ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENGUMUMKAN LEMBAGA PENGARAH 2020

Monday 07/10/2019



PHILADELPHIA, 7 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI), persatuan terkemuka di dunia bagi profesion pengurusan projek, program dan portfolio, hari ini mengumumkan Lembaga Pengarah mereka untuk tahun 2020. Keanggotaan PMI memilih badan pentadbir untuk berkhidmat selama tiga tahun. Empat pengarah yang dipilih oleh rakan-rakan mereka, berkhidmat sebagai pegawai PMI dan pengerusi-pengerusi  jawatankuasa:
 
Individu berikut akan berkhidmat sebagai Jawatankuasa Eksekutif untuk tahun 2020:
  • Pengerusi Lembaga PMI – Anthony (Tony) Appleby, MBA, PMP
  • Pengerusi Jawatankuasa Pemerhatian Strategi – Tejas Sura, MS, MBA, PMP, PfMP
  • Pengerusi Jawatankuasa Audit – Galen Townson, PMP
  • Pengerusi Jawatankuasa Pampasan – Caterina (Cathy) La Tona, BCS, PMP, PfMP
Pengarah berikut yang baharu dilantik akan berkhidmat untuk tempoh perkhidmatan 2020 - 2022:
  • Anca Slușanschi, MSc, PMP, ICP-APM
Pengarah-pengarah berikut akan terus berkhidmat pada tahun 2020:
  • Anthony (Tony) Appleby, MBA, PMP
  • Randall T. (Randy) Black, P.Eng., PMP
  • J. Davidson Frame, PhD, PMP, PMI Fellow
  • Teresa A. (Terri) Knudson, MBA, PMP, PgMP, PfMP
  • Caterina (Cathy) La Tona, BCS, PMP, PfMP
  • Beth Partleton, PMP, PMI Fellow
  • LuAnn Piccard, PMP
  • Jennifer Tharp, PMP
  • Roberto Toledo, MBA, PMP
  • Galen Townson, PMP
  • Tejas Sura, MS, MBA, PMP, PfMP
Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI) 

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global, kami berusaha untuk mempersiapkan lebih daripada tiga juta profesional di seluruh dunia bagi Ekonomi Projek itu: ekonomi yang akan datang di mana kerja, dan individu, dirancang mengikut projek-projek. Merayakan ulang tahun ke-50 kami pada tahun 2019, kami bekerja di hampir setiap negara di dunia untuk memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mewujudkan komuniti global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas. Layari kami di www.PMI.orgwww.projectmanagement.comwww.facebook.com/PMInstitute  dan di Twitter @PMInstitute.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191006005027/en/

Hubungi

Mary Ortega
mary.ortega@pmi.org

Sumber : Project Management Institute

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.