ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  AXA DIIKTIRAF KERANA INOVASI & KECEMERLANGAN DALAM SUMBER MANUSIA

Monday 21/10/2019


Encik Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Pegawai Sumber Manusia AXA (pertama dari kanan) menerima anugerah Emas di Malaysian Employers Federation Employer Excellence Award 2019, sebagai pengiktirafan untuk polisi sumber manusia Syarikat yang inovatif dan cemerlang.



KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) sekali lagi mengukuhkan reputasinya dalam pasaran dengan mencatatkan kemenangan besar berturut-turut dalam amalan sumber manusia yang inovatif dan cemerlang.
 
AXA telah memenangi anugerah Emas di Malaysian Employers Federation Employer Excellence Award 2019 yang ulung kali diadakan, sempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-60 untuk mengiktiraf majikan yang cemerlang dalam dasar sumber manusia ni negara ini. AXA turut memenangi anugerah Perak baru-baru ini di HR Excellence Awards 2019 - salah satu anugerah sumber manusia ternama di Asia.
 
Pencapaian hebat ini merupakan bukti kejayaan AXA dalam melangkaui strategi sumber manusia yang tradisional dan mengubah amalannya dari pengalaman pekerja menjadi pengalaman manusia. Strategi ini berputik daripada keyakinan AXA bahawa matlamat perniagaan dan komitmennya kepada pelanggan terhasil melalui tindakan Pekerjanya. Syarikat ini sentiasa mendorong inisiatif yang progresif dan inovatif serta menggalakkan perkembangan profesional di tempat kerja yang terbuka dan inklusif.

Menurut Encik Mohd Syukri bin Ahmad Sudari, Ketua Pegawai Sumber Manusia AXA, "Di AXA, kami didorong oleh objektif yang teguh untuk memperkasakan orang ramai agar menjalani kehidupan yang lebih baik. Dalam persiapan untuk industri 4.0, adalah penting bagi kita untuk memajukan dan mempersiapkan tenaga kerja kita untuk meningkatkan nilai yang diberikan kepada para pelanggan. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu memupuk budaya yang tangkas, inovatif dan mengutamakan manusia — ia adalah lebih peribadi, menarik dan progresif."
 
Dalam usahanya untuk memacu inovasi, pemudahan dan penglibatan yang lebih baik di kalangan pekerja, AXA telah:
  • melancarkan Proses Automasi Robotik dalam pengambilan, penglibatan, ganjaran dan pengiktirafan serta pengurusan prestasi. Syarikat ini adalah syarikat pertama dalam industrinya dalam memperkenalkan Alex the Robot, yang telah berjaya mengurangkan masa pusing balik pengambilan sebanyak 70%, sekaligus membolehkan pekerjanya untuk memberi tumpuan kepada tugas yang memberi nilai tambahan dan bukannya kerja pentadbiran manual.
     
  • melancarkan Amber, pembantu chatbot kecerdasan tiruan (AI) CEO untuk mendapatkan maklum balas pekerja sepanjang perjalanan mereka bekerja dengan AXA.
     
  • melabur dengan lumayan dalam program Pembelajaran dan Pembangunan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pekerja melalui teknologi dan membolehkan mereka belajar di mana sahaja. Sebagai contoh, Pocket Coach yang berfungsi sebagai teman pembelajaran mudah alih yang menarik sebagai tambahan kepada pembelajaran tradisional melalui permainan.
     
  • menghasilkan beberapa inisiatif yang bermakna untuk menyediakan integrasi kerja-kehidupan yang lebih baik kepada tenaga kerjanya. Susunan Jadual Kerja Mampat adalah salah satu inisiatif penting yang diperkenalkan bagi memberikan pekerja kelonggaran untuk mengambil 2 Isnin atau Jumaat dalam setiap bulan, dengan bekerja selama 45 minit tambahan selama 9 hari berturut-turut.

SUMBER: AXA Affin General Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Allison Lee
Tel: +603 2170 8259
Emel : allison.lee @axa.com.my

--BERNAMA


 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.