ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG LAPORAN TENTANG RISIKO PENDEDAHAN MAKLUMAT PESAKIT

Friday 20/09/2019



PUTRAJAYA, 20 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan memandang serius laporan risiko pendedahan maklumat pesakit yang dikeluarkan oleh Greenbone Network bertarikh 16 September 2019. Laporan tersebut menyatakan bahawa sebanyak 19,992 pemeriksaan radiologi (radiological studies) di Malaysia berhadapan dengan risiko pendedahan maklumat.

Sehubungan itu, KKM telah mengadakan satu mesyuarat khas pagi ini bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi mengenalpasti punca pendedahan. Perkara ini boleh berlaku di mana-mana fasiliti kesihatan termasuk perkhidmatan hospital swasta dan pusat-pusat perubatan di institut pengajian tinggi.

Mesyuarat turut membincangkan tindakan yang akan diambil bagi membendung perkara ini. Antara langkah segera yang sedang dijalankan ialah:
  • Pemetaan risiko pendedahan di semua fasiliti kesihatan
  • Mengkaji semula risiko pendedahan di semua hospital yang menggunakan sistem PACS (Picture Archiving and Communication Systems)
  • Mempertingkatkan ciri-ciri dan tahap keselamatan aplikasi serta infrastruktur teknologi maklumat di semua fasiliti kesihatan secara berterusan.
Pengajaran daripada laporan Greenbone Networks dan serangan siber yang berlaku di seluruh dunia menunjukkan bahawa kita telah memasuki era baru ancaman siber. Sekuriti siber adalah cabaran yang berterusan dan memerlukan lebih banyak kemahiran serta tenaga pakar untuk menanganinya.

KKM akan memberikan perkembangan terkini dari masa ke semasa.

YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
Menteri Kesihatan Malaysia

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 /  017-2635008 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.