara permainan tradisional malaysia supaya tidak luput dan ditelan zaman disamping menjaga nilai seni warisan negara untuk generasi muda dengan menampilkan lebih 20 jenis permainan tradisional dan moden pelbagai kaum di Malaysia.

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 September 2019 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
 
Program ini bertujuan untuk mengangkat dan menghidupkan kembali aktiviti seni permainan tradisional dan sukan rakyat kepada masyarakat bandar yang mana pengalaman ini juga boleh dikongsi bersama oleh pelancong dari dalam dan luar negara.
 
Penganjuran festival ini adalah merupakan penganjuran kali ke-lima (5) dan ianya merupakan kesinambungan dari kejayaan pelaksanaan program yang telah dilaksanakan pada tahun sebelum ini.

PELAKSANAAN
Tarikh          :        14, 15 dan 16 Sept 2019 (Sabtu - Isnin)
Masa           :        7:00 Pagi Hingga 11:00 Malam
Tempat        :        Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Perasmian   :        15 September 2019 (Ahad)

ANJURAN
·        Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
·        Kementerian Wilayah Persekutuan
·        Kementerian Kesihatan Malaysia
·        Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara
·        Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
·        Kelab Sukan Tradisional Harmoni

OBJEKTIF  PROGRAM
Pada umumnya objektif penganjuran Festival Permainan Malaysia@Kuala lumpur adalah seperti berikut:-

a.    Menyemarakkan dan mengangkat kembali keunikan kesenian serta warisan tradisi rakyat Malaysia melalui Permainan Tradisional
 
b.    Menjadi landasan terbaik untuk membina jambatan perpaduan, setiakawan, keharmonian, sikap bertolak ansur, saling hormat menghormati, bertimbang rasa dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui aktiviti permainan tradisional. Mempromosi gaya hidup sihat melalui permainan tradisional.
 
c.    Sebagai pengisian sempena Hari Malaysia, festival ini juga boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Kuala Lumpur khususnya pada bulan September untuk sama-sama merasai keunikan permainan tradisi rakyat Malaysia.

KEISTIMEWAAN FPM@KUALA LUMPUR
FPM@Kuala Lumpur di adakan di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong “HOTSPOT  di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti permainan interaktif akan diadakan pada tahun ini. Antaranya:

1)  PERTANDINGAN PERMAINAN MALAYSIA ANTARA BADAN BERUNIFORM DAN SEKTOR KORPORAT
 
FPM@Kuala Lumpur pada tahun ini disertai oleh 10 badan beruniform yang akan diwakili oleh 75 orang peserta bagi setiap badan beruniform  dan jumlah penyertaan  keseluruhan adalah seramai 750 orang peserta. Manakala 9 Sektor Korporat yang akan diwakili oleh 71 orang peserta bagi setiap kontigen dengan jumlah penyertaan seramai 639 orang.

1.1       Badan Beruniform
 
1.1.1            Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
1.1.2            Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT)
1.1.3            Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
1.1.4            Jabatan Imigresen Malaysia (IMIGRESEN)
1.1.5            Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
1.1.6            Jabatan Penjara Malaysia (PENJARA)
1.1.7            Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (BOMBA)
1.1.8            Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM)
1.1.9            Agensi Pengguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM)
1.1.10          Sukarelawan

1.2       Sektor Korporat
 
1.2.1           Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP)
1.2.2           Tenaga Nasional Berhad (TNB)
1.2.3           Top Glove
1.2.4           RHB Bank Berhad
1.2.5           Malaysia Airport Berhad
1.2.6           Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
1.2.7           Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
1.2.8           CICLISTA
1.2.9           ASTRO

Jenis Pertandingan Yang Dipertandingkan:
Terdapat 10 disiplin permainan tradisional yang dipertandingkan antara Badan Beruniform dan Sektor Korporat. Antara disiplin permainan tersebut ialah;

a)           Congkak
b)           Sepak Raga Ratus
c)           Galah Panjang
d)           Tarik Tali
e)           Batu Seremban
f)            Dam Aji
g)           Terompah Gergasi
h)           Gusti Lengan
i)             Bola Sepak Kain Pelikat
j)             Menyumpit

2)  PERMAINAN KLASIK/LAGENDA (THE LEGEND GAMES)
Menghidangkan 15 jenis permainan tradisional Malaysia antaranya Terompah Gergasi, Kaki Hantu,  Kereta Sorong, Susun Bata, Lari Dalam Guni berkembar, Tarik Upih Pinang, Kelereng, Tuju Tin, Bola Beracun, Tating Lawi, Laga Ayam, Dam Aji, Congkak, Batu Seremban, Ceper.

3)  LARIAN NEGARAKU MALAYSIA (NEGARAKU MALAYSIA RUN)
Program larian bersempena sambutan hari Malaysia dengan mengetengahkan gaya hidup sihat kepada masyarakat Malaysia. Penglibatan sejumlah 1,300 orang.

4)  LARIAN SARONG (SARONG RUN)
Program larian  yang mengangkat semula pemakaian sarong batik dan pelikat melayu sambil berlari. Selain dari memartabatkan kembali permainan tradisional, program ini juga mengetengahkan gaya hidup sihat kepada masyarakat Malaysia. Penglibatan sejumlah 1,300 orang.

AKTIVITI LAIN:
1)   Kejohanan Tarik Tali Terbuka Kuala Lumpur
 
2)   Kejohanan Kabaddi Terbuka
 
3)   Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Kuala Lumpur
 
4)   Pencungkilan Bakat Pertandingan Battle Of Talent.
 
5)  Pencungkilan Bakat Pertandingan Kuala Lumpur Idol

6)   Pencungkilan Bakat Pertandingan Cilik Idol
 
7)   Pertandingan Busana Kitar Semula
 
8)   Pencungkilan Bakat Pertandingan Mewarna Anak Malaysia
 
9)   Demonstrasi dan Persembahan Yoyo dan Dabolo
 
10)  Demonstrasi dan Pertandingan Pocket Bike
 
11)   Jualan dari Selebriti Tanah Air dan 30 Foodtruck
 
12)   My Ghasing Championship
 
13)   Pertandingan Gasing Moden
 
14)   Pertandingan Memanah Tradisional


PENGLIBATAN ARTIS DAN JUGA SELEBRITI
Antara artis dan juga selebriti yang terlibat pada tahun ini bagi menjayakan FPM@KL adalah seperti Ayda Jebat, Faizal Tahir, Ella, Kumpulan Hujan, Dato’ Rosyam Nor, Shuib dan Siti Sarah serta banyak lagi.
 
PENAJAAN OLEH SYARIKAT SWASTA
Pada tahun ini pelbagai syarikat swasta terus komited dalam bersama-sama menjayakan program ini. Antaranya ialah Noor Arfa Batek, Warda Cosmetic, Sungei Wang Plaza, Central Market, Parkson, Indocafe, Sunway Lagoon Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Modenas dan MCIS Malaysia.
 
PENUTUP
Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan semua permainan tradisional masyarakat di Malaysia akan terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Bagi menjayakan penganjuran Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2019, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amat mengharapkan kerjasama semua pengamal media untuk memberi hebahan berkaitan program ini.
 
“JKKN sentiasa berusaha dalam menyemarakkan dan mengangkat kembali keunikan kesenian serta warisan tradisi rakyat Malaysia melalui Permainan Tradisional untuk diperkenalkan khasnya kepada generasi muda agar ianya tidak ditelan zaman dan selain itu juga ianya dapat mempromosikan gaya hidup sihat melalui permainan tradisional”. Kata Ketua Pengarah JKKN Tan Sri Hajah Norliza Rofli dalam satu kenyataan pada hari ini.
 
Sebagai makluman, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah sebuah agensi yang menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia dan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Sila klik di sini untuk Lampiran

Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel : 03-2614 8200  Faks : 03-2697 0786


Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Hazeme Said (Pegawai Komunikasi Korporat)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Tel : 03-2072 6779  / +6012-8937489
Faks : 03-2070 4064
Emel : hazeme@jkkn.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.