ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TOMMY HILFIGER LANTIK MICHAEL SCHEINER SEBAGAI KETUA PEGAWAI PEMASARAN GLOBAL

Tuesday 22/10/2019


Michael Scheiner, Ketua Pegawai Pemasaran, Tommy Hilfiger Global (Foto: Business Wire)



AMSTERDAM, 22 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Michael Scheiner sebagai Ketua Pegawai Pemasaran, Tommy Hilfiger Global, berkuat kuasa 28 Oktober, 2019.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/
news/home/20191021005511/en/


Michael mempunyai pengalaman terkumpul lebih daripada 15 tahun di dalam jenama-jenama global. Beliau menyertai Tommy Hilfiger dari Hollister Co., di mana beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Pemasaran Global. Tugas beliau membantu untuk menggerakkan Hollister ke dalam 5 jenama paling utama di kalangan remaja pada tinjauan Pengambilan Stok Musim Luruh Piper Jaffray 2019, dan menyokong pengiktirafan Hollister sebagai sebuah peruncit Saluran Semua Arah yang Utama. Michael akan memanfaatkan keghairahan dan pengalaman beliau untuk memimpin TOMMY HILFIGER ke dalam satu era baharu bagi strategi pemasaran yang berinovatif – terutamanya merentasi platform digital dan pengalaman – untuk mencapai dan melibatkan pengguna bagi generasi akan datang.

“Sebagai satu daripada jenama global yang paling dikenali di dunia, pasukan Pemasaran kami di seluruh dunia memainkan satu peranan penting di dalam memberikan inspirasi, rangsangan dan menarik pengguna kami,” kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif Tommy Hilfiger Global & PVH Eropah. “Kami sangat teruja kerana Michael menyertai Organisasi Pemasaran kami yang bertaraf dunia, dan percaya beliau akan membantu meningkatkan transformasi digital kami yang berterusan, sekali gus membolehkan kami untuk bertindak balas secara strategik terhadap gangguan baharu, dan menempatkan Tommy Hilfiger sebagai sebuah pemimpin di kalangan pesaingnya.”

“Adalah menjadi satu penghormatan untuk menyertai sebuah jenama global yang ikonik seperti ini,” kata Michael. “Inovasi dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tommy Hilfiger dari peringkat awal adalah inspirasi. Saya teruja untuk bekerjasama rapat dengan Tommy, Daniel dan pasukan pemasaran syarikat itu yang berbakat di seluruh dunia untuk menulis babak seterusnya ketika Tommy Hilfiger meraikan ulang tahunnya ke-35 pada tahun hadapan.”

Michael akan ditempatkan semula ke ibu pejabat global Tommy Hilfiger di Amsterdam, Belanda bersama keluarga beliau.

TOMMY HILFIGER adalah satu daripada jenama gaya hidup yang terkemuka di dunia, dengan mempunyai sebuah nama dan identiti yang diiktiraf secara global. Inisiatif pemasaran syarikat itu telah memainkan peranan penting di dalam meningkatkan kehadiran TOMMY HILFIGER menerusi pertumbuhan yang konsisten bagi kesedaran jenama global dan strategi yang berpusatkan pengguna yang membina dan mengekalkan satu pangkalan peminat yang setia. Hari ini, pendedahan jenama berada pada paras yang paling tinggi hasil daripada koleksi yang menonjol, kempen, perkongsian dan pengaktifan pengguna yang berkesan di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER and TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk pelengkap gaya hidup seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH menetapkan standard bagi gaya sebagai satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio ikonik kami termasuk jenama TOMMY HILFIGER, CALVIN KLEIN,  Van HeusenIZODARROW, Speedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.

KENYATAAN SAFE HARBOR DI BAWAH AKTA PEMBAHARUAN LITIGASI SEKURITI PERSENDIRIAN 1995: Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu yang dibuat menurut peruntukan safe harbor bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pelabur diingatkan bahawa kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu secara semula jadi adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, yang mana kebanyakannya tidak dapat diramalkan dengan tepat dan sebahagian daripadanya mungkin tidak dijangkakan, termasuk, tanpa had (i) strategi, objektif, jangkaan dan hasrat Syarikat itu adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa mengikut budi bicara Syarikat itu; (ii) Syarikat itu mungkin dianggap sebagai sangat berkeumpilan dan menggunakan sebahagian besar aliran tunainya untuk menunaikan keberhutangannya, oleh itu Syarikat itu mungkin tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengendalikan perniagaannya dengan cara yang dikehendaki atau telah dikendalikan pada masa lalu; dan (iii) risiko dan ketidakpastian lain yang ditunjukkan dari semasa ke semasa di dalam pemfailan Syarikat itu dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Syarikat itu tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini secara terbuka berhubung apa-apa kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada penerimaan maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191021005511/en/

Hubungi

Hubungi Tommy Hilfiger
Baptiste Blanc
Pengarah Kanan, Komunikasi dan Media Percuma
E-mel: Baptiste.Blanc@tommy.com
Tel: +31 62904 2334

Sumber : Tommy Hilfiger

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.