ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  BEKERJASAMA, CEKAP DAN MENANG-MENANG: KUALITI DONGGUAN DISERLAHKAN MELALUI FIBA

Friday 13/09/2019



AsiaNet 80504 

DONGGUAN, China, 13 Sept., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada petang 11 September, 2019 (Waktu Beijing), Pusat Bola Keranjang Dongguan telah menyaksikan perlawanan suku akhir yang telah sekian lama dijangkakan bagi Bola Keranjang Piala Dunia FIBA 2019, dengan Pasukan Perancis mengalahkan lawan mereka dari Amerika Syarikat dengan sebanyak 10 mata. “Ramai wartawan tempatan dan luar negara tertarik kepada perlawanan suku akhir itu untuk membuat laporan secara langsung, dengan membantu dunia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dongguan,” kata ketua bagi Jabatan Media bagi Jawatankuasa Penganjur Tempatan Dongguan bagi Bola Keranjang Piala Dunia FIBA 2019 selepas perlawanan itu.

Dikunjungi oleh kebanyakan pemain bola keranjang buat pertama kalinya, walaupun, Dongguan sudah membuat hubungan dengan mereka melalui “Pembuatan Dongguan”. Terkenal kerana pembuatan, Dongguan bermegah dengan sebuah sistem industri pembuatan moden termasuk bidang teras seperti produk maklumat elektronik, jentera dan peralatan elektrik, tekstil, pakaian, kasut dan topi, pembuatan kertas dan produk kertas, alat tulis dan barangan sukan, dan perabot. Produk-produk yang dihasilkan seperti pakaian, topi, perabot dan telefon bimbit dijual di seluruh dunia. Laporan perdagangan asing Dongguan pada Ogos 2019 menggambarkan jumlah volum import dan eksport mereka telah meningkat sebanyak 6.8% kepada kira-kira USD 88.906 bilion.

Apa yang kekal lazim kepada pembuatan dan bola keranjang, yang mendedahkan dua aspek Dongguan yang berbeza, adalah budaya dan semangat yang mendasari bandar raya itu.

“Bola keranjang memerlukan semangat kerja berpasukan,” kata Zhang Zhong, seorang ahli perniagaan tempatan dan peminat bola keranjang. “Sama seperti itu, pembuatan Dongguan dihasilkan daripada kerjasama kapasiti perindustrian antarabangsa dan faedah daripada globalisasi bagi rantaian perindustrian. Ia telah menjadi sebuah bandar raya pembuatan yang terkenal di dunia dengan tarikan pelaburan asing, pengeluaran tempatan dan eksport global,” kata beliau.
Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2018, Dongguan telah memperkenalkan kira-kira USD 2.1 bilion pelaburan asing berkontrak, meningkat sebanyak 14.4% tahun ke tahun. Jumlah projek pelaburan langsung asing baharu yang dikontrakkan meningkat kepada 1400. Antara semua projek pelaburan asing itu, terdapat 102 projek pelaburan asing dengan lebih USD 10 juta bagi setiap satu, meningkat sebanyak 7.4% tahun ke tahun.

Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2018, Dongguan telah memperkenalkan kira-kira USD 2.1 bilion pelaburan asing berkontrak, meningkat sebanyak 14.4% tahun ke tahun. Jumlah projek pelaburan langsung asing baharu yang dikontrakkan meningkat kepada 1400. Antara semua projek pelaburan asing itu, terdapat 102 projek pelaburan asing dengan lebih USD 10 juta bagi setiap satu, meningkat sebanyak 7.4% tahun ke tahun.

Bersama dengan perkembangan perdagangan asing mereka yang stabil, pasukan-pasukan bola keranjang dari Dongguan juga telah memperolehi pencapaian luar biasa. Pada tahun 2019, Pasukan Bola Keranjang Lelaki Hongyuan Guangdong telah memenangi Kejohanan CBA buat kali kesembilan, melebihi mana-mana pasukan lain di dalam sejarah CBA. Pasukan Bola Keranjang Wanita Xintongsheng memenangi Kejohanan WCBA buat kali pertama pada tahun yang sama.

“Pusat Bola Keranjang Dongguan, sebagai tempat untuk CBA, tidak diragui, mempunyai peralatan yang berkualiti tinggi. Semangat berpasukan, perhiasan yang menarik dan perkhidmatan yang bertimbang rasa membantu mewujudkan suatu pengalaman yang mesra pemain,” kata Andreas Zagklis, setiausaha agung FIBA. “Kami akan membawa lebih banyak perlawanan FIBA.”

Perlawanan-perlawanan profesional utama berkembang di Dongguan, dengan mendedahkan suasana hebat bandar raya itu untuk bola keranjang. Ia mempunyai masing-masing 26,000 dan 100 gelanggang dan gimnasium untuk bola keranjang, dengan sekurang-kurangnya satu gelanggang bola keranjang standard dalam setiap 500 kampung dan komuniti di dalam 32 bandar dan daerah kecil mereka.

“Kami berharap untuk melihat perlawanan NBA diadakan di Dongguan dan bahawa usahawan Dongguan bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di Amerika bagi lebih banyak peluang perniagaan,” demikian dipaparkan oleh seorang warga maya tempatan di media sosial selepas perlawanan itu.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur Tempatan Dongguan bagi Bola Keranjang Piala Dunia FIBA 2019 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.