ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  SEMINAR PERCUKAIAN KEBANGSAAN 2019 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Wednesday 09/10/2019



CYBERJAYA, 9 Okt (Bernama) -- Sukacita dimaklumkan bahawa sempena pembentangan Bajet 2020 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan mulai 15 Oktober sehingga  19 November 2019 di 23 lokasi seluruh negara.
 
Seminar ini diharapkan akan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan cadangan pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2020 tersebut dengan harapan dapat membina satu masyarakat progresif yang berpaksikan ilmu percukaian yang bernilai tinggi.
 
Sehubungan itu, kami menyeru pembayar cukai, pengamal percukaian, akauntan, perancang kewangan, setiausaha dan pengarah syarikat serta orang ramai yang berminat untuk menghadiri seminar ini bagi mengemaskini pengetahuan percukaian mereka di samping mendapat pemahaman yang lebih mendalam berhubung isu-isu percukaian semasa.

Topik yang akan dibincangkan sepanjang seminar ini berlangsung adalah:

I.  Cadangan-Cadangan Bajet 2020 (2020 Budget Proposals)
II. Pasca Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) dan Lembaran Baharu (Post SVDP And The New Horizon)

Tarikh dan lokasi seminar adalah seperti berikut :

Table
 
Sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pautan di bawah untuk keterangan lanjut dan mendaftar sebagai peserta.
http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KL_2019.pdf

Sumber:  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi 
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21674/21695
Faks: 03-8313 7873
Hasil Careline: 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.