ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PAKAR RAWATAN TAIWAN MENINGKATKAN KEYAKINAN DAN KEHIDUPAN PESAKIT MALAYSIA

Thursday 19/09/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Sept (Bernama-PRNewswire) -- Rawatan dan perubatan dari Taiwan terkenal kerana kualiti tinggi, teknologi canggih, sikap profesional dan harga berpatutan. Kos pembiayaan rawatan di Taiwan dianggarkan hanya satu perlima daripada perkhidmatan yang setanding di Eropah dan Amerika Syarikat. Untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dan imej, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan telah melantik Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA) untuk bekerjasama dengan Taiwan Chang Gung Memorial Hospital untuk menganjurkan "Taiwan Healthcare Tech Introduction and Patient Sharing" di Kuala Lumpur pada 19 September 2019. Acara ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang kejayaan terbaru dalam teknologi dan teknik perubatan. Pihak penganjur juga akan menampilkan beberapa pesakit dari Malaysia yang telah menerima rawatan di Taiwan untuk berkongsi pengalaman mereka.   

Chang Gung Memorial Hospital ialah salah satu organisasi perubatan yang terbesar di Taiwan dan menugaskan empat pakar dari cawangan-cawangannya di bahagian utara, tengah dan selatan Taiwan untuk sesi perkongsian di Malaysia ini.

Industri perubatan Taiwan lengkap dengan inovasi perubatan, teknologi, peralatan terbaharu dan pakar rawatan profesional yang terlatih untuk memberi perkhidmatan dan penjagaan yang terbaik. Semua hospital di Taiwan sentiasa menaik taraf standard penjagaan, dengan 13 hospital di seluruh Taiwan ditauliahkan oleh Joint Commission International (JCI). Menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan, lebih daripada 420,000 pesakit antarabangsa menerima rawatan di Taiwan pada tahun 2018. Dari jumlah ini, lebih daripada satu pertiga pesakit adalah dari Asia Tenggara dan 20,000 pesakit dari Malaysia.

Menurut Cik Tasha Hsiao, Pengarah Taiwan Trade Center di Kuala Lumpur, TAITRA aktif mempromosikan perkhidmatan perubatan Taiwan sejak tahun 2008. Pada awalnya, TAITRA menumpukan kepada promosi pemeriksaan kesihatan dan rawatan kecantikan. Kemudian, ia telah mengembangkan skop kepada rawatan penyakit, ubat pencegahan dan lain-lain perkhidmatan terkini.

Menurut data daripada Chang Gung Memorial Hospital, bilangan pesakit dari Malaysia yang menerima rawatan di hospital itu semakin meningkat. Sejak kebelakangan ini, bilangan pesakit kanser semakin meningkat dengan penubuhan pusat rawatan proton yang pertama di Asia Tenggara.
 
CONTACT: Ms. Sze Yuen, +60-010-257 9523

Sumber: Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.