ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  FUSIONEX DAN IMU MEMPERKENALKAN ANALISIS DATA BESAR UNTUK MEMPERCEPAT PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN PERUBATAN

Friday 20/09/2019


Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh (kiri) bertukar satu Memorandum Perjanjian dengan Timbalan Naib Canselor Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Profesor Peter Pook semasa Forum Analisis Data Besar Penjagaan Kesihatan yang diadakan di Kampus IMU. (Foto: Business Wire)



Perintis R&D perubatan yang dikuasakan AI yang pertama di negara ini

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penyedia teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah, Fusionex, dan universiti sains perubatan dan kesihatan swasta perintis Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) sedang mengambil satu langkah berani untuk mengintegrasikan Analisis Data Besar (BDA) dan Kecerdasan Buatan (AI) di dalam program sains perubatan dan kesihatan IMU. Dalam usaha untuk melengkapkan pembekal penjagaan kesihatan masa hadapan dengan set kemahiran dan pengetahuan yang betul, kerjasama ini akan menyaksikan lima program sarjana muda IMU masing-masing mengendalikan sebuah modul BDA.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190919005966/en/ 


Lima program itu adalah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian), BSc (Kepujian) dalam Bioteknologi Perubatan, BSc (Kepujian) dalam Dietetik dengan Pemakanan, BSc (Kepujian) dalam Pemakanan, dan BSc (Kepujian) dalam Sains Bioperubatan. Ini akan menjadi sebahagian daripada program ijazah bukan ICT yang pertama untuk mengintegrasikan BDA sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran mereka.

Untuk memenuhi keperluan teknologi masa hadapan bagi industri itu, Fusionex akan menggunakan platform AI dan BDA mereka, Fusionex GIANT, untuk digabungkan ke dalam program yang ditawarkan oleh IMU.

Program-program ini akan menyediakan empat keputusan: satu gambaran keseluruhan mengenai kitaran hayat analisis, bagaimana analisis menyumbang kepada industri penjagaan kesihatan, mengapa membuat keputusan yang berasaskan data menjadi kunci bagi sebuah organisasi, dan secara efektif menggunakan kemahiran analisis dan AI dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

Fusionex dan IMU juga telah menyatakan komitmen untuk mengintegrasikan bidang teknologi dan perubatan dengan pertukaran satu Memorandum Perjanjian (MoA). MoA itu diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor IMU Profesor Peter Pook dan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh semasa Forum Analisis Data Besar Penjagaan Kesihatan.

Forum itu telah diadakan di kampus IMU dan dianjurkan bersama oleh IMU, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Fusionex.

MoA itu menyaksikan kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan mereka masing-masing -- Fusionex menggunakan BDA dan AI, dan IMU menyalurkan kepakaran dan pengetahuan mereka di dalam industri penjagaan kesihatan -- untuk bekerja bersama-sama dalam pelbagai aspek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) perubatan termasuk maklumat kanser, ubat-ubatan lanjutan, reka bentuk vaksin, dan analisis penjagaan kesihatan.

Dalam usaha untuk membina sebuah projek AI pembelajaran sendiri, program itu perlu disalurkan dengan berbilion titik data. Hanya dengan latihan yang luas ini maka AI boleh mula menggambar, mendiagnosis, menguji, dan meramalkan hasil perubatan secara bijak, dengan pantas dan tepat.

Untuk mencapai matlamat ini, platform GIANT itu menghubungkan kepada titik data IMU, menyatukan, dan menganalisis data itu menerusi teknologi AI mereka untuk membongkarkan pola dan trend, dan menghasilkan pandangan yang berharga bagi membolehkan pasukan R&D IMU menggunakannya. Wawasan ini menawarkan faedah yang tidak dapat diukur dalam bentuk nilai, termasuk mengurangkan diagnosis dan tempoh rawatan bagi pesakit dan mencapai kejayaan dalam penyelidikan perubatan, yang akhirnya menyelamatkan nyawa. Data yang tidak berstruktur di luar universiti termasuk ubat-ubatan baharu di pasaran dan kesannya, atau penemuan dan pengumuman baharu oleh Kementerian Kesihatan atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia, boleh dikumpul dan dimasukkan ke dalam enjin AI untuk meneruskan usaha R&D IMU.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama di bawah MoA itu, pasukan penyelidikan dari IMU juga akan dilengkapi dengan pengetahuan tentang BDA dan AI, terutamanya mengenai bagaimana untuk secara efektif menggunakan GIANT, termasuk mencari pola di dalam data dan menganalisis pandangan yang diperolehi daripada data tersebut. Jurulatih, saintis data, dan pakar bahan Fusionex akan bersedia untuk mendidik dan membantu IMU dalam menguruskan teknologi yang disediakan itu untuk mencapai kesediaan BDA dan AI.

Dato' Seri Ivan Teh, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, berkata: “Kami sangat teruja untuk merintis inisiatif penyelidikan perubatan yang dijana oleh AI ini bersama-sama dengan IMU. Pandangan jauh mereka dalam mengubah pendidikan dan penyelidikan perubatan mereka untuk menjadi bersedia di dalam analisis data dan dipacu oleh AI adalah amat dipuji. Pasukan Fusionex itu akan berusaha ke arah meningkatkan pendidikan dan penyelidikan perubatan untuk memajukan industri perubatan dan penjagaan kesihatan secara keseluruhan.”

“Ia sentiasa menjadi tumpuan IMU untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan global yang berinovatif dalam pembelajaran dan penyelidikan, itulah sebabnya mengapa kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pakar-pakar di dalam bidang teknologi -- terutamanya di dalam Analisis Data Besar (BDA) dan Kecerdasan Buatan (AI) -- seperti Fusionex. Ini adalah arah yang sedang dituju oleh penjagaan kesihatan, dan ia adalah amat penting bagi IMU untuk menyediakan masa hadapan pelajar kami dalam bidang ini agar mereka dilengkapi sepenuhnya untuk menghadapi masa hadapan penjagaan kesihatan selepas tamat pengajian. Saya amat teruja untuk melihat di mana kerjasama ini dengan Fusionex akan membawa kami dan bagaimana ia boleh diperluaskan kepada program lain pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada pelajar kami,” kata Profesor Abdul Aziz Baba, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif IMU.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex juga adalah merupakan sebuah syarikat Rangkaian Inovasi dan Pecutan Global (GAIN) MDEC serta sebuah penerima anugerah MSC R&D MGS.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com 

Maklumat mengenai Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Ditubuhkan pada tahun 1992, IMU adalah universiti sains perubatan dan kesihatan swasta sepenuhnya yang pertama dan paling terkenal di Malaysia. Hari ini, IMU menawarkan lebih daripada 20 program profesional kesihatan di peringkat pra-universiti, sarjana muda dan lepasan ijazah dalam Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Kesihatan, dan Pengajian Lepasan Ijazah. IMU telah mewujudkan satu rangkaian global yang kukuh yang menyediakan pelajar dengan peluang pembelajaran dan latihan yang lebih besar melalui perjanjian pemindahan kredit mereka dengan lebih daripada 30 buah universiti berprestij di dunia. Dalam IMU, pelajar berhasrat untuk menjadi profesional penjagaan kesihatan masa hadapan yang komited kepada pembelajaran sepanjang hayat dan diserapkan dengan rasa kewarganegaraan, kepimpinan dan etika kelakuan yang baik. IMU telah dianugerahkan dengan SETARA 2017 – Cemerlang di bawah kategori Universiti Matang oleh Kementerian Pengajian Tinggi. IMU juga menerima status akreditasi diri oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Status akreditasi diri itu memberi hak kepada penyedia pendidikan tinggi (HEP) untuk memberi akreditasi kepada program mereka kecuali untuk program yang memerlukan akreditasi dan pengiktirafan daripada badan profesional yang berkaitan. IMU adalah satu-satunya Universiti Malaysia swasta di dalam kategori ini untuk menerima pencapaian ini.

Universiti Perubatan Antarabangsa adalah satu cabang pendidikan perubatan bagi IHH Healthcare Berhad (5225) (IHH), sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia dan Bursa Saham Singapura. IHH adalah sebuah pembekal antarabangsa terkemuka bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu premium yang beroperasi di pasaran tempatan di Malaysia, Singapura, Turki dan India. Kumpulan itu juga mempunyai kehadiran yang semakin meningkat di China dan satu rangkaian yang meluas di seluruh Asia dan Eropah Tengah dan Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika Utara (“CEEMENA”). Dikenali sebagai satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan tersenarai yang terbesar di dunia, IHH pada masa ini mengendalikan lebih daripada 10,000 katil berlesen di 50 buah hospital merentasi 10 buah negara.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web IMU di www.imu.edu.my atau blog mereka di http://imunews.imu.edu.my.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190919005966/en/ 


Hubungi 

Media:
Angie Lim
angie@adv-fusionex.com

Sumber : Fusionex 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.