PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Oktober 23, 2019 -Rabu

 
  JASMINE FOOD CORPORATION MENGANJURKAN HARI BERAS 2019 DENGAN TEMA "HEALTHYRICESTYLE" UNTUK MENGGALAKKAN ORANG RAMAI UTAMAKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DI MALAYSIA

Thursday 10/10/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Okt (Bernama-PRNewswire) -- Bagi menyambut Hari Beras 2019, tahun ini, Jasmine Food Corporation menganjurkan Hari Beras yang digelar 'HealthyRiceStyle' pada 10 Oktober 2019 di North Court, IOI Mall Puchong. Menarik perhatian pengunjung untuk menjamu mata pada pilihan beras kesihatan istimewa daripada Jasmine berserta resipi-resipi masak yang sihat dan kreatif dari chef selebriti Malaysia dan ceramah berkaitan dengan kesihatan oleh Pusat Darah Negara & Tung Shin Hospital.
 
Hari Beras akan berlangsung sehingga 13 Oktober bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna Malaysia berhubung faedah-faedah beras yang sihat. Warga Malaysia digalakkan untuk mengambil bahagian dalam acara selama lima hari dengan demonstrasi memasak daripada chef selebriti, pameran beras sihat, pemeriksaan kesihatan percuma, rancangan bual bicara khas dan bengkel memasak bermula pada 9 Oktober.

"Melalui acara ini, kami menumpukan perhatian kepada pengguna untuk membina tabiat yang sihat, di samping menghapuskan tanggapan biasa yang salah bahawa nasi adalah punca yang membawa masalah kepada kesihatan. Sebagai peneraju, kami mewujudkan program khusus kepada orang ramai, agar mereka dapat memilih varieti hidangan nasi yang tepat demi kesihatan mereka," kata Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation, di upacara perasmian berkenaan.

Acara ini menampilkan semua jenis beras berkualiti daripada Jasmine termasuk Jasmine Royal Pusa Gold dan PusaCream yang memenangi anugerah, NutriRice (ThaiRed dan Blackberry) dan beras perang, selain beras wangi dan juga beras tempatan.

Lim menambah, "Kajian saintifik telah membuktikan bahawa nasi bukanlah punca utama penyakit kardiovaskular seperti diabetes. Walau bagaimanapun, pesakit diabetes harus memberi tumpuan pada diet dan gaya hidup yang seimbang, menekankan varieti beras khusus yang mempunyai skor glisemik (GI) rendah, rendah kalori, tanpa kolesterol dan tinggi dengan vitamin dan mineral."

Selain itu, untuk membantu orang ramai lebih memahami manfaat beras dan memahami gaya hidup sihat yang betul, "HealthyRiceStyle" turut membawakan pandangan yang berharga daripada pakar-pakar melalui aktiviti-aktiviti khas termasuk:
  • Demonstrasi memasak chef selebriti oleh Chef Fami Taufeq dan Chef Jaafar Onn, memaparkan pelbagai jenis resepi masakan sihat yang kreatif.
  • Demonstrasi praktikal tentang kemahiran menyelamatkan nyawa oleh Tung Shin Hospital seperti demonstrasi CPR untuk orang dewasa & bayi serta teknik memberi makan kepada bayi.
  • Ceramah diet bersama pakar diet oleh Tung Shin Hospital pada 12 Oktober.
  • Sesi perkongsian tentang Derma Darah oleh Pusat Darah Negara (PDN) pada 12 Oktober.
  • Ceramah Pakar Pemakanan oleh majalah Her World pada 13 Oktober.
  • Bengkel masak secara sihat selama lima hari oleh KDU University College, Malaysia.
  • Aktiviti pendidikan kanak-kanak sepanjang 5 hari .
"Selain itu, kami turut membimbing orang ramai untuk membuat keputusan yang tepat tentang gaya hidup yang sihat mengikut keadaan kesihatan mereka, melalui program pemeriksaan kesihatan secara percuma kami," kata Lim. Pemeriksaan secara percuma disediakan oleh Tung Shin Hospital dan akan bermula pada hari Jumaat, 11 Oktober dari jam 10 pagi hingga 5 petang termasuk pemeriksaan Tekanan Darah, Glukosa dalam Darah dan Indeks Jisim Badan (BMI).

Untuk terus mempromosikan faedah-faedah kebaikan beras, Jasmine akan memberi 500 gram beras kepada semua kanak-kanak yang menyempurnakan cabaran Aktiviti pendidikan kanak-kanak dan semua penderma darah di booth PDN. Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.jasmine.com.my/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191010/2597146-1
 
HUBUNGI: Keivin Lee, 03-51223188, event@jasmine.com.my.

Sumber: Jasmine Food

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2019 MREM . All rights reserved.