ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  HAB KEBUDAYAAN, BERSEJARAH HANGZHOU DI CHINA MENGEMUDI TUMPUAN PEMBANGUNAN DARI TASIK BARAT KE SUNGAI QIANTANG

Wednesday 11/09/2019



AsiaNet 80447

HANGZHOU, China, 11 Sept., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sebagai sebuah bandar raya kebudayaan dan bersejarah, bandar raya Hangzhou di timur China telah mengubah pemikiran pembangunan mereka dengan berkembang ke arah timur dan meliputi Sungai Qiantang, sekali gus menandakan satu peralihan tumpuan pembangunan dari Tasik Barat.

Daerah Jianggan di Hangzhou, yang merupakan pangkalan terdepan bagi pengembangan bandar raya itu ke arah timur, telah mengadakan Festival Kebudayaan Antarabangsa Sungai Qiantang ketiga yang berlangsung dari Julai hingga November dalam usaha untuk menanamkan gen budaya ke dalam strategi pembangunan bandar raya itu dalam mengelilingi Sungai Yangtze. Festival Kebudayaan Antarabangsa Sungai Qiantang Hangzhou pada tahun ini telah keluar dari Hangzhou buat kali pertama dengan mengadakan minggu kebudayaan Sungai Qiantang itu di Beijing pada 28 Julai, menandakan satu percubaan yang berinovatif untuk mempromosikan budaya Sungai Qiantang ke seluruh negara dan ke seluruh dunia.

Tasik Barat itu adalah seperti sebuah bintang di muka bumi, menarik bandar raya itu untuk berputar selama beribu-ribu tahun. Hangzhou telah menyesuaikan “pendekatan pembangunan membulat” itu dengan Tasik Barat sebagai pusatnya dengan menjadikan Sungai Qiantang sebagai garis utama kekal bagi pembangunan jangka panjangnya, dan mewujudkan falsafah pembangunan bagi pengembangan bandar ke arah timur, meningkatkan pelancongan di sebelah barat, dan pembangunan bersama dan dengan Sungai Qiantang.

Hangzhou adalah tempat kepada satu tradisi yang mencabar dan dinamik, iaitu, menunggang arus. Dengan sebuah bendera merah di tangan dan kemahiran yang hebat, penunggang arus meluncur di gelombang sungai.

Sejak pembaharuan dan pembukaan itu, ciri-ciri menunggang arus telah ditunjukkan sepenuhnya oleh penduduk Hangzhou. Barisan “penunggang arus” dari Hangzhou telah bergemerlapan di pentas dunia, seperti bekas ketua Kumpulan Wanxiang Lu Guanqiu, pengasas Wahaha Zong Qinghou, dan pengasas Alibaba Jack Ma.

“Budaya tempatan adalah punca bagi pewatakan penduduk Hangzhou yang bersifat realisitik, perintis dan berani,” kata Ying Xuelin, timbalan pengarah bagi Jabatan publisiti Hangzhou.

Untuk menjadi khusus, teras bagi budaya Sungai Qiantang adalah menghadapi cabaran dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan, kekal berfikiran terbuka dan mencari pertukaran dan kemakmuran bersama.
 
Peralihan Hangzhou dari “Zaman Tasik Barat” kepada “Zaman Sungai Qiantang” adalah bukan sahaja perubahan bagi ruang pembangunan bandar, tetapi juga perubahan bagi falsafah dan keperibadiannya. “Hangzhou sedang berusaha untuk keluar dari zon selesa dan berusaha untuk lebih daripada itu,” kata Hu Jian, presiden bagi persatuan penyelidikan kebudayaan Sungai Qiantang bagi Wilayah Zhejiang.

Daerah Jianggan di Hangzhou adalah pangkalan terdepan dan kawasan perintis bagi pembangunan bersama dengan Sungai Qiantang. Daerah itu telah mencari pengaruh di luar China dengan menjalin hubungan erat dengan 17 agensi kerajaan asing dan organisasi antarabangsa. Dengan memanfaatkan gabungan usaha bagi enam wilayah di peringkat bandar raya dan lebih 50 tempat di peringkat daerah di seluruh lembangan Sungai Qiantang, daerah itu telah membolehkan pengaruh kebudayaan Sungai Qiantang meliputi ke lebih daripada 120 negara dan wilayah. Festival Kebudayaan Antarabangsa Sungai Qiantang yang diadakan selama tiga tahun berturut-turut telah menjalankan 41 aktiviti utama dan lebih daripada 50 aktiviti yang berkaitan, menarik lebih 3.1 juta peserta, termasuk ribuan tetamu antarabangsa. Festival kebudayaan itu telah menjadi satu daripada acara kebudayaan komprehensif yang paling berpengaruh di lembangan Sungai Qiantang.

Acara itu diadakan sekali lagi pada Julai, dan keluar dari Hangzhou untuk mengadakan pelbagai aktiviti di Beijing.

Sungai Qiantang adalah sebuah “sungai budaya”. Zhejiang sedang berusaha untuk membina jalur budaya puisi Sungai Qiantang, yang telah mengumpul lebih daripada 2,300 puisi yang ditulis mengenai sungai itu.

Sungai Qiantang juga memupuk orang yang mengintegrasikan budaya ke dalam kehidupan. Hangzhou telah menjadi sebuah tanah tinggi bagi kehidupan kebudayaan sejak zaman purba, di mana kesusasteraan, seni dan sukan merupakan sebahagian daripada kehidupan orang biasa. Festival kebudayaan pada tahun ini akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti drama, muzik, lukisan, sukan, filem dan rancangan TV serta pameran kraf tradisional. Pertunjukan perdana bagi simfoni berskala besar “Simfoni Sungai Qiantang” dan drama realisme berskala besar “Spring Tide” serta Pertandingan Meluncur Antarabangsa Sungai Qiantang akan diadakan semasa festival ini.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Daerah Jianggan, Bandar Raya Hangzhou

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.