PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 23, 2019 -Rabu

 
  SAKURAENERGY MEMBANGUNKAN SISTEM PENJANAAN SERBA BAHARU, PARASOLA UNTUK TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI MEMENUHI HANYA SATU METER PERSEGI UNTUK MENGHASILKAN ELEKTRIK UNTUK KEDIAMAN

Tuesday 17/09/2019



AsiaNet 80563

TOKYO, 17 Sept., 2019 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --
 
Sakuraenergy Co., Ltd. mengumumkan bahawa ia telah membangunkan sebuah sistem penjanaan serba baharu untuk tenaga boleh diperbaharui, “PARASOLA,” yang dilengkapi dengan sebuah penjana kuasa motor/ pakej bateri penyimpanan kuasa yang membekalkan kuasa elektrik sepanjang masa.

Dengan menggabungkan penjimatan, penciptaan dan penyimpanan tenaga serta pengoptimuman kecekapan di dalam sebuah sistem, PARASOLA membekalkan lebih banyak tenaga dan pada masa yang sama menggunakan tenaga yang berkurangan berbanding dengan sistem penjanaan kuasa konvensional.

“PARASOLA Residence” untuk kegunaan kediaman telah direka untuk menyediakan maksimum 24kW sehari, cukup untuk menampung tenaga elektrik yang diperlukan oleh purata isi rumah di Jepun dan kebanyakan kawasan di luar negara. Dilengkapi dengan sel fotovoltan berkecekapan tinggi, ia hanya memenuhi ruang berukuran satu meter persegi. Dengan sebuah bateri terbina dalam, PARASOLA boleh menyediakan bekalan elektrik 24 jam sehari. Memperkenalkan PARASOLA bukan sahaja membantu menyelesaikan kekurangan kuasa di seluruh dunia tetapi juga mewujudkan sebuah persekitaran tenaga baharu di mana elektrik boleh didapati pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Setelah membangunkan prototaip PARASOLA, Sakuraenergy kini mempromosikan pembangunan produk selanjutnya dan pada masa yang sama membincangkan peluang-peluang pembangunan dan perikatan perniagaan di dalam negeri dan di luar negeri. Sakuraenergy merancang untuk memasarkan produk secara global pada akhir tahun 2020.

Dokumen yang dilampirkan (pdf):
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M105707/201909130814/_prw_PA1fl_QykmMBYN.pdf

 
Video promosi YouTube: https://youtu.be/RPbKZo_qSYY
Laman web rasmi: http://www.sakuraenergy.jp
 
Ciri-ciri Utama dan Potensi bagi PARASOLA; mewujudkan persekitaran tenaga dan masa hadapan baharu dengan teknologi baharu yang dicipta di Jepun

1) Sebuah sistem serba baharu yang direka untuk menjimatkan, mencipta dan menyimpan tenaga secara serentak dan berkesan.

2) Membekalkan hampir jumlah elektrik yang sama seperti sistem solar konvensional – tetap dan tidak terjejas oleh cuaca – dan pada masa yang sama memenuhi ruang hanya 1/10 - 1/20 daripada mereka. PARASOLA tidak memerlukan sebuah tapak yang besar. Dengan bateri yang terbina dalam, PARASOLA menyediakan bekalan elektrik 24 jam sehari secara stabil dan tidak terjejas oleh cuaca.

3) Bumbung, balkoni, beranda, dan lain-lain. Menggunakan lokasi baharu untuk penjanaan kuasa. PARASOLA, yang memerlukan sebuah ruang yang padat, merealisasikan penjanaan kuasa di mana ia tidak diuruskan atau difikirkan langsung.

4) Berpotensi dalam merealisasikan penjimatan tenaga di seluruh dunia menerusi penerapan teknologi dan sistem PARASOLA kepada pelbagai jenis peralatan dari penyaman udara, EV sehingga kepada sistem penjanaan industri berskala besar. Ia juga membantu mempromosikan “RE100,” satu inisiatif global 2014 yang mempengaruhi perniagaan yang ternama untuk menyatakan kesanggupan kepada 100% tenaga boleh diperbaharui.
 
 
Sumber: Sakuraenergy Co., Ltd.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.