ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SIRI DEVIL MAY CRY NERO SERTAI TEPPEN BERSEDIA UNTUK BERAKSI PADA KEJOHANAN DUNIA PADA DISEMBER

Friday 20/09/2019



Table

GungHo Online Entertainment telah mengumumkan Nero dari siri Devil May Cry akan menjadi penambahan terbaharu kepada barisan ikon yang sudah menakjubkan dari alam semesta Capcom. Nero akan bergabung dengan sembilan pahlawan lain yang termasuk Ryu dan Chun-Li dari siri Street Fighter, Morrigan dari siri Darkstalkers, dan Dante dari siri Devil May Cry. Nero dan satu pengembangan set kad TEPPEN yang baharu akan dikeluarkan pada November 2019 dan boleh dimainkan pada pertandingan Kejohanan Dunia TEPPEN yang pertama yang berlangsung pada 21 Dis., 2019 (Grafik: Business Wire)


Pemain-pemain boleh juga mengambil bahagian di dalam pemberian hadiah percuma masa terhad untuk meraikan 3 juta muat turun


TOKYO, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Lagi satu legenda Capcom akan menyertai senarai TEPPEN, yang tepat pada masanya untuk pertandingan Kejohanan Dunia TEPPEN yang pertama kali diadakan! GungHo Online Entertainment, Inc. (GOE) (TOKYO: 3765) telah mengumumkan Nero dari siri Devil May Cry akan menjadi penambahan terbaharu kepada barisan ikon yang sudah menakjubkan dari alam semesta Capcom. Nero akan bergabung dengan sembilan pahlawan lain yang termasuk Ryu dan Chun-Li dari siri Street Fighter, Morrigan dari siri Darkstalkers, dan Dante dari siri Devil May Cry. Nero dan satu pengembangan set kad TEPPEN yang baharu akan dikeluarkan pada  November 2019.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190919005291/en/ 

Peminat Nero akan juga gembira untuk mengetahui bahawa dia akan boleh dimainkan semasa Kejohanan Dunia TEPPEN yang pertama. Berlangsung pada 21 Dis., 2019, pemain-pemain dari seluruh pelusuk dunia akan bersaing untuk merebut hadiah keseluruhan 50 juta yen (kira-kira AS$500,000).

Pemain-pemain boleh mendapatkan tempat mereka dalam acara tersebut melalui kelayakan secara dalam talian, dengan pembukaan pendaftaran pada 2 Oktober. Pusingan awal akan dibahagikan kepada empat wilayah; Jepun, Amerika Utara, Eropah, dan Asia. Selepas pusingan kelayakan, tiga pemain teratas dari setiap wilayah akan bersaing untuk mendapat peluang menjadi Juara Dunia TEPPEN. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk mendaftar bagi pusingan awal, sila layari laman web rasmi itu.

Dalam berita tambahan TEPPEN, dari 20 hingga 29 September, GungHo akan meraikan peningkatan mendadak permainan itu kepada 3 juta muat turun dengan memberi balik kepada peminat. Sepanjang tempoh itu, pemain boleh mendapatkan satu tiket Pek “DAY OF NIGHTMARES” setiap hari, hanya dengan log masuk, dan, 10 pemain akan dipilih secara rawak pada setiap hari untuk memenangi 30 Tiket Pek “DAY OF NIGHTMARES”.

MAKLUMAT MENGENAI TEPPEN

Hanya ada satu cara untuk Meningkat ke Puncak – dengan bermain TEPPEN! TEPPEN adalah  permainan Pertempuran Kad Muktamad di mana unit yang anda perintah beroperasi dalam tepat masa, memaparkan aksi yang dinamik dengan serangan di atas meledakkan skrin anda. Dengan grafik yang mengagumkan dan sebuah sistem pertempuran yang canggih, TEPPEN adalah permainan kad yang mengatasi semua permainan kad yang lain! Kuasai wira-wira popular (watak) dari Monster Hunter, Devil May Cry, Street Fighter, Resident Evil, dan siri-siri yang lain dalam aksi All-Star dari yang terbaik dari Capcom!

©GungHo Online Entertainment, Inc. Hak Cipta Terpelihara.
©CAPCOM CO., LTD. HAK CIPTA TERPELIHARA.
©CAPCOM U.S.A., INC. HAK CIPTA TERPELIHARA.

Laman Web Rasmi TEPPEN: https://teppenthegame.com/
Twitter: https://twitter.com/PlayTEPPEN

Google Play Store
https://play.google.com/store/apps/details?id=jp.gungho.teppen

App Store
• Malaysia
https://apps.apple.com/my/app/id1460764653

• Singapura
https://apps.apple.com/sg/app/id1460764653

• Thailand
https://apps.apple.com/th/app/id1460764653

• Filipina
https://apps.apple.com/ph/app/id1460764653

• Australia
https://apps.apple.com/au/app/id1460764653

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190919005291/en/

Hubungi

GungHo Online Entertainment, Inc.
Bahagian Jualan & Pemasaran
Mayumi Mori
+81-3-6895-1672
mmori@gungho.jp

Sumber : GungHo Online Entertainment, Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.