ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  DAERAH HEKOU, BANDAR RAYA DONGYING, WILAYAH SHANDONG, MENINGKATKAN PENGGALAKAN PELABURAN DAN PENGENALAN BAKAT

Friday 25/10/2019



       Table
Majlis penandatanganan bagi satu perjanjian mengenai kerjasama sains dan teknologi di antara Kerajaan Rakyat Daerah Hekou dan Pasukan Ahli Akademi Gao Deli dari Akademi Sains China (CAS)

AsiaNet  81263

DONGYING, China, 25 Okt., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--


Pada 10 Oktober, 2019, Kerajaan Rakyat Daerah Hekou dan Pasukan Ahli Akademi Gao Deli dari Akademi Sains China (CAS) telah mengadakan majlis penandatanganan bagi satu perjanjian mengenai kerjasama sains dan teknologi. Kedua-dua pihak akan menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan bagi peralatan dan teknologi kejuruteraan minyak dan gas yang tidak konvensional di Hekou, Bandar raya Dongying di Wilayah Shandong. Ini akan mempercepatkan lagi penyatuan penyelidikan perusahaan-universiti, dan menggalakkan pembangunan yang sihat bagi industri peralatan petroleum dan petrokimia di daerah ini.
 
Ini adalah satu daripada contoh bagi pencapaian Hekou di dalam meningkatkan penggalakan pelaburan dan pengenalan bakat. Hekou telah melancarkan langkah-langkah yang berinovatif untuk menggalakkan pelaburan dan memperkenalkan bakat, menambahkan pemacu pertumbuhan baharu kepada pembangunan ekonomi yang berkualiti.

Menjelaskan rancangan itu untuk industri. Untuk menggalakkan pelaburan dan memperkenalkan bakat-bakat, Hekou telah merumuskan pelan kerja bagi “1+2+9” (1 matlamat umum, 2 tugas utama dan 9 pekerjaan khusus) dan sistem kerja “3+5+N” (kewangan moden, logistik pengangkutan, inovasi dan daya kreativiti, operasi Ibu Pejabat, penggunaan yang menyeluruh, pelancongan dan rekreasi, budaya dan hiburan, kesihatan dan penjagaan warga tua, dll.), dengan memberi tumpuan kepada 10 perusahaan utama di Shandong, sistem industri Dongying  “5+2+2” dan Hekou “3+3+3”. Dengan menegaskan pelengkap dan integrasi perindustrian, Hekou menggalakkan pelaburan merentasi keseluruhan rantaian industri dan rantaian nilai.

Melantik kakitangan yang berdedikasi untuk tugas-tugas khas dan bekerja mengikut perancangan, Hekou telah membina pusat-pusat penggalakan pelaburan di Beijing, Shanghai, dan Shenzhen, dan kumpulan penggalakan pelaburan bagi lima industri utama yang terdiri daripada kakitangan yang berdedikasi yang pakar di dalam menggalakkan pelaburan.

Mengoptimumkan perkhidmatan untuk projek-projek. Hekou telah merumuskan Langkah-langkah Pentadbiran bagi Daerah Hekou untuk Meningkatkan Penggalakan Pelaburan, menetapkan jadual bagi setiap projek, dan menawarkan perkhidmatan projek yang meliputi skop kerja yang luas termasuk perancangan dan demonstrasi, pemeriksaan dan kelulusan, pelaksanaan dasar.
 
SUMBER: Kerajaan Rakyat Daerah Hekou

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=348799
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=348819
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=348820
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=348822

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.